Monday 25 January 2010

Menjawap Hadis Imam Malik Bin Anas Berdoa Mengadap Maqam(Kubur) Nabi s.a.w



-soalan-Banyak jemaah haji mahupun Umrah yang setibanya di bumi madinah , mereka berdoa berkiblatkan Maqam Nabi s.a.w dan tanpa mengetahui apakah iainya benar dan inikah cara yang diajarkan oleh baginda mustafa s.a.w dinukilkan oleh sebahagian pihak dalil dari imam malik b anas .Minta dijelaskan?
Jawapannya: 
Al-Qaadli ‘Iyad rahimahullah membawakan sanadnya sampai pada Muhammad bin Humaid Ar-Raazi, ia berkata :
ناظر أبو جعفر أمير المؤمنين مالكا في مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال له مالك : يا أمير المؤمنين، لا ترفع صوتك في هذا المسجد، فإن الله تعالى أدب قوماً فقال : (لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِي) الآية، ومدح قوما فقال : (إِنَّ الَّذِيْنَ يَغُضُّوْنَ أَصِوَاتَهُمْ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ) الآية، وذم قوما فقال : (إِنَّ الَّذِيْنَ يُنَادُوْنَكَ منْ وَرَاءِ الْحُجُراَتِ) الآية، وإن حرمته ميتا كحرمته حياً، فاستكان لها أبو جعفر، وقال : يا أبا عبد الله أستقبل القبلة، وأدعوا أم أستقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ فقال : ولِمَ تَصْرِفُ وجهك عنه، وهو وسيلتك ووسيلة أبيك آدم عليه السلام، بل استقبله واستشفع فيه فيشفعه الله فيك.
“Abu Ja’far Amiirul-Mukminin pernah berdebat dengan Malik (bin Anas) di masjid Rasulillah s.a.w. Malik berkata kepadanya : “Wahai Amiirul-Mukminin, janganlah engkau meninggikan suaramu di masjid ini, karena sesungguhnya Allah telah menegur satu kaum dengan berfirman : ‘Janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi…’.[1] Dan memuji satu kaum dengan berfirman : ‘Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah…’.[2] Dan mencela satu kaum dengan berfirman : ‘Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar (mu)…’.[3] Sesungguhnya kehormatan kepada nabi s.a.w di waktu wafat seperti penghormatan kepada beliau di waktu hidup”. Abu Ja’far merendah suara dan berkata : ‘Wahai Abu Abdillah, apakah aku menghadap kiblat saat berdoa ataukah aku menghadap Rasulullah s.a.w ?”. Maalik bin Anas menjawab : “Mengapa engkau palingkan wajahmu dari beliau, padahal beliau adalah wasilah (perantara)-mu dan wasilah ayahmu Adam ‘alaihis-salaam. Hendaknya engkau menghadap ke (kubur) beliau dan mintalah syafa’at dengannya, niscaya Allah akan memberikan syafa’at kepadamu”.[4]
Kisah ini sering dijadikan dalil dan hujjah sebahagian sebahagian muslimin tentang keutamaan tawassul kepada Nabi s.a.w atau keutamaan menghadap kubur beliau s.a.w disaat berdoa.
Pembahasan :
Kisah ini tidak SAHIH dengan dua sebab :
1. Tidak Bersambung antara Muhammad bin Humaid Ar-Raaziy dengan Malik bin Anas, terutama di zaman Abu Ja’far Al-Manshuur.
Malik bin Anas wafat tahun 179 H. Abu Ja’far Al-Manshuur wafat tahun 158 H di Makkah. Adapun Muhammad bin Humaid Ar-Raazi wafat tahun 248 H.
Dapat kita lihat bahawa Muhammad bin Humaid Ar-Raazi tidak menjumpai Maalik bin Anas dan Ja’far Al-Manshuur, kerana masafat jarak yang cukup jauh.[5]
2. Kelemahan Muhammad bin Humaid Ar-Raazi.
Ia telah dilemahkan oleh jumhur ahli hadits, diantaranya :
Al-Bukhari berkata : “Fiihi nathar” [At-Taarikh Al-Kabiir, 1/167]. Sebagaimana difahami bahwa kritikan sebegini di sisi Al-Bukhari merupakan jarh yang keras. Ya’qub bin Syaibah As-Saduusi berkata : “Muhammad bin Humaid Ar-Raazi padanya banyak perkara yang diingkari (katsiirul-manakir)” [Tahdziibul-Kamaal, 25/102]. An-Nasaa’ie berkata : “Tidak tsiqah” [Tariikh Baghdaad, 2/263 dan Adl-Dlu’afaa’ wal-Matruukiin oleh Ibnul-Jauziy, 3/54 no. 2959]. Ishaaq bin Manshuur berkata : “Aku bersaksi di hadapan Allah bahawa Muhammad bin Humaid dan ‘Ubaid bin Ishaaq Al-‘Aththaar adalah pendusta” [Taariikh Baghdaad, 2/263]. Solih bin Muhammad Al-Asadi Al-Haafidh berkata : “Aku tidak melihat seorang pun yang yang lebih banyak dustanya daripada dua orang, yaitu Sulaimaan Asy-Syaadzakuuniy dan Muhammad bin Humaid Ar-Raaziy…” [Taariikh Baghdaad, 2/262]. Ia telah didustakan oleh Abu Zur’ah Ar-Raazi dan Ibnu Waarah [Al-Majruuhiin, 2/321 no. 1005 dan Adl-Dlu’afaa’ wal-Matruukiin oleh Ibnul-Jauziy, 3/54 no. 2959]. Ibnu Hibbaan berkata : “Ia termasuk orang yang menyendiri dalam periwayatan dari orang-orang tsiqah dengan sesuatu yang terbolak-balik, khususnya jika ia meriwayatkan dari para ulama negerinya” [Al-Majruuhiin, 2/321 no. 1005]. Ibraahiim bin Ya’quub Al-Jauzajaani berkata : “Ia seorang yang bermadzhab buruk, tidak tsiqah” [Ahwaalur-Rijaal, hal. 207 no. 382]. Ibnul-Jauzi memasukkanya dalam Adl-Dlu’afaa’ wal-Matruukiin (3/54). Adz-Dzahabiy memasukkannya dalam Al-Mughniy fidl-Dlu’afaa’ (2/289 no. 5452) dan berkata : “Dlaiif, bukan dari sisi hapalannya”. Ibnu Hajar berkata : “Seorang haafidhyang dlalif. Ibnu Maiin mempunyai pandangan baik terhadapnya” [At-Taqriib, hal. 839 no. 5871]. Dan yang lainnya.
Adapun Ahmad bin Hanbal[6], Ibnu Maiin, dan Ja’far bin Abi ‘Utsmaan Ath-Thayaalisi men-tautsiq-nya.
Namun yang raajih adalah pendapat jumhur yang melemahkannya, karena jarh yang mereka berikan adalah jenis jarh yang mufassar (dijelaskan sebabnya). Selengkapnya, silakan baca Tahdziibul-Kamaal, 25/97-108.
Selain itu, jika kita memilih menghadap kubur Nabi s.a.w semasa berdoa dari menghadap kiblat merupakan satu bentuk penentangan dan muqalafah dari petunjuk nabi s.a.w yang asal .
حدثنا موسى بن إسماعيل حدثنا وهيب حدثنا عمرو بن يحيى عن عباد بن تميم عن عبد الله بن زيد قال : خرج النبي صلى الله عليه وسلم إلى هذا المصلى يستسقى، ثم استقبل القبلة وقلب رداءه.
Diceritakan kepada kami Musa bin Ismail : Telah menceritakan kepada kami Wuhaib : Telah menceritakan kepada kami ‘Amr bin Yahyaa, dari ‘Abbaad bin Tamiim, dari ‘Abdullah bin Zaid, ia berkata : “Nabi s.a.w keluar menuju tanah lapang ini untuk berdoa meminta hujan. Lalu beliaumenghadap kiblat dan membalikkan selendangnya” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 6343].
حدثنا عثمان بن أبي شيبة: حدثنا طلحة بن يحيى: حدثنا يونس، عن الزهري، عن سالم، عن ابن عمر رضي الله عنهما:
أنه كان يرمي الجمرة الدنيا بسبع حصيات، يكبر على إثر كل حصاة، ثم يتقدم حتى يسهل، فيقوم مستقبل القبلة، فيقوم طويلا، ويدعو ويرفع يديه، ثم يرمي الوسطى، ثم يأخذ ذات الشمال فيسهل، ويقوم مستقبل القبلة، فيقوم طويلا، ويدعو ويرفع يديه، ويقوم طويلا، ثم يرمي جمرة ذات العقبة من بطن الوادي، ولا يقف عندها، ثم ينصرف، فيقول: هكذا رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يفعله.
Telah menceritakan kepada kami ‘Utsman bin Abi Syaibah : Telah menceritakan kepada kami Thalhah bin Yahyaa : Telah menceritakan kepada kami Yuunus, dari Az-Zuhri, dari Saalim, dari Ibnu ‘Umar radliyallaahu ‘anhumaa : Bahwasannya ia melontar jumrah ulyaa (uulaa) dengan tujuh biji batu kerikil dengan bertakbir setiap kali lontaran. Setelah itu ia bergerak ke tanah datar dan berdiri menghadap ke arah kiblat. Ia berdiri lama untuk berdoa dengan mengangkat kedua tangannya. Setelah itu ia melontar jumrah wusthaa, lalu ia pergi ke arah kiri menuju tanah datar dan berdiri sambil menghadap ke arah kiblat. Ia berdiri lama untuk berdoa sambil mengangkat kedua tangannya. Setelah itu ia melontar jumrah ‘aqabah dari tengah lembah, dan ia tidak berhenti di situ namun terus pergi dan kemudian berkata : “Seperti inilah aku melihat Nabi s.a.w melakukannya” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1751] hadis sahih .
semoga hidayah dan manfaat buat semua ...

[1] QS. Al-Hujuraat : 2.
[2] QS. Al-Hujuraat : 3.
[3] QS. Al-Hujuraat : 4.
[4] Asy-Syifaa’ bi-Ta’riifi Huquqil-Mushthafaa (2/40-41).
[5] Lihat : Qaaidatun Jaliilah fit-Tawassul wal-Wasiilah oleh Sheikh Islam Ibnu Taimiyah
[6] Namun Ibnu Hibbaan dalam Al-Majruhiin (2/321) menyebutkan bahawa setelah Al-Imam Ahmad mengetahui Abu Zur’ah dan Ibnu Waarah mendustakan Ibnu Humaid, maka Salih bin Ahmad bin Hanbal berkata : “Sejak saat itu aku melihat ayahku jika disebutkan Ibnu Humaid, beliau mengibaskan tangannya”.
Nampaknya inilah pendapat terakhir dari Ahmad bin Hanbal yang mencabut tautsiq-nya dari Muhammad bin Humaid Ar-Raazi.

-an-nawawi.blogspot.com

No comments: