Sunday, 4 April 2010

CABARAN SILAM GERAKKAN PEMBAHARUAN


Antara perkara yang paling buruk yang menimpa negara ini ialah wujudnya sesetengah golongan agama yang menghalang orang lain berfikir atau memahami agama selain dari apa yang mereka fahami. Jika fikiran mereka itu lemah, mereka bimbang orang lain berfikir lebih baik nanti akan dianggap mencabar fikiran mereka. Jika fikiran baik, mereka pula enggan jika wujud keperbagaian fikiran yang baik dalam kalangan umat Islam nanti akan dianggap orang lain pun setaraf mereka. Ini mempunyai kaitan dengan persoalan 'kuasa agama' seperti yang saya sebutkan dalam artikel saya yang lepas. Segala usaha dan percubaan kepada pembaharuan (renewal) akan dianggap sebagai musuh, kurang ajar, biadap, tidak hormat orang tua-tua dan seumpamanya.

Atau, mereka mungkin melabel pihak yang cuba memberikan pandangan yang berbeza dengan mereka dengan berbagai-bagai istilah. Ramai mereka yang cuba melakukan pembaharuan dalam sejarah Melayu dimusuhi dan diberikan berbagai tuduhan. Inilah yang menimpa tokoh-tokoh pembaharuan Nusantara termasuk Prof Hamka yang terkenal dengan sumbangan kesarjanaannya, Za'ba yang dianggap sebagai Bapa Persuratan Melayu, Syeikh Tahir Jalaluddin tokoh reformis progresif dan ahli falak, Syed Syeikh al-Hadi tokoh moderate muslim yang berjasa memajukan pendidikan orang melayu, begitu juga muridnya Dr Burhanudin al-Helmi yang menjadi tokoh politik tanahair dan lain-lain.

Di'cop'

Nama-nama yang disebutkan itu pada zaman mereka menghadapi tuduhan yang berbagai terutama di'cop' sebagai 'kaum muda' atau wahabi atau sesat atau menentang mazhab. Usaha-usaha pembaharuan mereka ditentang. Pendeta Za'ba hari ini disanjung sebagai tokoh cendiakawan Melayu tapi pada hayat diharamkan tulisan ucapan dan tulisan di banyak negeri. Tokoh-tokoh traditionalis Perak pernah menggunakan Sultan Perak untuk mengharamkan tulisan beliau. Za'ba pernah menyebut: Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor mereka yang dahulu kala itu.

Tuesday, 2 March 2010

Gambar Ust Fathul Bari di Mahkamah Syariah Kuala Pilah


Untuk Menghidupkan sunnah nabi s.a.w pada pelbagai ujian Sabda Nabi s.a.w:“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim)

Kemanisan Dalam Berdakwah

Tindakan unprofessional(unwise) oleh sebahagian pihak dengan beralasankan TAULIAH lebih kepada satu timbangan yang Lekeh . Mengapa tidak saja berdepan dan berbincang secara ilmiah dengan sarjana-sarjana bijak pandai islam ini , kita juga tidak menafikan terlalu ramai dikalangan ust-ust yang diberikan Tauliah hanya berstatus SPM dan diploma . Ini bertujuan memudahkan dan melancarkan agenda pihak tertentu yang tidak berani berhadapan dengan kritikan jika mereka Jelas menyimpang dengan Al-Quran Hadis , oleh demikian bagi menyelesakan kedudukan mereka sebagai pegawai agama atau pengarah jabatan agama tertentu , maka mereka bersuka-suka dengan kuasa hitam mereka iaitu "tauliah" yang hanya diberikan kepada ust-ust yang tertentu .Saya berharap Ust Fathul Bari seorang yang mahir dalam penghususan hadis tabah dan teruskan berjuang .

Tuesday, 23 February 2010

Maulid bukanlah sebahagian Dari Ibadah Yang mesti Dilaksanakan

Bila disentuh isu Maulid ( sambutan kelahiran Baginda Nabi s.a.w ) bukanlah dari cebisan Ibadah maka tohmahan dari golongan Fanatik Taklid Mazhabiyah mulalah melenting dengan menuduh Wahabi bagi sesiapa yang tidak menyambut Maulidur Rasul s.a.w walaupun secara Sedar mereka sendiri tidak mengetahui dari manakah Dalil atau pegangan yang mereka guna pakai turun temurun ini .

Tuesday, 26 January 2010

Hukum Berzanji, Maulid dan Nur Muhammad


بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الاَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِيْنَ ، نَبِيِّنَا مَحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحْمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. أمَّا بَعْدُه:

Syara telah mengharamkan seseorang yang beriman memberi sifat kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang bukan selayaknya diberikan kepada baginda. Perbuatan mengangkat Rasulullah dengan memberikan sifat ketuhanan kepada baginda adalah perbuatan syirik yang masih diamalkan oleh ramai masyarakat Islam yang keliru tentang makna pengertian cinta kepada nabinya. Perbuatan seperti ini telah dilakukan terutamanya oleh kebanyakan orang-orang tarikat batiniyah, sufi (tasawuf) yang ghulu kepada Rasulullah sehingga menjejaskan akidah mereka.

Monday, 25 January 2010

Menjawap Hadis Imam Malik Bin Anas Berdoa Mengadap Maqam(Kubur) Nabi s.a.w



-soalan-Banyak jemaah haji mahupun Umrah yang setibanya di bumi madinah , mereka berdoa berkiblatkan Maqam Nabi s.a.w dan tanpa mengetahui apakah iainya benar dan inikah cara yang diajarkan oleh baginda mustafa s.a.w dinukilkan oleh sebahagian pihak dalil dari imam malik b anas .Minta dijelaskan?
Jawapannya: 
Al-Qaadli ‘Iyad rahimahullah membawakan sanadnya sampai pada Muhammad bin Humaid Ar-Raazi, ia berkata :

Sunday, 24 January 2010

Berzanji dan Kebatilannya Yang Boleh Membawa Kepada Unsur Syirik


Setiap pertikaian adalah diambil daripada beberapa rujukan kitab terjemahan berzanji. Dua Kitab terjemahan yang menjadi rujukan utama:

- Terjemahan Maulid Berzanji Daiba’i, Perniagaan Jahabersa, Susunan Ust. Zulkifli Mat Isa.
- Majmu’ah Maulid Sarif, Percetakan al-Ma’arif SDN. BHD.

Sebahagian Pertikaian (Kekeliruan dan kebatilan) Daripada Sekian Banyak Kebatilan:

Thursday, 14 January 2010

Jawapan Buat Hujjah Bertabarruk di Kubur?


soalan-apakah boleh ber-tabaruk di perkuburan ?kerana ada aliran di malaysia yang dikenali sebagai ahbash mengamalkan perkara ini dan memohon doa kepada si mati dan meminta bantuan kepada simati sperti disini(klik video ini) minta penjelasan ust dalam hal tersebut .
Al-khatib baqdadi meriwayatkan :
أخبرنا القاضي أبو عبد الله الحسين بن علي بن محمد الصيمري قال أنبأنا عمر بن إبراهيم المقرئ قال نبأنا مكرم بن أحمد قال نبأنا عمر بن إسحاق بن إبراهيم قال نبأنا علي بن ميمون قال سمعت الشافعي يقول اني لأتبرك بأبي حنيفة وأجيء إلى قبره في كل يوم يعني زائرا فإذا عرضت لي حاجة صليت ركعتين وجئت إلى قبره وسألت الله تعالى الحاجة عنده فما تبعد عني حتى تقضى
Diceritakan kepada kami Al-Qaadliy Abu Abdillah Al-Husain bin Ali bin Muhammad Ash-Shiimari, berkata ia :

Sunday, 10 January 2010

Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir (Bahasan 1)

Pada akhir bulan March 2005 yang lalu, umat Islam digemparkan dengan tindakan seorang wanita yang menjadi khatib dan mengimami solat jumaat di Bandar New York, Amerika Syarikat. Oleh kerana tindakan ini adalah sesuatu yang “baru” di sisi umat Islam, ramai yang menolak dan mengkritiknya secara negatif. Tidak kurang juga dicelah-celah itu, ada yang merebut peluang daripada tindakan tersebut demi mengembangkan lagi aliran “Islam Liberal” yang menjadi perjuangan mereka.

Tuesday, 29 December 2009

Hukum Qunut Subuh Dari Pandangan Sahih

Salah satu masalah yang selalu dibincangkan oleh masyarakat adalah qunut Subuh. Sebagian menganggapnya sebagai amalan sunnah, sebagian lain menganggapnya pekerjaan bid'ah.Malah ada sebahagiannya di tuduh Wahabi kerana meninggalkan qunut Subuh. Bagaimanakah hukum qunut Subuh sebenarnya ?

Jawab :

Dalam masalah ibadah, menetapkan suatu amalan bahawa itu adalah disyariatkan (wajib mahupun sunnah) terbatas pada adanya dalil dari Al-Qur'an As-sunnah yang sahih menjelaskannya. Kalau tidak ada dalil yang Sahih maka iainya dikira membuat perkara baru dalam agama (bid'ah), yang terlarang dalam syariat Islam sebagaimana dalam hadis Aisyahr.a riwayat Bukhari-Muslim :

Friday, 29 May 2009

Benarkah Bid'ah Terbahagi kepada Dua


Terpanggil untuk melontarkan Hujjah yang sahih berdasarkan Pemahaman salaf dan Hujjah berpandukan Kitabullah dan Sunnah Nabi s.a.w:-

Beberapa golongan ulama ahli Sunnah wal Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh telah membahagikan bid'ah kepada dua bahagian iaitu bid'ah yang diistilahkan sebagai bid'ah hasanah (بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ) "bid'ah yang baik" dan bid'ah dhalalah (بِدْعَةٌ ضَلاَلَةٌ) "bid'ah yang sesat".

Perselisihan dalam soal pembahagian bid'ah timbul lantaran kekeliruan umat Islam selepas zaman as-Salaf dalam memahami istilah bid'ah dan kesilapan pada memahami maksud dari penggunaan bahasa bid'ah itu sendiri oleh masyarakat 'Ajam (bukan Arab). Antara punca-punca yang lain ialah: