Tuesday, 26 January 2010

Hukum Berzanji, Maulid dan Nur Muhammad


بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الاَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِيْنَ ، نَبِيِّنَا مَحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحْمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. أمَّا بَعْدُه:

Syara telah mengharamkan seseorang yang beriman memberi sifat kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang bukan selayaknya diberikan kepada baginda. Perbuatan mengangkat Rasulullah dengan memberikan sifat ketuhanan kepada baginda adalah perbuatan syirik yang masih diamalkan oleh ramai masyarakat Islam yang keliru tentang makna pengertian cinta kepada nabinya. Perbuatan seperti ini telah dilakukan terutamanya oleh kebanyakan orang-orang tarikat batiniyah, sufi (tasawuf) yang ghulu kepada Rasulullah sehingga menjejaskan akidah mereka. Contohnya dapat diambil dari beberapa kata-kata dan syair-syair orang-orang tarikat batiniyah dan sufi/tasawuf yang nyata telah menyeleweng dari dasar akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar:

يَا عَلاَّمَ الْغُيُوْبِ قَدْ لَجَاْنَا اِلَيْكَ
يَاشِفَاءَ الْقُلُوْبِ اَلصَّلاَةُ عَلَيْكَ.

"Hai orang yang mengetahui perkara yang ghaib! Sesungguhnya kami berlindung kepadamu. Hai pengubat hati! Semoga dicurahkan selawat kepadamu".

وَمَنْ تَكُوْنُ بِرَسُوْلِ اللهِ نُصْرَتُهُ
اِنْ تَلَقَّهُ اْلاُسُدُ فِى اَجَامِهَاتِهِمْ
مَاسَامَنِى الدَّهْرُ ضَيْمًا وَاسْتَجَرْتُ
اِلاَّ وَنِلْتُ جِوَارًا مِنْهُ لَمْ يُضَمْ

Barangsiapa mengambil Rasulullah sebagai penolongnya
diketika dia bertemu dengan serigala di tengah hutan belantara,
yang menunjukkan keganasannya.
Tidak pernah menimpaku kezaliman sepanjang waktu
kecuali aku meminta pertolongan kepada Rasulullah
yang tiada sia-sia pertolongannya.

Syair ini sering dijadikan bacaan dan amalan wirid oleh golongan tarikat batiniyah dan para pengikut sufi/tasawuf, ini menunjukkan bahawa mereka melakukan kesyirikan semasa meminta pertolongan dari Allah, kerana di samping meminta kepada Allah mereka juga menyekutukannya dengan menyeru dan meminta kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Perbuatan seperti ini jelas membawa kepada kesesatan dan kesyirikan kerana bertentangan dengan firman Allah:

فَلاَ تَجْعَلُوْا للهِ اَنْدَادً وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ

“Oleh kerana itu, janganlah kamu mengadakan bagi Allah seruan-seruan yang lain padahal kamu mengetahui”. Al-Baqarah, 2:22.

وَمَا النَّصْرُ اِلاَّ مِنْ عِنْدِ اللهِ الْعَزِيْزِ الْحَكِيْمِ.

"Dan kemenangan itu hanyalah (apabila dipinta) dari sisi Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Ali Imran, 3:126.

اِذَا سَاَلْتَ فَاسْاَلِ اللهَ وَاِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.

"Dan apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah semata-mata kepada Allah".[1]

Sesiapa yang memberikan sifat ketuhanan atau sifat yang hanya layak untuk Allah kepada nabi, rasul, wali, roh suci atau syeikh sufi/tasawuf seperti bernazar kepada mereka sehingga disangkanya nabi, rasul dan wali tersebut mengetahui urusan yang ghaib, dapat menunaikan seruan dan permohonan, maka ia telah melakukan kesyirikan kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Begitu juga kepada mereka yang menerima fahaman tarikat "Nur Muhammad", yang mentaqdiskan Nabi Muhammad sehingga melampaui batas (ghulu), mereka telah mengangkat baginda ke tahap ketuhanan dan perbuatan mereka adalah suatu kesyirikan yang nyata. Apa itu tarikat "Nur Muhammad?".

Kepercayaan Nur Muhammad (Hakikat Muhammadiyah)

Antara beberapa iktikad batil dan sesat yang sudah tersibar luas dan menjadi anutan majoriti masyarakat Islam Nusantara ialah tarikat Nur Muhammad. Tarikat ini selain dikenali sebagai Nur Muhammad ia disebut dan dikenali juga sebagai "Hakikat Muhammadiyah”. Nama ini terdapat di dalam kitab Berzanji:

وَلَمَّا اَرَادَ اللهُ تَعَالَى اِبْرَازَ حَقِيْقَتِهِ الْمُحَمَّدِيَّةِ

"Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam nyata) HakikatNya Muhammadiyah".[2]

Selain dikenali sebagai tarikat "Nur Muhammad" dan "Hakikat Muhammadiyah" maka tarikat ini dikenali juga sebagai tarikat "Roh Muhammad". Nama ini diambil dari kepercayaan adanya roh yang berpindah-pindah (inkarnasi). Iaitu roh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang berpindah-pindah dari moyang baginda sehinggalah kepada ayahndanya Abdullah bin Abdul Mutalib. Penerangan tentang "Roh Muhammad" terdapat juga di dalam kitab Berzanji:

وَاُصَلِّيْ وَاُسَلِّمُ عَلَى النُّوْرِ الْمَوْصُوْفِ بِالتَّقَدُّمِ وَاْلاَوَّلِيَّةِ الْمُنْتَقِلِ الْغُرُرِ الْكَرِيْمَةِ وَالْحِبَاهِ.

"Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahandanya".[3]

Kepercayaan perpindahan roh (inkarnasi) yang disebut juga "Kitaran Roh/Hayat" adalah konsep yang terdapat dalam kepercayaan agama Hindu. Kepercayaan ini bertentangan dengan nas al-Quran kerana setiap roh orang yang telah mati berada di barzah, iaitu tembok yang membatasi antara dunia dan akhirat sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

وَمِنْ وَرَآئِهِمْ بَرْزَخٌ اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ.

"Di hadapan mereka (para roh) ada dinding (tembok sebagai pemisah) sampailah mereka dibangkitkan". Al-Mu'minun, 23:100.

“Hakikat Muhammadiyah” diistilahkan sebagai "Qutub" oleh sebahagian tarikat sufi/tasawuf. Malah hakikat Muhammadiyah tidak ada perbezaan dengan konsep Imam maksum dalam ajaran Syiah, Ismailiyah dan batiniyah.[4] Pada hakikatnya akidah yang telah disebar luaskan oleh golongan tarikat batiniyah dari kalangan penganut sufi/tasawuf ini dapat dibuktikan membawa kepada kesesatan dan syirik, kerana penganutnya meyakini bahawa dunia, sekalian alam dan segala isinya diciptakan bersebab dari Nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Kononnya berpunca dari Nur Muhammad segala sesuatu terjadi. Ini adalah iktikad batil yang sama sekali tidak ada asas dan dalilnya dari syara.

Orang yang pertama menghidupkan teori Nur Muhammad ini ialah al-Hallaj. Sesudah beliau, diperluas dan diperkembangkan oleh Ibn Arabi. Malah yang paling aktif menyebarkan ajaran ini adalah golongan Syiah kerana terdapat dalam kepercayaan mereka keyakinan bahawa:

"Nur Muhammad itu qadim dan bersambung terus-menerus kepada nabi-nabi, rasul-rasul, imam-imam (Syiah) dan para wali (dari kalangan Syiah)".

Antara orang yang terus menyebar dan giat menghidupkan semula teori khurafat dan sesat ini secara tulisan ialah seorang lelaki Mesir bernama "Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi". Teori syirik ini dikembangkan oleh beliau melalui tulisannya yang dipenuhi dengan kebatilan: (اَنْتَ تَسْاَلُ وَاْلاِسْلاَمُ يَجِبُ).

Dasar fahaman ini diambil dari fahaman kerohanian teosofi yang meyakini bahawa segala-galanya bermula dari nur (cahaya), sama ada yang lahir (makrifat) dan yang batin (hakikat). Fahaman ini juga dipengaruhi oleh teori Neoplatonisme melalui konsep "Emanasi", iaitu segalanya adalah pancaran cahaya yang mengalir dari Tuhan sebagai sebab utama yang dikenali sebagai teori "al-Fiadh" atau apa yang diistilahkan oleh golongan tarikat sufi/tasawuf fahaman Ibn Arabi sebagai "Tajalli".

Golongan tarikat batiniyah dan para penganut sufi/tasawuf yang berpegang dan percaya dengan fahaman "Nur Muhammad" meyakini bahawa semua para malaikat seperti Jibril, Mikail, Israfil serta semua para nabi dicipta dari pantulan Nur Muhammad:

فَجَمِيْعُ اْلاَنْبِيَاءِ خُلِقُوْا مِنْ نُوْرِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

"Maka sekalian para nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam".[5]

Kononnya berkat Nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam terciptalah segala makhluk seperti tujuh petala langit dan penghuninya, bintang-bintang dan bumi serta segala yang terdapat di permukaan dan di dasar lautannya, termasuklah syurga dan neraka semuanya bersumber dari satu unsur iaitu berkat Nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Kepercayaan seperti ini perlu dibasmi atau dihapuskan oleh golongan ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana ia membawa kepada khurafat dan tahayyul yang menyebabkan rosaknya akidah orang yang mempercayainya sehingga berlaku kesyirikan.

Terdapat banyak syair-syair dan hadith-hadith lemah dan palsu yang dijadikan pegangan dan hujjah oleh penganut fahaman ini untuk menguatkan dakwaan mereka. Antara syair dan hadith tersebut ialah:

اِنَّ اللهَ خَلَقَ رُوْحَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذَاتِهِ وَخَلَقَ الْعَالَمَ بَاسِرَهُ مِنْ نُوْرِ مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari zatNya dan alam seluruhnya dijadikan dari Nur Muhammad".[6]

Bersempena dari hadith palsu di atas ini dan beberapa lagi hadith palsu yang lain, lahir kepercayaan yang lebih menyimpang jauh sebagaimana yang dipersetujui oleh syair-syair di kitab berzanji antaranya ialah:

نَتَوَسَّلُ اِلَيْكَ بِشَرَفِ الذَاتِ الْمُحَمَّدِيَّةِ.

"Dan kami (bertawassul) bermohon kepadaMu berkat kemuliaan hakikat al-Muhammadiyah". [7]

Fahaman tajalli (penjelmaan/bersatu) Allah dengan makhluk, atau sekalian alam sama ada alam dunia atau akhirat sebagaimana yang terdapat dalam kepercayaan Nur Muhammad sehingga mensekufukan hakikat Nabi Muhammad dengan hakikat Allah adalah perbuatan syirik. Fahaman ini berdasarkan pengaruh ajaran Syiah berkaitan konsep wahdatul wujud, hakikat Muhammadiyah dan Imam Mahadi. Teori ini sefahaman dengan teori “Qutub” dalam fahaman sufi/tasawuf. Fahaman batil dan sesat ini telah dikembangkan oleh Ibn Arabi (1165-1240M).

Seterusnya antara hadith palsu yang menjadi pengangan penganut Nur Muhammad ialah:

لَوْلاَكَ مَا خُلِقَتِ الدُّنْيَا.

"Kalaulah tidak kerana engkau (ya Muhammad!) dunia ini tidak akan diciptakan".

Menurut Ibn Qaiyim rahimahullah bahawa hadith ini adalah hadith palsu (موضوع). Malah al-Bushairi juga telah membuat pembohongan ketika mengatakan perkara ini melalui syairnya:

وَكَيْفَ تَدْعُوْا اِلَى الدُّنْيَا ضَرُوْرَةُ مَنْ
لَوْلاَهُ لَمْ تُخْلَقِ الدُّنْيَا مِنَ الْعَدَمِ.

Bagaimana keperluan seseorang dapat menarik kepada keduniaan, padahal kalaulah bukan kerana Muhammad dunia tidak akan diciptakan yang sebelumnya tidak ada. [8]
Kepercayaan hakikat Nur Muhammad yang selama ini dipegang, menjadi ikutan dan disebarkan oleh penganut tarikat sufi/tasawuf tentang konsep Nur Muhammad, ianya amat nyata suatu pembohongan. Kekarutan ini juga terdapat di dalam kitab Berzanji iaitu dalam ungkapan:

وَبَعْدُ فَاَقُوْلُ هُوَسَيِّدُنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِالله بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ.

"Aku nyatakan bahawa Nur yang tersebut tadi itu akhirnya telah menjadilah Penghulu kita Saidina Muhammad (moga-moga Allah kurniakan kesejahteraan kepadanya) Saidina Muhammad itu ialah anak Abdullah, dan Abdullah itu anak Abdul Muttalib".[9]

Kepercayaan Nur Muhammad sebagaimana yang terdapat ungkapannya di dalam kitab Berzanji, ianya jelas bertentangan dengan dalil-dalil syara, kerana menurut keterangan dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, yang terdahulu dijadikan oleh Allah bukan Nur Muhammad, jika manusia maka manusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Adam 'alaihi as-salam. Makhluk-makhluk yang dicipta selepas 'Arasy pula adalah qalam sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

اِنَّ اَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ.

"Sesungguhnya permulaan makhluk yang diciptakan oleh Allah ialah qalam". [10]

Antara unsur-unsur syirik yang terdapat di dalam fahaman tarikat sufi/tasawuf Nur Muhammad ini boleh kita lihat dalam lirik bait berikut:

اَنْتَ شَمْسٌ اَنْتَ بَدْرٌ * اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ.

"Engkau matahari, engkau bulan purnama * Engkaulah cahaya di atas cahaya". [11]

اَنْتَ الَّذِيْ اَشْرَقْتَ فِىاُفُقِ الْعُلاَ * فَمَحَوْتَ بِاْلاَنْوَارِكُلَّ ضَلاَلِ

"Engkaulah yang menyinari di ufuk yang tinggi * Engkau hapuskan setiap kegelapan dengan cahaya-cahayamu". [12]

Ungkapan dalam bait di atas iaitu: "Engkaulah cahaya di atas cahaya" menggambarkan bahawa Nur Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam setara atau sekufu (sama) dengan Nur Allah. Sedangkan ia bertentangan dengan firman Allah:

اَللهُ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ.

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada yang) di langit dan bumi". An-Nur, 24:35.

Ajaran ghulu (keterlaluan atau melampaui batas) dalam memuji-muja dan pensucian (takdis) terhadap Nabi Muhammad menjadikan penganut tarikat ini terkeluar dari cintakan nabi yang digariskan oleh syara. Sedangkan Allah mengharamkan ghulu kepada semua penganut agama samawi. Firman Allah:

يَااَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُوْا فِى دِيْنِكُمْ وَلاَ تُقُوْلُوْا عَلَى اللهِ اِلاَّ الْحَقَّ اِنَّمَا الْمَسِيْحُ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُوْلُ اللهِ وَكَلِمَاتُهُ اَلْقَاهُا اِلَى مَرْيَمَ وَرُوْحٌ مِّنْهُ.

"Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih 'Isa bin Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimahNya, yang disampaikanNya kepada Maryam dan dengan tiupan roh dariNya". An-Nisa, 4:171.

Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

لاَ تَطْرُوْنِيْ كَمَا اَطرتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ اَنَا عَبْدٌ فَقُوْلُوْ عَبْدَ اللهِ وَرَسُوْلَهُ.

"Janganlah kamu menyanjungku sehingga melampaui batas sebagaimana pemujaan Nasrani terhadap Ibnu Maryam, sesungguhnya aku ini seorang hamba, maka katakanlah oleh kamu hamba Allah dan RasulNya". [13]

Allah Subhanahu wa-Ta'ala mencipta dunia dan segala isinya terutama jin dan manusia bukanlah lantaran Nur Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, tetapi mereka dicipta semata-mata supaya mengajak (menyeru) sekalian manusia mentauhidkan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dalam akidah dan juga dalam beribadah kepadaNya sebagaimana firmanNya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". Adz-Dzariyat, 51:56.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sekalian makhluk (hamba Allah), sama ada yang beriman atau yang tidak beriman semuanya asal mulanya dari Nabi Adam 'alaihi as-salam dan Nabi Adam dicipta dari tanah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا اْلاِنْسَانَ مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ طِيْنٍ.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (yang berasal) dari tanah". Al-Mukminun, 23:12.

اِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ اِنِّيْ خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِيْنٍ

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah". Saad, 38:17.

هُوَ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ.

"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis air mani kemudian dari segumpal darah". Gafir, 40:67.

هُوَالَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَازَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءًا وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْتَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَامَ اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.

“Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama yang lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu". An-Nisa, 4:1.

كُلُّكُمْ بَنُوْا آدَمَ وَآدَمَ خُلِقَ مِنْ تَرَابٍ.

"Kamu semua adalah anak keturunan Adam. Dan Adam diciptakan dari tanah". [14]

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah seorang manusia seperti seluruh manusia yang lain. Baginda dari keturunan Adam dan diciptakan dari tanah sebagaimana dicipta Nabi Adam 'alaihi as-salam, nabi-nabi, para rasul atau para wali Allah sekalian:

قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَى اِلَيَّ اِنَّمَآاِلَهَكُمْ اِلَهٌ وَّاحِدٌ.

Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa". Al-Kahfi, 18:110.

وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ.

"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya aku adalah manusia biasa seperti kamu". [15]

Hanya kelebihan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam ialah baginda seorang penghulu anak keturunan Adam sebagaimana sabda baginda:

اَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ.

"Aku adalah penghulu anak keturunan Adam". [16]

Pada hadith sahih ini dijelaskan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam hanya sebagai penghulu anak keturunan Adam 'alaihi as-salam dan di hadith yang lain pula dijelaskan sebagai maktub (مَكْتُوْبٌ) "Tertulis" dan bukan disebut dengan sebutan makhluk (مَخْلُوْقٌ) "Dicipta" sebagaimana yang ditegaskan oleh hadith sahih di bawah ini:

اَنَا عِنْدَ اللهِ مَكْتُوْبٌ خَاتِمُ النَّبِيِّيْنَ.

"Sesungguhnya aku di sisi Allah telah tercatit sebagai penutup para Nabi".

Terdapat banyak hadith-hadith yang menjelaskan tentang kejadian Nabi Adam 'alaihi as- salam dan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Adapun hadith-hadith yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah nabi, rasul dan manusia yang mula-mula dicipta adalah hadith-hadith yang lemah. Antara hadith tersebut ialah:

كُنْتُ اَوَّلُ النَّبِيِّيْنَ فِى الْخَلْقِ وآخِرُهُمْ فِى الْبَعْثِ.

"Aku adalah permulaan para nabi dalam penciptaannya dan juru kunci (penutup) mereka diutus".

Menurut Ibnu Kathir, al-Munawi dan Nasruddin al-Albani rahimahumullah bahawa hadith ini adalah hadith yang lemah. Hadith ini menyalahi al-Quran dan hadith-hadith lain yang sahih. Malah menyalahi akal fikiran dan perasaan yang waras, oleh sebab itu tidak ada seorang pun yang dicipta dan dilahirkan sebelum Nabi Adam alaihi as-salam.[17]

Tidak ada seorang pun manusia yang diciptakan dari nur atau cahaya. Hanya para malaikat sahaja yang diciptakan dari nur tetapi para malikat bukan dari golongan manusia. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam di dalam sabdanya:

خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُوْرٍ وَخُلِقَ الْجَآنُ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ . وَخُلِقَ آدَمَ مِمَّا وَصَفَ لَكُمْ.

"Malaikat diciptakan dari nur. Jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam diciptakan dari apa yang telah disifatkan kepada kamu (dari tanah)". [18]

Adapun hadith yang dijadikan hujjah oleh golongan tarikat sufi/tasawuf Nur Muhammad untuk menyatakan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah dicipta dari nur, kesemuanya adalah dari jenis hadith-hadith yang lemah atau palsu. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

اَوَّلُ مَا خَلَقَ اللهُ نُوْرَ نَبِيِّكَ يَا جَابِرُ.

"Wahai Jabir! Yang pertama kali diciptakan Allah ialah nur NabiMu".

Menurut Muhammad bin Jamil Zinu: Hadith ini adalah hadith (حديث مكذوب) "Hadith bohong/palsu" atas nama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ia bukan hadith sahih sebagaimana yang didakwakan oleh asy-Sya'rawi. Amat jelas isi kandungannya bertentangan dengan al-Quran al-Karim dan hadith yang sahih yang menjelaskan dengan tegas bahawa manusia yang pertama dicipta adalah Adam 'alaihi as-salam dan Adam dijadikan dari tanah. Seandainya ada dari makhluk lain ia adalah qalam. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam hanyalah anak keturunan Adam, tidak dicipta dari nur.

Kepercayaan karut dan khurafat ini tertulis di dalam kitab Maulid Berzanji Daiba'i:

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، فَسُبْحَانَهُ مِنْ مَّلِكٍ اَوْجَدَ نُوْرَ نَبِيِّهِ مَحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ نُوْرِهِ قَبْلَ اَنْ يَخْلُقَ آدَمَ مِنَ الطِّيْنِ اللاَّزِبِ

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Maha Suci Dia Tuhan yang telah mencipta nur NabiNya Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari nurNya sebelum diciptanya Adam dari tanah liat". [19]

Nabi Muhammad adalah manusia biasa seperti kita dan manusia-manusia yang lain. Hanya baginda sahaja secara khusus dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu, menjadi Nabi dan Rasul. Manusia tidak boleh menganggap Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai nur, tetapi mereka wajib menganggap baginda sebagai manusia. [20]

Pada dasarnya semua manusia dicipta sejak Adam 'alaihi as-salam serta semua anak cucu keturunannya sehinggalah ke Hari Kiamat adalah manusia yang dicipta dari tanah. Tujuan dicipta supaya beribadah, menyembah dan mentauhidkan Allah sehinggalah menemui ajalnya. Firman Allah:

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَاْتِيَكَ الْيَقِيْنُ.

"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal/kematian)". Al-Hijr, 15:99.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". Az-Zariat, 51:56.

Tidak terdapat walaupun seorang dari kalangan para nabi atau para rasul menjadi penyebab sehingga kerananya dicipta dunia ini dan segala makhluk yang ada. Namun, menurut seorang tokoh sufi bernama Ibn Arabi, alam nyata adalah kumpulan sifat-sifat Allah al-Haqq. Tajjali Zat Allah hinggalah jadi hakikat segala yang ada di bumi ini. Menurut Ibn Arabi lagi bahawa alam semesta seluruhnya adalah berasal dari Nur Muhammad.

Mereka yang sefahaman dengan teori Ibn Arabi seolah-olah menafikan bahawa tujuan utama para nabi atau rasul diutus kepada umat mereka semata-mata untuk menyampaikan wahyu Allah. Mereka melupakan tentang tugas para nabi dan rasul yang diutus untuk mengajak manusia beribadah kepada Allah dan menyeru kepada Tauhid yang murni agar mereka mendapat petunjuk. Firman Allah:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ اُمَّةٍ رَسُوْلاً اَنِ اعْبُدُوْا اللهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّاغُوْتَ.

"Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan: Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut". An-Nahl, 16:36.

وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ اِلاَّ نُوْحِى اِلَيْهِ اَنَّهُ لاَ اِلَـهَ اِلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِ.

"Tidak Kami utus seorang pun Rasul sebelum engkau (Ya Muhammad!), melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali Aku, maka oleh sebab itu sembahlah Aku". Al-Ambiya, 21:25.

Kepercayaan Nur Muhammad Di Majlis Maulid. [21]

Dalam majlis-majlis perayaan maulid Nabi banyak terjadi kemungkaran bid'ah yang menyalahi ajaran al-Quran dan hadith. Majlis memperingati maulid[22] ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda. Tidak pernah diadakan oleh mereka yang hidup di kurun terbaik (kurun mufaddalah) iaitu kurun para tabiin atau para mujtahidin yang empat (Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi) kerana tidak ada suruhan dari Nabi Muhammad atau syara. Begitu juga tidak pernah diamalkan oleh para ulama besar pada abad kejayaan Islam. Malah tidak terdapat dalil qatii dari syara yang membolehkannya.

Banyak kemungkaran yang mereka lakukan semasa mengadakan perayaan maulid Nabi terutama yang melibatkan bid'ah, khurafat, tahayyul dan kesyirikan. Lebih-lebih lagi ketika mereka mengalunkan bait:

Wahai Rasulullah pemberi pertolongan
dan pemberi bantuan!.
Wahai Rasulullah kepadamu tempat berpegang!.
Wahai Rasulullah! Hilangkanlah penderitaan kami.
Tidaklah kami merasai penderitaan,
kecuali akan engkau selesaikan.

Meminta pertolongan dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam perkara biasa bagi pembuat bid'ah sebagaimana yang terbukti di dalam kitab Berzanji:

وَنَتَوَسَّلُ اِلَيْكَ بِشَرَفِ الذَّاتِ الْمُحَمَّدِيَّةِ.

"Dan kami bermohon dengan berperantaraan (bertawassul) kepadaMu melalui keberkatan hakikat al-Muhammadiyah".[23]

Di dalam kitab Berzanji ada sepotong doa yang dipohon yang mana doa tersebut mengandungi unsur syirik:

"Kami bermohon kepadaMu dengan berkat kemuliaan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan kelebihannya". [24]

Seandainya Rasulullah sallallhu 'alaihi wa-sallam boleh mendengar seruan dan kata-kata di atas ini, tentu akan menghukum penyerunya sebagai pelaku syirik besar, kerana pertolongan dan tempat meminta yang dapat menghilangkan segala penderitaan dan masalah manusia hanya Allah semata. Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menjelaskan perkara ini di dalam firmanNya:

اَمَّنْ يُّجِيْبُ الْمُضْطَرَّ اِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوْءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَآءَ اْلاَرْضِ اَاِلَهٌ مَّعَ اللهِ قَلِيْلاً مَّا تَذَكَّرُوْنَ.

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain?) Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)".". An-Naml, 27:62.

Ayat di atas menunjukkan hanya Allah Subhanahu wa-Ta'ala sahaja yang memperkenankan doa menolong manusia yang sedang dalam kesulitan. Begitu juga, Allah di dalam al-Quran telah memerintahkan kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam agar mengkhabarkan kepada umat baginda dengan membacakan firmanNya

قُلْ اِنِّيْ لاَ اَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَّلاَ رَشَدًا.

"Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku tidak mempunyai kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak pula mempunyai kemanfaatan". Al-Jin, 72:21.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pula bersabda:

اِذَا سَاَلْتَ فَاسْاَلِ اللهَ وَاِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.

"Apabila kamu meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah. Dan apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah semata". [25]

Dalil-dalil di atas membatalkan keyakinan dan ajaran penganut tarikat Nur Muhammad. Namun, amat dikesalkan kerana pada kebiasaannya, bacaan bait-bait sya'ir semasa mengadakan perayaan maulid Nabi adalah terlalu berlebih-lebihan dan menambah-nambah (ghulu) dalam memuja-muji Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Sedangkan baginda telah melarang dari berbuat sedemikian kerana boleh membawa kepada kesyirikan. Baginda bersabda:

لاَ تَطْرُوْنِيْ كَمَا اَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنِ مَرْيَمَ فَاِنَّمَا اَنَا عَبْدٌ قُوْلُوْا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

"Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam memuja-mujiku sebagaimana perbuatan orang-orang Nasrani memuji Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah. Katakanlah! HambaNya dan utusanNya". [26]

Sering juga perbuatan yang dilakukan di perayaan maulid dilakukan juga di majlis-majlis perkahwinan atau di majlis-majlis keagamaan yang lainnya. Di dalam majlis tersebut dilaungkan bait-bait yang berisi penjelasan bahawa Allah menciptakan Muhammad dari nurNya. Dan dari Nur Muhammad itu pula diciptakan segala sesuatu yang ada, yang ghaib (termasuk yang batin) atau yang nyata.

Al-Quran menganggap sebagai suatu pembohongan ajaran, keyakinan dan amalan Nur Muhammad yang sesat lagi menyesatkan ini. Ia jelas bertentangan dengan akidah dan amalan para aimah(الائمة) dan orang-orang soleh yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Ia adalah perbuatan haram yang boleh menyebabkan kesyirikan. Allah Azza wa-Jalla telah mengharamkan perbuatan ini sebagaimana firmanNya:

قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَى اِلَيَّ اِنَّمَآ اِلَهُكُمْ اِلَهٌ وَّاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَّلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ اَحَدًا.

"Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". Al-Kahfi, 18:110.

Sebagaimana yang telah diyakini oleh orang-orang yang beriman dan berilmu, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam diciptakan melalui perantaraan seorang ayah dan seorang ibu. Baginda adalah manusia biasa yang diturunkan wahyu oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala kepada baginda. Keyakinan ini bertentangan dengan kepercayaan penganut Nur Muhammad, kerana kebiasaannya dalam majlis-majlis perayaan maulid yang mereka adakan, digambarkan melalui kitab-kitab maulid mereka tentang keluar- biasaan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, kononnya Allah mencipta alam dan manusia lantaran Nabi Muhammad. Kepercayaan ini juga diingkari oleh al-Quran, kerana dicipta manusia bukan kerana Nabi Muhammad, tetapi supaya mereka beribadah kepada Allah sebagaimana firmanNya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُونِ.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu". Adz-Zariyat, 51:56.

Amat jelas dari penerangan di atas bahawa sekalian manusia dan segala makhluk dicipta bukan kerana Nur Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau bersebab rohnya, sesiapa yang mempercayai segala kekarutan ini adalah kufur dan sesat. Kerana tujuan utama dicipta sekalian makhluk sama ada di langit, di bumi dan di akhirat adalah semata-mata untuk mengEsakan Allah Azza wa-Jalla dalam setiap ibadah mereka.

Persamaan Maulid Nabi Muhammad Dengan Maulid Nabi Isa

Penganut agama Nasrani menyambut perayaan Hari Natal (Hari Krismas) pada 25 Disember setiap tahun kerana memperingati lahirnya Nabi Isa Al-Masih 'alaihi as-salam. Penyerupaan berlaku kepada pencinta bid'ah yang mana mereka menyambut perayaan Maulidur Rasul pada 12 Rabi'ulawal setiap tahun. Malah ditambah lagi dengan menyambut hari kelahiran (hari jadi) keluarga mereka dengan majlis yang meriah dan secara besar-besaran bagi mereka yang mampu. Amalan ini adalah mencontohi perbuatan penganut agama Yahudi, Nasrani atau Majusi yang sentiasa menyambut hari kelahiran nabi atau ketua agama mereka dengan mengadakan perayaan.

Pelaku dan pencinta bid'ah sememangnya sering tidak memperdulikan larangan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam agar tidak meniru atau mencontohi amalan agama Ahli Kitab atau Majusi, sedangkan Rasulullah sallallahu 'alaih wa-sallam dengan tegas telah melarang setiap orang yang beriman dari mencontohi amalan kaum kuffar sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana sabdanya:

مَنْ تَشَبَّهَ بَقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ.

"Barang sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dari kaum tersebut". [27]

Di majlis perayaan maulid atau hari jadi sering berlaku percampuran atau pergaulan bebas (tidak terkawal) antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram. Mereka perlu sentiasa ingat bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya. Maka bagaimana mereka boleh mendakwa mencintai Rasulullah sedangkan di majlis yang kononnya tanda cintanya kepada Nabi tetapi mereka melanggar larangan baginda?.

Ada kalanya perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menjayakan majlis memperingati perayaan maulid mencapai jutaan ringgit banyaknya. Sama ada untuk makan minum, hiasan, dekorasi, transportasi, perhubungan, penceramah, nasyid dan sebagainya. Sedangkan perbuatan tersebut tidak pernah mendatangkan faedah, kecuali oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dengan mengenakan keperluan (untuk majlis tersebut) dengan harga yang tinggi. Sedangkan Rasulullah telah mengharamkan pembaziran harta.

Persiapan untuk mengadakan majlis perayaan maulid sering mengambil masa yang panjang, sama ada untuk menyiapkan pentas, menghias diri dan sebagainya, sehingga ada yang mengabai atau meninggalkan waktu sembahyang. Hal seperti ini menjadi perkara biasa bagi si pembuat bid'ah.

Amalan bangun dan berdiri tegak ketika sampai di bacaan-bacaan tertentu semasa membaca maulid (Berzanji) adalah suatu iktikad (kepercayaan) bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam berserta para sahabat baginda ketika itu sedang menghadirkan diri di majlis tersebut. Hal ini adalah suatu bid'ah, khurafat, tahayyul dan kebohongan yang nyata. Kerana Allah telah berfirman tentang keadaan orang yang telah wafat (meninggal dunia):

وَمِنْ وَرَآئِهِمْ بِرْزَخٌ اِلَى يَوْمٍ يُّبْعَثُوْنَ.

"Dan di hadapan mereka ada dinding (tembok penghalang untuk roh keluar) sampailah ke hari mereka dibangkitkan". Al-Mukmin, 23:100.

Yang dimaksudkan (بَرْزَخٌ) "Barzakh" ialah tembok atau dinding. Iaitu suatu yang memisahkan antara dunia dan akhirat yang tidak dapat ditembusi keluar oleh roh.

Ada pun berdiri kerana memberi penghormatan kepada seseorang yang datang ke majlis bukanlah ajaran dari sunnah Rasulullah, kerana Anas bin Malik pernah berkata:

مَاكَانَ شَخْصٌ اَحَبَّ اِلَيْهِمْ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانُوْا اِذَا رَاَوْهُ لَمْ يَقُوْمُوْا لَهُ لِمَا يَعْلَمُوْنَ مِنْ كَرَاهِيَّتِهِ لِذَلِكَ.

"Tidak ada seseorang yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah. Apabila para sahabat melihat Rasulullah hadir, tidak seorang pun yang berdiri memberi penghormatan. Sebab mereka mengetahui bahawa Rasulullah sangat membenci penghormatan dengan cara berdiri".[28]

Terdapat sebahagian dari pencinta amalan maulid ini beralasan:

"Kami mengadakan perayaan memperingati maulid ini untuk membacakan sirah (sejarah) hidup Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam".

Tetapi kenyataan sirah yang mereka bacakan bertentangan dengan sabda-sabda dan sejarah Rasulullah yang sebenar. Kalaulah begitu apa faedahnya? Apakah orang yang dikatakan mencintai Rasulullah memadai hanya dengan membacakan sirah hidup baginda? Kalau begitu, ini bermakna orang yang mencintai Rasulullah perlu membacanya setiap hari sedangkan mereka hanya melakukannya setahun sekali?

Pembuat bid'ah perlu menyedari bahawa di bulan Rabi'ul Awal adalah bulan kelahiran dan kewafatan Rasulullah, tidak sepatutnya diadakan perayaan (bersuka ria) di bulan kewafatannya sedangkan menunjukkan keprihatinan adalah lebih utama.

Kebiasaannya perayaan maulid diadakan sehingga kelarut malam, dipenuhi dengan nyanyian (nasyid), akibatnya ramai antara mereka yang tertinggal sembahyang Subuh kerana tertidur sehingga matahari terbit.

Sebenarnya tidak ada sesuatupun yang berupa tuntutan agama dari apa yang sering dilakukan oleh pencinta maulid. Terutama semasa mengadakan majlis maulidur rasul, kerana pada kebiasaannya amalan mereka hanya mentaati kehendak orang ramai, sedangkan jika mereka benar-benar ingin mentaati Allah dan mencintai RasulNya caranya telah dijelaskan oleh syara. Pada dasarnya pencinta perayaan maulid telah mentaati selain Allah yang membawa mereka kepada kesesatan. Awas amaran Allah tentang mentaati orang kebanyakan:

وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى اْلاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ.

"Dan jika kamu menuruti (mentaati) kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah".
Al-An'am, 6:116.

Huzaifah radiallahu 'anhu berkata:

"Setiap bid'ah adalah menyesatkan walaupun seluruh umat manusia melihatnya dan menganggapnya sebagai sesuatu yang baik".

Hasan Basri rahimahullah pula menjelaskan:

"Sesungguhnya Ahli Sunnah sejak mulanya memang berjumlah sedikit. Begitu jugalah pada akhir zaman jumlah mereka semakin sedikit. Mereka adalah orang-orang yang tidak digemari oleh orang-orang yang cintakan kehidupan dunia dan bermegah-megah dengan kemewahannya. Ahli Sunnah pula tidak terpikat dengan Ahli Bid'ah. Mereka (Ahli Sunnah) bersabar berpegang teguh kepada sunnah Rasul sehingga bertemu dengan Tuhan mereka. Demikianlah! Maka masuklah kamu ke dalam golongan mereka (Ahli Sunnah) yang sedikit)".

Pecinta perayaan maulid bukanlah dari golongan ahli sunnah yang sedikit sebagaimana yang dimaksudkan oleh Hasan Basri, kerana orang yang mula-mula mengadakan perayaan maulid Nabi ialah Raja Muzaffar di Syam pada abad ke tujuh Hijrah. Orang yang pertama kali mengadakan perayaan maulid di Mesir ialah Bani Fatimiyah. Mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Kathir adalah golongan orang kufur dan fasik. Begitu juga perayaan maulid bacaan Berzanji paling digemari dan diutamakan oleh mereka yang menganut tarikat Nur Muhammad. Adapun fatwa para ulama muktabar tentang pengharaman majlis maulid:

Berkata Syeikh Muhammad bin Abul Latif semasa ditanya tentang mengeluarkan harta di atas nama maulid Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

"Sesungguhnya amalan maulid adalah tergolong dari perbuatan bid'ah yang mungkar dan termasuk kerja-kerja yang keji. Membelanjakan harta kerana majlis maulid Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah bid'ah yang diharamkan, pelakunya adalah berdosa bukan berpahala, maka wajib mengingkari terhadap sesiapa yang melakukan yang demikian". [29]

Boleh difahami dari penjelasan dan fatwa ulama muktabar sebagaimana tertera di atas, bahawa membaca Berzanji dan mengadakan majlis atau perayaan maulid Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam adalah bid’ah yang mungkar.

Sembahyang Di Belakang Pengikut Nur Muhammad

Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin rahimahullah ketika ditanya: Bolehkah seseorang itu bersembahyang di belakang orang yang berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah cahaya dari cahaya Allah, baginda bukanlah manusia, baginda mengetahui yang ghaib dan seseorang itu boleh meminta pertolongan dari baginda kerana meyakini bahawa baginda memiliki manfaat dan mudarat?

Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin rahimahullah menjawab: Sesiapa yang berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah cahaya dari cahaya Allah dan baginda bukan manusia sehingga mengetahui yang ghaib, maka dia adalah kafir kepada Allah dan RasulNya. Dia menjadi musuh Allah dan RasulNya kerana dakwaannya adalah dusta. Maka sesiapa yang berdusta terhadap Allah dan RasulNya dia adalah kafir. Adapun dalilnya ialah firman Allah:

قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ.

"Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia sepertimu". Al-Kahfi, 18:110.

قُلْ لآ اَقُوْلُ لَكُمْ عِنْدِى خَزَآئِنُ اللهِ وَلآ اَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلآ اَقُوْلُ لَكُمْ اِنِّيْ مَلَكٌ اِنْ اَتَّبِعُ مَا يُوْحَى اِلَيَّ.

"Katakanlah! Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku memiliki perbendaharaan Allah, aku tidak mengetahui yang ghaib dan aku tak mengatakan bahawa aku adalah malaikat, aku hanya mengatakan apa yang telah diwahyukan kepadaku". Al-'An'am, 6:50.

قُلْ لآ اَمْلِكُ لِنَفْسِيْ نَفْعًا وَلاَ ضَرًّا اِلاَّ مَا شَـآءَ اللهُ وَلَوْ كَنْتُ اَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَ سْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوْءُ اِنْ اَنَا اِلاَّ نَذِيْرٌ وَبَشِيْرٌ لِقَوْمِ يَؤْمِنُوْنَ.

"Katakanlah! Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan, kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak- banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". Al-'Araf, 7:188.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pula bersabda:

اِنَّمَا اَنَا مِثْلُكُمْ اَنْسَىكَمَا تَنْسَوْنَ وَاِذَا نَسِيْتُ فَذَكَّرُوْنِيْ.

"Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu, aku lupa sebagaimana kamu lupa, maka apabila aku lupa ingatkanlah aku". [30]

Sesiapa yang meminta pertolongan kepada Rasulullah dengan keyakinan bahawa baginda memiliki manfaat dan mudarat, maka dia telah kufur dan pendusta terhadap Allah dan telah melakukan kesyirikan terhadap Allah. Allah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُوْنِيْ اَسْتَجِبْ لَكُمْ اِنَّ الَّذِيْنَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِيْ سَيَدْخُلُوْنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيْنَ.

"Dan Rabb (Tuhan) kamu berfirman: Berdoalah (mintalah) kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". Ghafir, 40:60.

قُلْ اِنِّيْ لآ اَمْلِكُ لَكُمْ ضَرَّا وَلاَ رَشَدًا قُلْ اِنَّيْ لَنْ يُجِيْرَنِيْ مِنَ اللهِ اَحَدٌ وَلَنْ اَجِدَ مِنْ دُوْنِهِ مُلْتَحَدًا.

"Katakanlah! Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan. Katakanlah! Sesungguhnya aku tiada seseorang pun yang dapat melindungiku selain Allah, sekali-kali tidak akan memperolehi tempat berlindung selain dariNya" Al-Jin, 72:21-22.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

لاَ اَغْنى عَنْكُمْ مِنَ اللهِ شَيْئًا.

"Aku tidak mempunyai kemampuan apapun untuk menolongmu di hadapan Allah". [31]

Oleh itu tidak diperbolehkan sembahyang di belakang orang yang berkeyakinan sebagaimana yang dijelaskan di atas. Ataupun yang sejenisnya juga tidak dihalalkan menjadi imam bagi kaum muslimin.[32]

Wajib Mencintai Dan Mentaati Para Rasul Dan Nabi

Setelah mengetahui tentang wajibnya beriman kepada sekalian para nabi dan rasul, maka kewajiban seterusnya ialah mencintai mereka lebih dari mencintai ibu-bapa, anak-anak, keluarga dan keseluruhan manusia melalui cara yang telah ditentukan oleh al-Quran, iaitu dengan benar-benar mentaatinya, menghayati, mencontohi dan melaksanakan segala cara-cara beribadah yang telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan meninggalkan segala yang ditegah. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

فَوَالَّذِى نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ اَحَدُ كُمْ حَتَّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ.

"Maka demi jiwaku yang di dalam genggamanNya, tidak sempurna iman salah seorang kamu sehingga aku dijadikan lebih dicintai dari orang tuanya dan anaknya”. H/R Bukhari.

لاَيُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّىاَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ.

"Tidak sempurna iman salah seorang kamu sehinggalah aku dijadikan lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan manusia keseluruhannya".[33]

ثَلاَثٌ مَنْكُنَّ فِيْهِ وَجَدَحَلاَوَةَ اْلاِيْمَانِ اَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا.

"Tiga perkara yang menjadikan kamu memperolehi kemanisan (kesempurnaan) iman iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain keduanya". [34]

Setiap orang Islam yang beriman wajib mentaati dan mencontohi rasul utusan tersebut, sebagaimana firman Allah 'Azza wa-Jalla:

يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَاُوْلِى اْلاَمْرِ مِنْكُمْ.

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul(Nya) dan ulilamri antara kamu". An-Nisa, 4-59.

وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ رَسُوْلٍ اِلاَّ لِيُطَاعَ بِاِذْنِ اللهِ.

"Dan Kami tidak mengutus rasul, melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah". An-Nisa, 4:64.

وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَالرَّسُوْلَ فَاُولَئِكَ مَعَ الَّذِيْنَ اَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ والصِّدِّيْقِيْنَ والشُّهَدَآءِ وَالَّصَالِحِيْنَ وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا.

"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi-nabi, para siddiqin, para syuhada dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya". An-Nisa, 4:69.

مَنْ يُّطِعِ الرَّسُوْلَ فَقَدْ اَطَاعَ اللهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَآ اَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيْظًا.

"Barangsiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan), maka Kami tidak mengutusmu untuk jadi pemelihara bagi mereka". An-Nisa', 4:80.

وَاَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَاحْذَرُوْا فَاِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوْا انَّمَا عَلَى رَسُوْلِنَا الْبَلاَغُ الْمُبِيْنَ.

"Dan taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kepada Rasul(Nya), dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawasanya kewajipan Rasul Kami hanya menyampaikan (amanat Allah) dengan terang". Al-Maidah, 5:92.

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَلاَتُبْطِلُوْا اَعْمَالَكُمْ.

"Hai orang-orang yang beriman! Taatilah kepada Allah dan taatilah kepada rasul dan janganlah kamu merosakkan (membatalkan pahala) amalan kamu". Muhammad, 47:33

Mentaati Allah Tabaraka wa-Ta’ala dan rasulNya dengan penuh keimanan hanya boleh dibuktikan dengan mengembalikan segala persoalan yang bersangkut-paut dengan akidah, ibadah atau hukum ahkam agama hanya kepada Allah (al-Quran) dan RasulNya (al-Hadith yang sahih) tanpa ada persoalan dan dilakukan penambahan (bid'ah). Prinsip keimanan yang sempurna ialah berpegang teguh dan menggigit kedua kitab ini tanpa berbelah-bagi atau ragu. Sesiapa yang meninggalkan pegangan al-Quran dan al-Hadith, dia telah membawa dirinya kepada kesesatan dan kekafiran yang nyata:

فَاِنْ تَنَازَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوْهُ اِلَى اللهِ والرَّسُوْلِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ والْيَوْمِ اْلآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَاَحْسَنُ تَاْوِيْلاً.

"Jika kamu saling berbantah-bantahan dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". An-Nisa, 4:59.

Para nabi dan rasul adalah manusia pilihan Allah Tabaraka wa-Ta'ala yang terbaik, paling sempurna dan termulia di antara sekalian manusia, namun wajib diimani juga bahawa Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam adalah yang paling mulia dan penutup para nabi dan rasul.

Tidak dihalalkan seseorang itu mendakwa bahawa ibu-bapanya, dirinya, gurunya, para wali atau syeikh-syeikh tarikat mereka lebih baik dari salah seorang para nabi atau rasul yang telah diutus. Kenyataan ini yang diperkuat dengan nas-nas syara adalah menyangkal dakwaan sesetengah dari para syeikh tarikat atau penganut tasawuf (sufi) yang kesasaran bahawa ada di antara syeikh mereka yang lebih baik dan mulia dari para nabi dan rasul utusan Allah Azza wa-Jalla. Dakwaan mereka dapat ditolak melalui sabda Nabi Muhammad salallahu 'alai wa-sallam:

مَا كَانَ لِعَبْدٍ اَنْ يَقُوْلَ اِنِّى خَيْرٌ مِنْ يُوْنُسَ بْنِ مَتَّى.

"Tidak selayaknya bagi seorang hamba mengatakan: Sesungguhnnya aku lebih baik dari Yunus bin Matta"[35]

Sebenarnya, sebagai tanda seseorang itu mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam semestinya dibuktikan dengan mencintai Allah terlebih dahulu, dan sebagai bukti seseorang itu benar-benar mencintai Allah dan RasulNya, maka ia perlu memenuhi syarat yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam firmanNya:

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ.

"Katakanlah! Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Ali Imran, 3:31.

Nabi Terakhir Diutus Kepada Semua Kaum

Setiap nabi dan rasul telah diutuskan hanya kepada kaumnya masing-masing sahaja. Namun Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sebagai nabi dan rasul terakhir telah diutus sebagai rahmat kepada sekalian manusia dan jin di segenap pelusuk dunia dari zamannya sehinggalah ke Hari Kiamat kelak. Firman Allah:

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ اَبَا اَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُوْلَ اللهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّيْنَ.


"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi". Al-Ahzab, 33:40.

وَاَنَا الْعَاقَبُ الَّذِيْ لَيْسَ بَعْدَهُ نَبِيٌّ

"Aku adalah ikutan yang tidak ada Nabi sesudahku". [36]

Syariat Islam yang telah dibawa oleh baginda Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam telah memansuhkan segala syariat sebelumnya. Begitu juga sebagaimana yang dijelasakan oleh ayat di atas bahawa kitab al-Quran yang terpelihara telah diturunkan kepada Rasulullah salallahu 'alahi wa-sallam menjadi penutup kepada semua nabi-nabi, para rasul dan semua kitab-kitab sebelumnya. Sabda Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:

اِنِّيْ عِنْدَ اللهِ مَكْتُوْبٌ خَاتِمُ النَّبِيِّيْنَ وَاِنَّ آدَمَ لَمُنْجَدِلُ فِى طِيْنَتِهِ.

"Sesungguhnya aku di sisi Allah telah tercatit sebagai penutup para Nabi. Dan sesungguhnya Adam adalah lebih dulu diturunkan ke bumi". [37]

Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menurunkan al-Quran yang sentiasa dalam pemeliharaanNya ke bumi melalui malaikat Jibril ‘alaihi as-salam. Keseluruhan isinya telah disampaikan oleh Nabi Muhammad kepada umat baginda yang mana isinya tidak boleh diubah, ditambah, diganti atau dicemari dengan kata-kata atau pendapat manusia walaupun satu kalimah. Allah telah menyempurnakan Islam melalui kitab yang disampaikan oleh NabiNya Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai Nabi penutup. Oleh itu, tiada siapa yang boleh mencabuli al-Quran dengan merubah erti, maksud atau maknanya walau satu huruf.

Yang dianggap agama hanyalah apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad yang dinamakan “Islam”. Hanya agama Islam yang diterima dan diredhai Allah sehinggalah ke Hari Kiamat sebagaimana firmanNya:

اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ اْلاِسْلاَمَ دِيْنًا.

"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku redhai Islam itu sebagai agama bagimu". Al-Maidah, 5:3.

Oleh sebab itu, tidak boleh mengingkari kerasulan Nabi Muhammad salahu 'alaihi wa-sallam dan kesempurnaan agama yang diturunkan kepada baginda, sesiapa yang mengingkarinya ia telah membatalkan keimanannya. Begitu juga sesiapa yang mengingkari dan membohongi hadith-hadithnya yang sahih serta menafikan (meniadakan) setiap khabar yang datang darinya ia dianggap kufur. Syariat Islam dengan jelas dan tegas telah mengharamkan (mengkufurkan) seseorang yang mengaku sebagai nabi, rasul atau memberi sifat kenabian atau kerasulan kepada seseorang sesudah Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam wafat.

Akhir kata, semoga kita sekalian sentiasa mendapat kebaikan dan hidayah Allah, dihindarkan dari segala kecelakaan dan kesyirikan. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat serta mereka yang berittiba’ dengan baik. Dan disudahi dengan wal-Hamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

Diambil daripada kertas kerja:
Ustaz Rasul Dahri

Footnote:

[1]. H/R Turmizi dalam sahihnya.

[2]. Lihat: Berzanji. Hlm. 7. Jaafar Berzanji. Terjemahan Amir Hj. Marzuki. Jabatan Agama Selangor, Jabatan Dakwah.

[3]. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji &Daiba'i, Susunan Zulkifli Mat Isa. Hlm. 1. Jahabersa.

[4]. Lihat: فصوص الحكم Hlm. 39. Ibn Arabi. Ta'lik Dr. Abu al-Afifi. Dar Kitab Arabi.

[5]. Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي نثر وبرزنجي نظم hlm. 19.Percetakan al-Maarif Sdn. Bhd.

[6]. Lihat: شعار السالكين. Jld. 4. Hlm. 102. Syeikh Abd. Samad al-Palembani. BPPI. Selangor & Wilayah Persekutuan.

[7]. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i, Hlm. 52. Susunan Zulkifli Mat Isa. Jahabersa.

[8]. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[9]. Lihat: Terjemahan Maulid berzanji & Daiba'i. Hlm. 3. SusunanZulkifli Mat Isa. Jahabersa.

[10]. H/R Turmizi. Menurut al-Albani hadith ini adalah sahih. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[11]. Lihat: .مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجى نثر وبرزنجى نظم Hlm. 36. Percetakan al-Maarif Sdn Bhd.

[12]. Lihat: مولد النبى صلى الله عليه وسلم للبرزنجي * للديبعي Hlm. 94. Cetakan pertama 1995. Jahabersa.

[13]. H/R Ahmad dan Bukhari.

[14]. H/R Al-Bazzar. Menurut al-Albani hadith Sahih. Lihat: Al-Jami' 4444.

[15]. Al-Albani menganggap hadith ini sahih. Lihat: Al-Jami'. No:2337.

[16]. H/R Bukhari dan Muslim.

[17]. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[18]. H/R Bukhari dan Muslim.

[19]. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i. Hlm. 60. Zulkifli Mat Isa.

[20]. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[21]. Sebahagian teks dalam tajuk ini disalin (dinukil) dari buku الفرقة الناجية oleh Muhammad bin Jamil Zinu.

[22]. Sebahagian masyarakat Melayu menyebut "maulud".

[23]. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i. Hlm. 52. Susunan Zulkifli Mat Isa. Jahabersa.

[24]. Ibid. Hlm. 75.

[25]. H/R Turmizi (hadith sahih).

[26]. H/R Bukhari.

[27]. H/R Abu Daud. (Hadith sahih).

[28]. H/R Ahmad dan Turmizi. (hadith sahih).

[29]. القول الفصل فى حكم الاحتفال بمولد خير الرسل (ص) Hlm. 55. Ismail bin Muhammad al-Ansari. Wazarah as-Syuun al-Islamiyah wal-Aukaf wa- Addakwah wal-Irsyad. Saudi Arabia.

[30]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaii dan Ibn Majah.

[31]. H/R Bukhari, Muslim dan an-Nasaii.

[32]. Keseluruhan tajuk dan teks ini dinukil (disalin) dari: مجموع فتاوى ورسائل Juz. 1. Hlm. 333-334. شيخ محمد بن صالح العثيمن.

[33]. H/R Bukhari.

[34]. H/R Bukhari (15), al-Ilm. Muslim (60) al-Iman. Turmizi (2548) al- Iman an-Nasaii (4903) al-Iman wa-Syari'uhu. Ibn Majah (4023) al- Fitan. Ahmad (11679) Musnad al-Mukathirin.

[35]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad.

[36]. H/R Bukhari dan Muslim.

[37]. Hadith sahih riwayat Hakim.

-nawawi subandi -
read more “Hukum Berzanji, Maulid dan Nur Muhammad”

Monday, 25 January 2010

Menjawap Hadis Imam Malik Bin Anas Berdoa Mengadap Maqam(Kubur) Nabi s.a.w


-soalan-Banyak jemaah haji mahupun Umrah yang setibanya di bumi madinah , mereka berdoa berkiblatkan Maqam Nabi s.a.w dan tanpa mengetahui apakah iainya benar dan inikah cara yang diajarkan oleh baginda mustafa s.a.w ?dinukilkan oleh sebahagian pihak dalil dari imam malik b anas .Minta dijelaskan .

Al-Qaadli ‘Iyad rahimahullah membawakan sanadnya sampai pada Muhammad bin Humaid Ar-Raazi, ia berkata :

ناظر أبو جعفر أمير المؤمنين مالكا في مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال له مالك : يا أمير المؤمنين، لا ترفع صوتك في هذا المسجد، فإن الله تعالى أدب قوماً فقال : (لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِي) الآية، ومدح قوما فقال : (إِنَّ الَّذِيْنَ يَغُضُّوْنَ أَصِوَاتَهُمْ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ) الآية، وذم قوما فقال : (إِنَّ الَّذِيْنَ يُنَادُوْنَكَ منْ وَرَاءِ الْحُجُراَتِ) الآية، وإن حرمته ميتا كحرمته حياً، فاستكان لها أبو جعفر، وقال : يا أبا عبد الله أستقبل القبلة، وأدعوا أم أستقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم ؟ فقال : ولِمَ تَصْرِفُ وجهك عنه، وهو وسيلتك ووسيلة أبيك آدم عليه السلام، بل استقبله واستشفع فيه فيشفعه الله فيك.

“Abu Ja’far Amiirul-Mukminin pernah berdebat dengan Malik (bin Anas) di masjid Rasulillah s.a.w. Malik berkata kepadanya : “Wahai Amiirul-Mukminin, janganlah engkau meninggikan suaramu di masjid ini, karena sesungguhnya Allah telah menegur satu kaum dengan berfirman : ‘Janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi…’.[1] Dan memuji satu kaum dengan berfirman : ‘Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah…’.[2] Dan mencela satu kaum dengan berfirman : ‘Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar (mu)…’.[3] Sesungguhnya kehormatan kepada nabi s.a.w di waktu wafat seperti penghormatan kepada beliau di waktu hidup”. Abu Ja’far merendah suara dan berkata : ‘Wahai Abu Abdillah, apakah aku menghadap kiblat saat berdoa ataukah aku menghadap Rasulullah s.a.w ?”. Maalik bin Anas menjawab : “Mengapa engkau palingkan wajahmu dari beliau, padahal beliau adalah wasilah (perantara)-mu dan wasilah ayahmu Adam ‘alaihis-salaam. Hendaknya engkau menghadap ke (kubur) beliau dan mintalah syafa’at dengannya, niscaya Allah akan memberikan syafa’at kepadamu”.[4]

Kisah ini sering dijadikan dalil dan hujjah sebahagian sebahagian muslimin tentang keutamaan tawassul kepada Nabi s.a.w atau keutamaan menghadap kubur beliau s.a.w disaat berdoa.

Pembahasan :

Kisah ini tidak SAHIH dengan dua sebab :

1. Tidak Bersambung antara Muhammad bin Humaid Ar-Raaziy dengan Malik bin Anas, terutama di zaman Abu Ja’far Al-Manshuur.

Malik bin Anas wafat tahun 179 H. Abu Ja’far Al-Manshuur wafat tahun 158 H di Makkah. Adapun Muhammad bin Humaid Ar-Raazi wafat tahun 248 H.

Dapat kita lihat bahawa Muhammad bin Humaid Ar-Raazi tidak menjumpai Maalik bin Anas dan Ja’far Al-Manshuur, kerana masafat jarak yang cukup jauh.[5]

2. Kelemahan Muhammad bin Humaid Ar-Raazi.

Ia telah dilemahkan oleh jumhur ahli hadits, diantaranya :

Al-Bukhari berkata : “Fiihi nathar” [At-Taarikh Al-Kabiir, 1/167]. Sebagaimana difahami bahwa kritikan sebegini di sisi Al-Bukhari merupakan jarh yang keras. Ya’qub bin Syaibah As-Saduusi berkata : “Muhammad bin Humaid Ar-Raazi padanya banyak perkara yang diingkari (katsiirul-manakir)” [Tahdziibul-Kamaal, 25/102]. An-Nasaa’ie berkata : “Tidak tsiqah” [Tariikh Baghdaad, 2/263 dan Adl-Dlu’afaa’ wal-Matruukiin oleh Ibnul-Jauziy, 3/54 no. 2959]. Ishaaq bin Manshuur berkata : “Aku bersaksi di hadapan Allah bahawa Muhammad bin Humaid dan ‘Ubaid bin Ishaaq Al-‘Aththaar adalah pendusta” [Taariikh Baghdaad, 2/263]. Solih bin Muhammad Al-Asadi Al-Haafidh berkata : “Aku tidak melihat seorang pun yang yang lebih banyak dustanya daripada dua orang, yaitu Sulaimaan Asy-Syaadzakuuniy dan Muhammad bin Humaid Ar-Raaziy…” [Taariikh Baghdaad, 2/262]. Ia telah didustakan oleh Abu Zur’ah Ar-Raazi dan Ibnu Waarah [Al-Majruuhiin, 2/321 no. 1005 dan Adl-Dlu’afaa’ wal-Matruukiin oleh Ibnul-Jauziy, 3/54 no. 2959]. Ibnu Hibbaan berkata : “Ia termasuk orang yang menyendiri dalam periwayatan dari orang-orang tsiqah dengan sesuatu yang terbolak-balik, khususnya jika ia meriwayatkan dari para ulama negerinya” [Al-Majruuhiin, 2/321 no. 1005]. Ibraahiim bin Ya’quub Al-Jauzajaani berkata : “Ia seorang yang bermadzhab buruk, tidak tsiqah” [Ahwaalur-Rijaal, hal. 207 no. 382]. Ibnul-Jauzi memasukkanya dalam Adl-Dlu’afaa’ wal-Matruukiin (3/54). Adz-Dzahabiy memasukkannya dalam Al-Mughniy fidl-Dlu’afaa’ (2/289 no. 5452) dan berkata : “Dlaiif, bukan dari sisi hapalannya”. Ibnu Hajar berkata : “Seorang haafidhyang dlalif. Ibnu Maiin mempunyai pandangan baik terhadapnya” [At-Taqriib, hal. 839 no. 5871]. Dan yang lainnya.

Adapun Ahmad bin Hanbal[6], Ibnu Maiin, dan Ja’far bin Abi ‘Utsmaan Ath-Thayaalisi men-tautsiq-nya.

Namun yang raajih adalah pendapat jumhur yang melemahkannya, karena jarh yang mereka berikan adalah jenis jarh yang mufassar (dijelaskan sebabnya). Selengkapnya, silakan baca Tahdziibul-Kamaal, 25/97-108.

Selain itu, jika kita memilih menghadap kubur Nabi s.a.w semasa berdoa dari menghadap kiblat merupakan satu bentuk penentangan dan muqalafah dari petunjuk nabi s.a.w yang asal .

حدثنا موسى بن إسماعيل حدثنا وهيب حدثنا عمرو بن يحيى عن عباد بن تميم عن عبد الله بن زيد قال : خرج النبي صلى الله عليه وسلم إلى هذا المصلى يستسقى، ثم استقبل القبلة وقلب رداءه.

Diceritakan kepada kami Musa bin Ismail : Telah menceritakan kepada kami Wuhaib : Telah menceritakan kepada kami ‘Amr bin Yahyaa, dari ‘Abbaad bin Tamiim, dari ‘Abdullah bin Zaid, ia berkata : “Nabi s.a.w keluar menuju tanah lapang ini untuk berdoa meminta hujan. Lalu beliaumenghadap kiblat dan membalikkan selendangnya” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 6343].

حدثنا عثمان بن أبي شيبة: حدثنا طلحة بن يحيى: حدثنا يونس، عن الزهري، عن سالم، عن ابن عمر رضي الله عنهما:
أنه كان يرمي الجمرة الدنيا بسبع حصيات، يكبر على إثر كل حصاة، ثم يتقدم حتى يسهل، فيقوم مستقبل القبلة، فيقوم طويلا، ويدعو ويرفع يديه، ثم يرمي الوسطى، ثم يأخذ ذات الشمال فيسهل، ويقوم مستقبل القبلة، فيقوم طويلا، ويدعو ويرفع يديه، ويقوم طويلا، ثم يرمي جمرة ذات العقبة من بطن الوادي، ولا يقف عندها، ثم ينصرف، فيقول: هكذا رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يفعله.

Telah menceritakan kepada kami ‘Utsman bin Abi Syaibah : Telah menceritakan kepada kami Thalhah bin Yahyaa : Telah menceritakan kepada kami Yuunus, dari Az-Zuhri, dari Saalim, dari Ibnu ‘Umar radliyallaahu ‘anhumaa : Bahwasannya ia melontar jumrah ulyaa (uulaa) dengan tujuh biji batu kerikil dengan bertakbir setiap kali lontaran. Setelah itu ia bergerak ke tanah datar dan berdiri menghadap ke arah kiblat. Ia berdiri lama untuk berdoa dengan mengangkat kedua tangannya. Setelah itu ia melontar jumrah wusthaa, lalu ia pergi ke arah kiri menuju tanah datar dan berdiri sambil menghadap ke arah kiblat. Ia berdiri lama untuk berdoa sambil mengangkat kedua tangannya. Setelah itu ia melontar jumrah ‘aqabah dari tengah lembah, dan ia tidak berhenti di situ namun terus pergi dan kemudian berkata : “Seperti inilah aku melihat Nabi s.a.w melakukannya” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1751] hadis sahih .

semoga hidayah dan manfaat buat semua ...


[1] QS. Al-Hujuraat : 2.

[2] QS. Al-Hujuraat : 3.

[3] QS. Al-Hujuraat : 4.

[4] Asy-Syifaa’ bi-Ta’riifi Huquqil-Mushthafaa (2/40-41).

[5] Lihat : Qaaidatun Jaliilah fit-Tawassul wal-Wasiilah oleh Sheikh Islam Ibnu Taimiyah

[6] Namun Ibnu Hibbaan dalam Al-Majruhiin (2/321) menyebutkan bahawa setelah Al-Imam Ahmad mengetahui Abu Zur’ah dan Ibnu Waarah mendustakan Ibnu Humaid, maka Salih bin Ahmad bin Hanbal berkata : “Sejak saat itu aku melihat ayahku jika disebutkan Ibnu Humaid, beliau mengibaskan tangannya”.

Nampaknya inilah pendapat terakhir dari Ahmad bin Hanbal yang mencabut tautsiq-nya dari Muhammad bin Humaid Ar-Raazi.


-an-nawawi.blogspot.com

read more “Menjawap Hadis Imam Malik Bin Anas Berdoa Mengadap Maqam(Kubur) Nabi s.a.w”

Sunday, 24 January 2010

Berzanji dan Kebatilannya Yang Boleh Membawa Kepada Unsur Syirik


Setiap pertikaian adalah diambil daripada beberapa rujukan kitab terjemahan berzanji. Dua Kitab terjemahan yang menjadi rujukan utama:

- Terjemahan Maulid Berzanji Daiba’i, Perniagaan Jahabersa, Susunan Ust. Zulkifli Mat Isa.
- Majmu’ah Maulid Sarif, Percetakan al-Ma’arif SDN. BHD.

Sebahagian Pertikaian (Kekeliruan dan kebatilan) Daripada Sekian Banyak Kebatilan:


Pertikaian 1 – Syair – السلام عليك ياماحى الذنوب “Salam atasmu (Muhammad) wahai pernghapus dosa (ya maa hayal zunuub)” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 3, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.)

Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Allah lah yang mengampunkan dosa (bukan Nabi)

(Hanya Allah lah) Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerima taubat; Yang berat azabNya; Yang melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan dia; kepada-Nyalah tempat kembali. (al-Mu’min (40): 3)

Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadanya bagi salah silap Yang Engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang Yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di Akhirat). (Muhammad (47): 19)

“Dan aku merasa berdosa, maka ampunilah dosaku wahai Tuhanku! Sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampunkan segala dosaku kecuali Engkau” (al-Azkar, m/s 177. Cetakan Pertama an-Nawawi – Dinukil daripada kertas kerja kuliah Ust. Rasul Dahri)

“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari semalam lebib tujuh puluh kali”. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,... Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” (Ali Imran 3: 133 & 135)

Pertikaian 2 – Syair - السلام عليك يا كهفا ومقصد “Salam atasmu (Muhammad) wahai tempat bernaung dan meminta (ya kahfau wa maqsod)” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 3, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.)

Pertikaian 3 – Syair - السلام عليك يا كل المرام “Salam atasmu (Muhammad) wahai tempat memohon segala hajat (ya kullal maraam)” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 4, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.)

Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (al-Ikhlas (112): 1-2)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja (tempat) kami memohon pertolongan. (al-Fatihah (1): 5)

Pertikaian 4 – Syair - السلام عليك يا جا لى الكروب “Salam atasmu (Muhammad) wahai penghapus bencana (ya jaaliyal kuruub)” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 4, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.)

Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Nuh, ketika ia menyeru (berdoa kepada kami) sebelum (Nabi-nabi Yang tersebut) itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan Dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan Yang besar. (al-Anbiya’ (21): 76)

Katakanlah: "Allah jualah Yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari Segala jenis kesusahan; Dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah Dengan sesuatu Yang lain)". (al-An’am (6): 64)

Dan Kami telah selamatkan Dia bersama-sama Dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan Yang besar. (as-Saffat (37): 76)


Pertikaian 5 – Syair – “Kami mengharapkan darimu (Nabi Muhammad) syafa’at di sisi Tuhan sekalian alam. Berilah perlindungan pada kami serta hapuskan pertengkaran yang buruk. Dan tolonglah kami sekalian di hari mahsyar. Dan juga tolong kami ketika kesusahan, hai penolong orang-orang yang memohon.”

Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

1 – Nabi telah pun wafat. Tidak mendengar permintaan kamu.

“Dan tidaklah (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada mampu menjadikan orang yang didalam kubur dapat mendengar. (Faathir (35): 22)

2 – Syafa’at itu adalah milik Allah:

“Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridhai (Nya). (an-Najm (53: 26)”

Dalam hal ini, adalah sebenarnya syafa’at belum diberikan kepada sesiapa pun lagi pada masa ini. Maka, adalah suatu tindakan yang batil apabila seseorang itu berdoa memohon syafa’at daripada Rasulullah s.a.w ketika di waktu ini. Sedangkan perihal syafa’at itu hanyalah berlangsung di hari kiamat kelak. Dalilnya adalah hadith riwayat Muslim daripada Kitab al-Iman, dan ad-Darimi bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Aku adalah orang yang pertama yang memberi syafa’at di syurga dan aku adalah nabi yang paling banyak bilangan pengikutnya.”

Malah di dalam hadis-hadis yang lain di dalam sahih Muslim, kitab al-Iman (oleh Imam Muslim) menyatakan bahawa manusia pergi kepada nabi-nabi bermula dengan Adam a.s., Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., dan ‘Isa a.s., untuk mendapatkan syafa’at melalui mereka supaya mempercepatkan hisab di hari kiamat serta dimasukkan ke dalam syurga. Kesemua nabi-nabi tidak mampu melakukannya melainkan setelah Rasulullah s.a.w. menyembah Allah s.w.t. lalu dikurniakan syafa’at kepadanya. Di dalam bab yang sama juga, imam Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah, hadith berikut:

“Bagi setiap nabi (telah diberi peluang) permintaan yang dikabulkan. Maka setiap nabi yang lain telah mempercepatkan permintaannya masing-masing. (Tetapi) sesungguhnya aku (nabi s.a.w.) telah menyimpan permintaan aku (untuk mendapatkan) syafa’at bagi umatku di hari kiamat kelak dan ia (syafa’atku ini) adalah dikurniakan jika dikehendaki Allah s.w.t. kepada sesiapa yang mati dari umatku yang tiada mensyirikkan Allah dengan sesuatu.”

“Sesungguhnya syafa'atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

3 – Berdoa (tempat memohon) hanyalah kepada Allah:

“Ertinya: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang didalamnya dia mempersekutukan Aku dengan selain-Ku, maka Aku tinggalkan dia dan sekutunya.” (Hadits Riwayat Muslim)

“Ertinya: Katakanlah, ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (Al-An’am: 162-163)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja (tempat) kami memohon pertolongan. (al-Fatihah (1): 5)

4 – Allah itu dekat (dan sentiasa mendengar permintaan hambanya):

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (al-Baqarah (2): 186)

5 – Syirik berdoa sambil menyekutukan Allah:

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah. "Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan Ibadat kepada-Nya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan Aku tidak mempersekutukan-Nya Dengan sesiapapun". (al-Jin (72): 18-20)

Pertikaian 6 – Syair – “Inilah nabi bagi sesiapa yang menziarahi makamnya memperolehi kesejahteraan, cita-cita, hajat, dan keinginan.” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 59, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.)

Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Adalah haram menyeru orang mati untuk memohon sesuatu (berdoa kepada orang mati).

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia". (al-Israa’: 110)

Dan janganlah kamu seru (sembah) di samping (menyeru / menyembah) Allah, dengan apapun selain Dia. (al-Qasas (28): 87)

Pertikaian 7 – Nabi s.a.w. Melihat Zat Allah

“Maka Allah Ta’ala telah menampakkan kepada Nabi s.a.w. akan Zat-Nya itu sebagai satu daripada sebesar-besar kurniaan Allah ta’ala kepadanya”. (Rujuk: Terjemahan Maulid Berzanji Daibai’i. Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa. m/s. 58)


Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Sesungguhnya orang mukmin itu melihat Allah pada hari kiamat. (Terjemahan Syarh al-‘Aqidah al-Wasithiyah, Ibn Taimiyyah, Pustaka at-Tibyan, m/s. 60)

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang Yang beriman) berseri-seri; Mereka melihat kepada Rabb-nya. (al-Qiyamah (75): 22-23)

Sabda Rasulullah s.a.w.: Tidak ada sesuatupun yang diberikan kepada mereka (penduduk jannah), yang lebih mereka sukai daripada kenikmatan melihat kepada Rabb mereka ‘Azza wa jalla”. Kemudian-nya Nabi s.a.w membaca (surah Yunos (10): 26): Untuk orang-orang Yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan Segala kebaikan serta satu tambahan Yang mulia (melihat Allah). (Riwayat Muslim I/163, dinukil daripada kitab terjemahan Syarh al-‘Aqidah al-Wasithiyah, Ibn Taimiyyah, Pustaka at-Tibyan, m/s. 60-61)

Hadis yang lain:

“Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian (di jannah) sebagaimana kalian melihat bulan ini. Kalian tidak akan terhalang daripada melihat-Nya...” (Fathul Bari 3/29 dan Muslim 1/521)

Pertikaian 8 – Syair – “Wahai Rasulullah! Wahai sebaik-baik Nabi! * Selamatkan kami dari segala Kebinasaan, wahai yang berkedudukan mulia.” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 8, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.)

Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Berdoa/memohon kepada Allah agar terhindar dari kebinasaan (bukan kepada Nabi)

“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan... Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”.” (al-Furqon 25: 63-65)


Pertikaian 9 – Syair – “Engkau penutup para rasul, engkau limpahan syukur bagi Tuhan, hambamu yang miskin mengharapkan kebaikanmu yang banyak berlimpah. Padamu aku berbaik sangka wahai penggembira dan pengingat! Maka tolonglah lindungilah aku, wahai pelindung dari api neraka! Wahai penolongku dan pelindungku dalam segala urusan yang penting.” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 38, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.)

Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Allah adalah sebaik-baik/sebenar-benar pelindung kita dari sebarang perkara keburukan.

“Atau patutkah mereka mengambil pelindung-pelindung selain Allah? Maka Allah, Dialah pelindung (yang sebenarnya) dan Dia menghidupkan orang- orang yang mati, dan Dia adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (asy-Syuura 42: 9)

“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah laba-laba kalau mereka mengetahui.” (al-Ankabut 29: 41)

“Dan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah, Allah mengawasi (perbuatan) mereka; dan kamu (ya Muhammad) bukanlah orang yang diserahi mengawasi mereka.” (asy-Syuura 42: 6)

“Cukuplah Allah menjadi Pelindung.” (an-Nisaa’ 4: 81)

“Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya." Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar” (az-Zumar 39: 3)

“Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (asy-Syura 42: 28)


Pertikaian 10 – Syair – “Wahai Nabi pemberi petunjuk! Tolonglah orang yang berdoa kepadamu. Wahai yang memberi petunjuk! Tolonglah orang-orang yang menyebut-nyebut namamu.” (Rujuk: مجموعة الموالد شرف الانام برزنجي نشروبرزنجي نظم, hal. 61, Cet. Al-Ma’arif SDN. BHD.)

Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Allah lah yang memberikan petunjuk kepada kita.

“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.” (al-Kahfi 18: 17)

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (al-Qashash 28: 56)

“Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan).” (al-Baqarah 2: 272)

Pertikaian 11 – Kebatilan Kepercayaan “Nur Muhammad”

“Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam yang nyata) hakikatnya Muhammadiyah” (Rujuk: Berzanji. m/s. 7. Jaafar Berzanji. Terjemahan oleh Amir Hj. Marzuki. Jabatan Agama Selangor. Jabatan Dakwah)

“Dan lagi aku memohon kepada-Nya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi s.a.w. yang mulia sehingga dahi ‘Abdullah ayahandanya”. (Rujuk: Terjemahan Maulid Berzanji Daibai’i. Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa)

“Aku (Allah) ciptakan (cahaya terpelihara – Nur Muhammad) itu sebelum adanya sebarang benda dan sebelum terbentuknya langit dan bumi, malam ini dengan sukacitanya Aku pindahkan dia ke dalam perut ibunya.” (Rujuk: Terjemahan Maulid Berzanji Daibai’i. Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa. m/s. 93)


Hujah (Pegangan) ahlus Sunnah:

Statement di atas adalah sebenarnya melihat persoalan roh. Dan sesungguhnya persoalan roh itu adalah pada pengetahuan Allah.

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah! “Roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”. (al-Isra’ (17): 85)

an-nawawi.blogspot.com
read more “Berzanji dan Kebatilannya Yang Boleh Membawa Kepada Unsur Syirik”

Thursday, 14 January 2010

Jawapan Buat Hujjah Bertabarruk di Kubur?

soalan-apakah boleh ber-tabaruk di perkuburan ?kerana ada aliran di malaysia yang dikenali sebagai ahbash mengamalkan perkara ini dan memohon doa kepada si mati dan meminta bantuan kepada simati sperti disini(klik video ini) minta penjelasan ust dalam hal tersebut .

Al-khatib baqdadi meriwayatkan :

أخبرنا القاضي أبو عبد الله الحسين بن علي بن محمد الصيمري قال أنبأنا عمر بن إبراهيم المقرئ قال نبأنا مكرم بن أحمد قال نبأنا عمر بن إسحاق بن إبراهيم قال نبأنا علي بن ميمون قال سمعت الشافعي يقول اني لأتبرك بأبي حنيفة وأجيء إلى قبره في كل يوم يعني زائرا فإذا عرضت لي حاجة صليت ركعتين وجئت إلى قبره وسألت الله تعالى الحاجة عنده فما تبعد عني حتى تقضى

Diceritakan kepada kami Al-Qaadliy Abu Abdillah Al-Husain bin Ali bin Muhammad Ash-Shiimari, berkata ia : Telah disampaikan kepada kamu Umar bin Ibrahiim Al-Muqri,berkata ia : Telah memyampaikan kepada kami Mukarram bin Ahmad, berkata ia : Telah disampaikan kepada kami Umar bin Ishaaq bin Ibrahiim, berkata ia : Telah memberitakan kepada kami Ali bin Maimuun, berkata ia : Aku mendengar As-Syaafi’ berkata : “Sesungguhnya aku akan ber-tabaruk dengan Abu Haniifah. Aku akan datang ke kuburnya setiap hari – yaitu untuk berziarah - . Apabila aku mempunyai satu hajat, aku pun shalat dua rakaat lalu datang ke kuburnya untuk berdoa kepada Allah taala tentang hajat tersebut di sisinya. Maka tidak lama setelah itu, hajatku pun terpenuhi” [Taarikh Baghdad1/123].

Kisah ini seringkali dibawakan untuk membenarkan amalan tabarruk kepada orang yang telah meninggal. Namun kisah ini tidak shahih. Begitu Juga kisah ini dijadikan hujjah bagi pengikut Ahbash di Lubnan .As-Sheikh Al-Albani berkata :

فهذه رواية ضعيفة بل باطلة فإن عمر بن إسحاق بن إبراهيم غير معروف وليس له ذكر في شيء من كتب الرجال , و يحتمل أن يكون هو عمرو - بفتح العين - بن إسحاق بن إبراهيم بن حميد بن السكن أبو محمد التونسى و قد ترجمه الخطيب ( 12 / 226 ) . و ذكر أنه بخاري قدم بغداد حاجا سنة ( 341 ) و لم يذكر فيه جرحا و لا تعديلا فهو مجهول الحال , و يبعد أن يكون هو هذا إذ أن وفاة شيخه علي بن ميمون سنة ( 247 ) على أكثر الأقوال , فبين وفاتيهما نحو مائة سنة فيبعد أن يكون قد أدركه .

“Ini adalah riwayat yang lemah, bahkan BATIL. Umar bin Ishaq bin Ibraahiim tidak dikenali, dan tidak disebutkan satupun dalam kitab-kitab RIJAL. Kemungkinan ia adalah Amr – dengan fathah pada huruf ain – bin Ishaq bin Ibrahiim bin Humaid bin As-Sakan Abu Muhammad At-Tuunisiy. Al-Khathiib telah menyebutkan biodatanya (dalam At-Taariikh 12/226). Disebutkan bahwa ia orang Bukhara yang tiba di Baghdad pada perjalanan hajinya tahun 341 H. Tidak disebutkan padanya JARAH maupun Tadil, sehingga ia seorang yang berstatus majhuul haal. Namun kemungkinan ini jauh saat diketahui gurunya yang bernama Ali bin Maimuun wafat pada tahun 247 H menurut kebanyakkan pendapat. Maka diperoleh penjelasan kematian keduanya berjarak sekitar 100 tahun sehingga jauh kemungkinan ia bertemu dengannya (‘Ali bin Maimuun)” [Silsilah Ad-Thaiffah, 1/78].

Sheikhul-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata :

وهذا كذلك معلوم كذبه بالاضطرار عند من له معرفة بالنقل، فإن الشافعي لما قدم بغداد لم يكن ببغداد قبر ينتاب للدعاء عنده البتة، بل ولم يكن هذا على عهد الشافعي معروفا، وقد رأى الشافعي بالحجاز واليمن والشام والعراق ومصر من قبور الأنبياء والصحابة والتابعين، من كان أصحابها عنده وعند المسلمين، أفضل من أبي حنيفة، وأمثاله من العلماء. فما باله لم يتوخ الدعاء إلا عنده. ثم أصحاب أبي حنيفة الذين أدركوه، مثل أبي يوسف ومحمد وزفر والحسن بن زياد وطبقتهم، لم يكونوا يتحرون الدعاء، لا عند قبر أبي حنيفة ولا غيره.

“Dan hal ini sudah jelas berlakunya pembohongan yang dilakukan oleh orang yang mengetahui susun atur penukilan, kerana As-syafie saat tiba di Baghdad, tidak ada di kota tersebut kuburan yang dijadikan tempat khusus untuk berdoa. Bahkan ini tidak terjadi di masa As-syafie. As-syafie telah melihat kuburan para Nabi, para shahabat, dan tabi’in di Hijaaz, Yaman, Syaam, dan ‘Iraq, yang mereka itu seharusnya lebih utama dibandingkan Abu Hanifah dan yang seumpanya dari kalangan ulama. Lantas, bagaimana mungkin ia hanya berdoa di sisi Abu Haniifah saja ? Kemudian para shahabat Abu Haniifah yang bertemu (semasa) dengannya seperti Abu Yusuf, Muhammad (bin Al-Hasan), Zufar, Al-Hasan bin Ziyaad, dan yang setingkat dengan mereka tidaklah bermaksud berdoa di sisi kubur Abu Haniifah ataupun yang lainnya” [Iqtidlaa’ Ash-Shiraathil-Mustaqiim, 2/206].

Memperjelaskan lagi, Ibnul-Qayyim rahimahullah memberikan penjelasan yang cukup bagus :

فلو كان الدعاء عند القبور، والصلاة عندها، والتبرك بها فضيلة أو سنة أو مباحا، لفعل ذلك المهاجرين والأصار، وسنّوا ذلك لمن بعدهم، ولكن كانوا أعلم بالله ورسوله ودينه من الخلوف التي خلفت بعدهم، وكذلك التابعون لهم بإحسان راحوا على هذه السبيل، وقد كان عندهم من قبور أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم بالأمصار عدد كثير، وهم متوافرون، فما منهم من استغاث عند قبر صاحب، ولا دعاه، ولا دعا به، ولا دعا عنده، ولا استشقى به، ولا استسقى به، ولا استنصر به، ومن المعلوم أن مثل هذا مما تتوفّر الهمم على نقله، بل على نقل ما دونه.

“Seandainya berdoa di sisi kubur, solat di sisinya, dan mencari berkat dengannya adalah suatu keutamaan atau sesuatu yang disunnahkan atau diperbolehkan; tentunya hal itu pernah dilakukan oleh kaum Muhajirin dan Anshar, dan mencontohkannya kepada generasi setelah mereka. Akan tetapi mereka adalah orang yang lebih mengetahui tentang Allah dan Rasulnya , dan agama-Nya daripada orang-orang yang datang terkemudian setelah mereka. Seperti itulah, orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik (tabi’in) menempuh jalan ini, padahal di sekitar mereka banyak terdapat makam para sahabat Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang berada di pelbagai negeri dan jumlah mereka (tabi’in) pun cukup banyak. Namun, tidak ada seorang pun yang meminta pertolongan (istighatsah) di sisi makam seorang shahabat, tidak juga berdoa kepadanya, berdoa dengan perantaraannya, berdoa di sisiya, meminta kesembuhan, meminta hujan, dan meminta pertolongan dengannya. Sebagaimana diketahui bahawa hal seperti ini termasuk sesuatu yang memiliki perhatian penuh untuk diriwayatkan, [Ighaatsatul-Lahfaan, 1/204 dengan sedikit perubahan – dinukil melalui perantaraan At-Tabarruk, Anwaa’uhu wa Ahkaamuhu oleh Dr. Naashir Al-Judai’, hal. 405].

wallahualam

read more “Jawapan Buat Hujjah Bertabarruk di Kubur?”

Sunday, 10 January 2010

Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir (Bahasan 1)

Pada akhir bulan March 2005 yang lalu, umat Islam digemparkan dengan tindakan seorang wanita yang menjadi khatib dan mengimami solat jumaat di Bandar New York, Amerika Syarikat. Oleh kerana tindakan ini adalah sesuatu yang “baru” di sisi umat Islam, ramai yang menolak dan mengkritiknya secara negatif. Tidak kurang juga dicelah-celah itu, ada yang merebut peluang daripada tindakan tersebut demi mengembangkan lagi aliran “Islam Liberal” yang menjadi perjuangan mereka.

Lebih kurang pada tempoh yang sama, berlaku juga satu insiden yang menarik di tanah air. Dua buah kilang sosej telah diserbu kerana dituduh menggunakan bahan-bahan daripada khinzir dalam proses pembuatan sosej. Bertitik tolak daripada serbuan itu, timbul persoalan di kalangan umat Islam tanah air, apakah hukumnya jika mereka sebelum itu telah termakan sosej tersebut? Beberapa agamawan tanah air telah memberi jawabannya: “Hendaklah disamak mulut, gigi, dan lidah untuk menyucikannya daripada kesan khinzir yang terkandung dalam sosej tersebut. Memandangkan hukum samak terhadap najis khinzir adalah sesuatu yang “lama” di kalangan umat Islam tanah air, maka tidak ramai yang mempersoalkan hukum para agamawan tersebut.

Dalam artikel yang serba ringkas ini, saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk menilai semula sejauh manakah kebenaran hukum tersebut. Ajakan penulis bukan kepada mengkritik para agamawan tersebut tetapi kepada menganalisa sesuatu yang sudah sekalian lama menjadi kefahaman kita semua. Tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa majoriti umat Islam di Malaysia memahami khinzir sebagai najis yang berat. Maka apabila sahaja bersentuhan dengan khinzir, sama ada secara keseluruhannya atau sebagai seekor haiwan atau sebahagian-sebahagian seperti kulit, bulu, tulang, usus, gigi, dan sebagainya, hendaklah disamak dengan tujuh basuhan air, yang mana salah satunya disertai dengan tanah.


Dalil Kenajisan Khinzir Dan Cara Menyucikannya

Dalil yang digunakan dalam kefahaman ini ialah firman Allah S.W.T.:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah najis.” (al-An’am, 6:145)

Jika daging khinzir adalah najis, sudah tentu keseluruhan badan dan anggota khinzir adalah najis juga. Ini kerana daging merupakan bahagian yang utama bagi seekor haiwan sehingga jika ia najis, sudah tentu selainnya adalah najis.

Cara untuk menyucikan diri daripada khinzir (terkena khinzir) ialah menyamaknya dengan tujuh kali basuhan air dengan salah satu daripadanya adalah beserta dengan campuran tanah. Ini merujuk kepada cara menyucikan diri daripada sentuhan anjing berdasarkan hadis:

“Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.” (Sahih Bukhari, hadis no.: 173)

Jika anjing yang tidak disebut dalam al-Qur’an perlu disamak dengan tujuh basuhan, sudah tentu khinzir yang disebut kenajisannya dalam lebih patut disamak dengan tujuh basuhan juga.

Demikianlah dalil dan hujah majoriti ahli fiqh berkenaan hukum kenajisan khinzir dan anjing serta cara menyucikan diri daripadanya. Maka, di dalam artikel ini, penulis akan memberi tumpuan kepada meninjau semula hukum kenajisan khinzir dan perkara-perkara berkaitan dengannya sahaja. Tinjauan adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih.


Tinjauan Pertama:


Tinjauan dimulakan dengan menjelaskan satu perkara yang amat asas lagi pokok dalam bab ini, iaitu setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah baik dan bermanfaat untuk manusia. Maha Suci Allah daripada mencipta sesuatu yang buruk, rosak, dan sia-sia sehingga tidak memiliki manfaat untuk manusia. Allah S.W.T. berfirman:

“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya.” (as-Sajdah, 32:07)

“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (al-Baqarah, 2:29)

“Dan Dia (Allah) memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti. (al-Jatsiyah, 45:13)

“Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Ali Imran, 3:191)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan at-Tirmidzi, Hadis no.: 1726 (Kitab al-Libas, Bab berkenaan pakaian kulit binatang) Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Yang halah adalah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabnya dan yang haram adalah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabnya. Dan apa yang didiamkan oleh Allah maka ia adalah sebuah kelapangan daripada-Nya.”

Oleh itu setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah baik dan bermanfaat untuk manusia melainkan wujud dalil-dalil yang sahih lagi jelas (qath’i) yang menerangkan sebaliknya. Demikian juga, untuk ia menjadi baik dan bermanfaat tentulah ianya suci bagi manusia. Maka dengan itu setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah suci melainkan wujud dalil yang sahih lagi jelas yang menerangkan kenajisannya.

Dalam hal ini dapat dipehatikan suatu kaedah sebagaimana berikut:

Yang mana dari sini lahirlah sebuah kaedah umum yang mengatakan bahawa asal dari segala sesuatu adalah suci sehingga kita tahu kenajisannya berdasarkan dalil yang kuat. Kita tidak boleh menganggapnya menjadi najis kecuali dengan nas syari’at yang tsabit dan dengan adanya dalil yang kuat dari kitab Allah atau dari Sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam hal ini tidak ada pandangan dan pendapat orang-orang tertentu dan ijtihad para mujtahid. Dan kita yakin bahawa hukum syari’at di sini adalah sesuatu yang pasti bersesuaian dengan fitrah yang lurus dan akal yang sihat. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: “Ketahuilah bahawa asal dari segala sesuatu yang ada itu – dengan segala pebezaan bentuk dan sifatnya – adalah halal secara mutlak bagi anak Adam (manusia) dan suci serta tidak diharamkan ke atas mereka untuk menyentuh dan memegangnya.”

Tinjauan Kedua: Hukum Asal Bagi Khinzir

Khinzir termasuk dalam keumuman ayat-ayat, hadis dan kaedah yang terbina daripadanya sebagaimana yang dijelaskan di atas. Oleh itu, hokum asal bagi khinzir adalah baik dan bermanfaat bagi manusia kecuali dagingnya di mana ia tidak suci dan tidak halal untuk dimakan. Pengecualian ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T.:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah najis.” (al-An’am, 6:145)

Secara terperinci, ayat di atas terbahagi kepada dua bahagian.


Bahagian pertama adalah firman-Nya: “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya…” ini merujuk kepada hukum asal sebagaimana yang telah disebut sebelum ini, bahawa segala sesuatu adalah halal dan suci untuk dimakan.

Bahagian kedua mengecualikan keumuman Bahagian Pertama di atas: “…melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah najis.” Berdasarkan pengecualian ini, dapat diketahui bahawa yang tidak suci dan tidak halal daripada khinzir hanyalah memakan dagingnya.

Dengan itu diulangi bahawa khinzir adalah baik dan bermanfaat bagi manusia kecuali dagingnya dimana ia adalah tidak suci dan tidak halal untuk dimakan. Para ilmuan telah meluaskan erti “daging khinzir” kepada seluruh anggota dan organ khinzir. O
leh itu kita dilarang daripada memakan atau menjadikan bahan pemakanan apa-apa yang berasal daripada khinzir.

Tinjauan ketiga: Menganalisa Pendapat Yang Menajiskan Keseluruhan Khinzir


Jelas dalam ayat 145 surah al-An’am di atas bahawa yang najis hanyalah menjadikan khinzir sebagai bahan makanan. Sesuatu yang najis untuk dimakan tidaklah bererti najis secara keseluruhannya. Justeru pendapat yang menajiskan keseluruhan khinzir adalah pendapat yang tidak tepat. Ini kerana seandainya keseluruhan khinzir adalah najis, past Allah dan Rasul-Nya akan menetapkan sedemikian. Namun apabila Allah hanya mengkhususkannya kepada kenajisan khinzir dalam konteks pemakanan, bererti Allah sememangnya mengkehendaki pengkhususan tersebut. Tidak perlu manusia bersikap “lebih bijak” daripada Allah dengan meluaskannya kepada keseluruhan khinzir.


Tinjauan keempat: Menganalisa Pendapat Yang Mewajibkan Samak Apabila Bersentuhan Dengan Khinzir.

Setelah jelas bahawa keseluruhan khinzir bukan najis kecuali dalam konteks pemakanan, maka apakah hokum bersentuhan dengan khinzir atau perkakas yang pernah digunakan untuk menyaji daging khinzir? Adakah ia perlu disamak dengan tujuh basuhan air dengan salah satu basuhan adalah berserta dengan tanah atau memadai dengan air biasa saja?

Hadis berikut yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – Hadis no. 3839 (Kitab pemakanan, Bab makan dalam perkakas Ahl-al-Kitab) menjadi rujukan:

“Abi Tsa’labah al-Khusyaini radhiallahu ‘anh berkata, saya bertanya epada Rasulullah S.A.W.: “Sesungguhnya kami bertetangga dengan Ahl al-Kitab. Mereka biasa memasak daging khinzir di dalam periuk mereka dan meminum khamar di dalam gelas mereka (lalu bolehkah kami menggunakan periuk dan gelas mereka?)”

“Rasulullah S.A.W. menjawab : “Jika kalian dapat menggunakan perkakas yang lain maka makan dan minumlah di dalamnya. Jika kalian tidak dapat perkakas yang lain, maka cucilah ia dengan air kemudian makan dan minumlah.”

Jawaban Rasulullah S.A.W. menunjukkan bahawa perkakas yang bersentuhan dengan daging khinzir tidak perlu disamak tetapi adalah memadai dibasuh dengan air sahaja. Berdasarkan hadis di atas maka pendapat yang mewajibkan samak sebagai metode (kaedah) penyucian apabila bersentuhan dengan daging khinzir, atau keseluruhan khinzir, adalah pendapat yang tidak tepat.


Tinjauan Kelima: Kenapakah Daging Khinzir Dianggap Najis?

Ramai orang yang membuat umusan bahawa daging khinzir adalah najis kerana ia adalah binatang yang lazimnya memakan kotoran dan hidup di habitat yang kotor. Oleh itu memakan daging khinzir akan membawa kesan yang negate kepada manusia. Ini adalah pendapat yang berdasarkan logic yang mudah serta penemuan sains yang tidak muktamad. Sebab pada realitinya banyak manusia yang memakan daging khinzir tanpa menghadapi apa-apa kesan negative daripadanya. Pada waktu yang sama ada manusia yang menerima kesan negative kerana memakan daging lembu, kambing, ayam dan sebaginya. Lalu bagaimana hendak dineracai hakikat ini?

Hal ini sebagaimana pendapat sebahagian orang yang mengatakan terdapat virus pada air liur anjing sehingga dengan itu kita diwajibkan samak daripada jilatannya. Akan tetapi pada realitinya anjing lazim menjilat orang yang memeliharanya sebagai binatang kesayangan dan kita tidak melihat apa-apa kesan negatifnya kepada mereka.

Yang benar, istilah najis itu sendiri memiliki banyak maksud di dalam bahasa arab. Yang penting bagi kita ialah menjauhinya, bukan kerana logic atau penemuan sains tetapi kerana “Kami dengar dan kami taat” terhadap perintah larangan Allah S.W.T. Ini kerana perintah Allah adakalanya memiliki alasan yang lebih logic di sebaliknya, adakalanya memiliki alasan ilmiah di sebaliknya dan adakala memiliki alasan ujian bagi orang yang beriman. Bukankah Allah telh berfirman:

“Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (bagi kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (al-Mulk, 67:02)


Tinjauan keenam: Menganalisa Pendapat Yang Mengkategorikan Khinzir Sebagai Najis Berat.

Dimaklumi bahawa pendapat yang masyhur mengkategorikan khinzir dan ajing sebagai najis berat, dikenali juga sebagai najis mughallazah. Sebenarnya mengkategorikan khinzir dan anjing sebagai najis berat tidak memiliki asas daripada al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Lebih berat, mengkategorikan khinzir dan anjing secara sedemikian membuatkan umat Islam memandang mereka sebagai makhluk yan najis, jijik, buruk, hina, dan layak dizalimi. Pandangan atau sikap seperti ini adalah satu kesalahan besar di dalam Islam.

Ketahuilah bahawa khinzir dan anjing adalah makhluk yang dicipta oleh Allah S.W.T. sebagaimana fimannya:

“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang dia kehendaki kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (al-Nur, 24:45)

Mereka juga termasuk para makhluk yang sentiasa sujud kepada Allah:

“Dan bagi Allah jualah tunduk sujud segala apa yang ada di langit dan di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka tidak berlaku sombong takbur (daripada beribadat dan sujud kepada-Nya).” (al-Nahl, 16:49)

Malah mereka juga tergolong di dalam golongan makhluk yang sentiasa berzikir kepadanya:

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (al-Isra’, 17:44)

Habitat kehidupan khinzir yang kotor pada ukuran manusia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengkategorikannya sebagai haiwan najis berat kerana ia pada asalnya adalah ketentuan Allah jua:

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Hud, 11:06)

Khinzir dan anjing termasuk dalam keumuman makhluk yang disebut dan dipuji oleh Allah S.W.T. dalam ayat-ayat-Nya di atas. Maka siapakah manusia untuk menyelisih ayat-ayat Allah di atas dengan mengkategorikan makhluk-makhluk-Nya sebagai haiwan yang najis, jijik, hina, buruk, dan dengan pelbagai sifat buruk yang lain?

Semoga Allah S.W.T mengampuni kesalahan kita, amiin…


Tinjauan ketujuh: Hukum Memanfaatkan Khinzir Selain Dagingnya.

Timbul persoalan selanjutnya, bolehkah kita memanfaatkan bahagian-bahagian khinzir selain dagingnya seperti kulit, bulu, gigi, tulang, usus, otak, enzim, dan sebagainya? Adakah ia termasuk di dalam kategori bangkai yang diharamkan dalam ayat 145 surah al-An’am?


Persoalan ini dijawab dalam dua sudut:

Pertama:

Dimanfaatkan bukan untuk tujuan makanan.

Perbicaraan ayat 145 surah al-An’am merujuk kepada apa yang halal dan apa yang haram untuk dijadikan makanan. Marilah kita merujuk kembali kepada ayat tersebut:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; kerana sesungguhnya ia adalah najis.” (al-An’am, 6:145)

Oleh itu, apa yang tidak dijadikan makanan, maka ia kembali kepada hokum asal di mana segala sesuatu adalah baik, suci, halal, dan bermanfaat kepada manusia. Maka dengan itu dibolehkan memanfaatkan apa-apa daripada khinzir yang kegunaannya bukan untuk tujuan pemakanan. Secara lebih terperinci:

Boleh menggunakan bulu khinzir untuk dibuat berus.

Boleh menggunakan keputihan tulangnya (bone white) untuk membuat pinggan.

Boleh menggunakan usus atau enzimnya dalam kegunaan kosmetik dan kebersihan seperti krim, sabun, dan sebagainya.

Boleh menggunakan kulit khinzir untuk dibuat beg, jaket dan kasut dengan syarat ia disamak terlebih dahulu sebagaimana kulit haiwan-haiwan yang lain. Ini berdalilkan sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ahmad, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ibn Majah yang disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami al-Shagheir – Hadis no. 2711:

“Kulit apa sahaja yang disamak maka ia adalah suci.”

Kedua:

Dimanfaatkan untuk tujuan pemakanan


Jika sesuatu daripada khinzir selain dagingnya ingin dijadikan sumber makanan, maka setakat ini penulis belum menemui mana-mana ahli fiqh dan ilmuan Islam yang membicarakannya secara mendalam. Malah mereka meluaskan erti “daging khinzir” dalam ayat 145 surah al-An’am kepada keseluruhan khinzir dalam konteks pemakanan.

Lebih dari itu ayat ini juga melarang kita memakan bangkai. Yang dimaksudkan sebagai bangkai ialah semua binatang, termasuk khinzir, yang mati tanpa disembelih seperti mati kerana sakit, tercekik, dipukul, jatuh, diterkam binatang lain, dan sebagainya. Setakat ini tidak diketahui ada khinzir yang disembelih.

Oleh itu yang menjadi pilihn ialah tidak memanfaatkan apa-apa yang berasal dari khinzir untuk tujuan pemakanan.

Seperkara yang perlu ditekankan adalah, seseorang itu tidak pelu memberat-beratkan dirinya untuk menyelidik sama ada makanan yang ingin diambilnya mengandungi unsure khinzir atau tidak. Ini kerana syari’at Islam tidak memberatkan sesorang melebihi kemampuannya. Firman Allah:

“Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatandan susah payah dalam perkara agama.” (al-Hajj, 22:78)

“Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Ma’idah, 5:6)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu.” (al-Ma’idah, 05:101)

Oleh itu:

Jika bagi sesuatu makanan tercatit secara jelas bahawa ia mengandungi unsur khinzir, maka jauhilah makanan tersebut.

Jika bagi sesuatu makanan tidak tercatit secara jelas mengandungi unsur khinzir, maka dibolehkan mengambil makanan tersebut. Sebagai contoh, ada segelintir orang yang menjadi fobia melihat makanan yang kandungannya (ingredients) disenaraikan kod-kod kimia seperti E114, G45 dan sebagainya. Mereka membuat andaian bahawa ia adalah sesuatu yang dibuat daripada khinzir. Selagi mana andaian ini tidak memiliki bukti yang kukuh, maka ia tidak perlu diberi perhatian sehingga menyukarkan diri. Ini kerana keyakinan tdak dapat diubah oleh keraguan yang hanya datang daripada sangkaan semata-mata (tanpa kehadiran bukti).

Jika seseorang itu tanpa disedarinya telah memakan sesuatu yang mengandungi unsur khinzir, maka adalah memadai baginya berkumur-kumur sperti biasa (tanpa perlu menyamaknya).

Kesimpulan.

Sebagaimana yang penulis sebut di permulaan artikel tadi, kemungkinan apa yang dijelaskan di atas berkenaan hukum kenajisan khinzir adalah sesuatu yang baru lagi ganjil kepada sebahagian pembaca. Akan tetapi bezakan bahwa apa yang penulis jelaskan adalah sesuatu yang berpijak di atas dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Maka nilailah penjelasan di atas berdasarkan dalil-dalilnya, bukan menurut emosi dan bukan berdasarkan kebiasaan (adat) yang selama ini dipegang.

Ringkasnya, khinzir adalah binatang yang baik dan bermanfaat bagi manusia. Kita hanya dilarang daripada memanfaatkannya sebagai sumber pemakanan (bahan makanan). Jika tersentuh khinzir, memadai hanya dengan basuhan air biasa. Lebih penting, hendaklah disedari bahawa khinzir dan anjing adalah dua makhluk Allah. Dengan kesedaran ini, janganlah kita mengkategorikannya sebagai makhluk yang patut dizalimi, dianggap jijik-sejijiknya, hina, dan pelbagai lagi sangkaan yang dangkal dan buruk tanpa berdasarkan dalil yang sahih.

WALLAHU’ALAM…


Penulis Asal:
Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
read more “Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir (Bahasan 1)”

Tuesday, 29 December 2009

Hukum Qunut Subuh Dari Pandangan Sahih

Salah satu masalah yang selalu dibincangkan oleh masyarakat adalah qunut Subuh. Sebagian menganggapnya sebagai amalan sunnah, sebagian lain menganggapnya pekerjaan bid'ah.Malah ada sebahagiannya di tuduh Wahabi kerana meninggalkan qunut Subuh. Bagaimanakah hukum qunut Subuh sebenarnya ?

Jawab :

Dalam masalah ibadah, menetapkan suatu amalan bahawa itu adalah disyariatkan (wajib mahupun sunnah) terbatas pada adanya dalil dari Al-Qur'an As-sunnah yang sahih menjelaskannya. Kalau tidak ada dalil yang Sahih maka iainya dikira membuat perkara baru dalam agama (bid'ah), yang terlarang dalam syariat Islam sebagaimana dalam hadis Aisyahr.a riwayat Bukhari-Muslim :

مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَد ٌّ. وَ فِيْ رِوَايَةِ مُسْلِمٍ : ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمُرُنَا فَهُوَ رَدَّ

"Siapa yang yang mengadakan hal baru dalam perkara kami ini (Agama) apa yang sebenarnya bukan dari perkara maka hal itu adalah tertolak". Dan dalam riwayat Muslim : "Siapa yang berbuat satu amalan yang tidak di atas perkara kami maka ia (amalan) adalah tertolak".

Dan ini hendaknya dijadikan sebagai kaedah asas(pokok) oleh setiap muslim dalam menilai suatu perkara yang disandarkan kepada agama.

Setelah memahami asas utama ini, barulah kita melihat penghuraian pendapat-pendapat para ulama dalam masalah ini.

Huraian Pendapat Para Ulama

Ada tiga pendapat dikalangan para ulama, tentang disyariatkan atau tidaknya qunut Subuh.

Pendapat pertama : Qunut subuh disunnahkan secara terus-menerus, ini adalah pendapat Malik, Ibnu Abi Laila, Al-Hasan bin Solih dan Imam Syafi'ie.

Pendapat kedua : Qunut subuh tidak disyariatkan kerana qunut itu sudah mansukh (terhapus hukumnya). Ini pendapat Abu Hanifah, Sufyan Ats-Tsaury dan lain-lainnya dari ulama Kufah.

Pendapat ketiga : Qunut pada solat subuh tidaklah disyariatkan kecuali pada qunut nazilah maka boleh dilakukan pada solat subuh dan pada solat-solat lainnya. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, Al-Laits bin Sa'd, Yahya bin Yahya Al-Laitsy dan ahli fiqh dari para ulama ahlul hadis.

Dalil Pendapat Pertama

Dalil yang paling kuat yang dipakai oleh para ulama yang menganggap qunut subuh itu sunnah adalah hadis berikut ini :

مَا زَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْغَدَاةِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا

"Terus-menerus Rasulullah s.a.w qunut pada solat Subuh sampai beliau meninggalkan dunia".

Dikeluarkan oleh 'Abdurrozzaq dalam Al Mushonnaf 3/110 no.4964, Ahmad 3/162, Ath-Thoh awy dalam Syarah Ma'ani Al Atsar 1/244, Ibnu Syahin dalam Nasikhul Hadits Wamansukhih no.220, Al-Ha kim dalam kitab Al-Arba'in sebagaimana dalam Nashbur Royah 2/132, Al-Baihaqy 2/201 dan dalam Ash-Shugro 1/273, Al-Baghawy dalam Syarhus Sunnah 3/123-124 no.639, Ad-Daruquthny dalam Sunannya 2/39, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtaroh 6/129-130 no.2127, Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no.689-690 dan dalam Al-'Ilal Al-Mutanahiyah no.753 dan Al-Khatib Al-Baghdady dalam Mudhih Auwan Al Jama' wat Tafr iq 2/255 dan dalam kitab Al-Qunut sebagaimana dalam At-Tahqiq 1/463.

Semuanya dari jalan Abu Ja'far Ar-Rozy dari Ar-Robi' bin Anas dari Anas bin Malik.

Hadis ini disohihkan oleh Muhammad bin 'Ali Al-Balkhy dan Al-Hakim sebagaimana dalam Khulashotul Badrul Munir 1/127 dan disetujui pula oleh Imam Al-Baihaqi. Namun Imam Ibnu Turkumany dalam Al-Jauhar An-Naqy berkata : "Bagaimana mungkin sanadnya menjadi sahih sedang rawi yang meriwayatkannya dari Ar-Rob i' bin Anas adalah Abu Ja'far 'Isa bin Mahan Ar-Rozy mutakallamun fihi (dikritik)". Berkata Ibnu Hambal dan An-Nasa`i : "Laysa bil qowy (bukan orang yang kuat)". Berkata Abu Zur'ah : " Yahimu katsiran (Banyak salahnya)". Berkata Al-Fallas : "Sayyi`ul hifzh (Jelek hafalannya)". Dan berkata Ibnu Hibban : "Dia bercerita dari rawi-rawi yang masyhur hal-hal yang mungkar"."

Dan Ibnul Qoyyim dalam Zadul Ma'ad jilid I hal.276 setelah menukil suatu keterangan dari gurunya Ibnu Taimiyah tentang salah satu bentuk hadis mungkar yang diriwayatkan oleh Abu Ja'far Ar-Rozy, beliau berkata : "Dan yang dimaksudkan bahwa Abu Ja'far Ar-R ozy adalah orang yang memiliki hadis-hadis yang mungkar, sama sekali tidak dipakai berhujjah oleh seorang pun dari para ahli hadis periwayatan hadisnya yang ia bersendirian dengannya".

Dan bagi siapa yang membaca keterangan para ulama tentang Abu Ja'far Ar-R ozy ini, ia akan melihat bahwa kritikan terhadap Abu Ja'far ini adalah Jarh mufassar (Kritikan yang jelas menerangkan sebab lemahnya seorang rawi). Maka apa yang disimpulkan oleh Ibnu Hajar dalam Taqrib-Tahdzib sudah sangat tepat. Beliau berkata : "Shoduqun sayi`ul hifzh khususon 'anil Mughiroh (Jujur tapi jelek hafalannya, terlebih lagi riwayatnya dari Mughirah).

Maka Abu Ja'far ini lemah hadisnya dan hadis qunut subuh yang ia riwayatkan ini adalah hadis yang lemah bahkan hadis yang mungkar.

Dihukum hadis ini sebagai hadis yang mungkar kerana 2 sebab :

1-Makna yang ditunjukkan oleh hadis ini bertentangan dengan hadis sahih yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w tidak melakukan qunut kecuali qunut nazilah, sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ لاَ يَقْنُتُ إِلاَّ إِذَا دَعَا لِقَوْمٍ أَوْ عَلَى قَوْمٍ

"Sesungguhnya Nabi sa.w tidak melakukan qunut kecuali bila beliau berdoa untuk (kebaikan) suatu kaum atau berdo'a (kejelekan atas suatu kaum)" . Dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah 1/314 no. 620 dan dan Ibnul Jauzi dalam At-Tahqiq 1/460 dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Ash-Sahihah no. 639.

2- Adanya perbezaan lafaz dalam riwayat Abu Ja'far Ar-Rozy ini sehingga menyebabkan adanya perbezaan dalam memetik hukum dari perbezaan lafaz tersebut dan menunjukkan lemahnya dan tidak tetapnya ia dalam periwayatan. Kadang ia meriwayatkan dengan lafaz yang disebut di atas dan kadang meriwayatkan dengan lafaz :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ فٍي الْفَجْرِ

"Sesungguhnya Nabi s.a.w qunut pada shalat Subuh".

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushonnaf 2/104 no.7003 (cet. Darut Taj) dan disebutkan pula oleh imam Al Maqdasy dalam Al Mukhtarah 6/129.

kemudian sebagian para 'ulama syafieyah menyebutkan bahwa hadis ini mempunyai beberapa jalan-jalan lain yang menguatkannya, maka mari kita melihat jalan-jalan tersebut :

Jalan Pertama : Dari jalan Al-Hasan Al-Bashry dari Anas bin Malik, beliau berkata :

قَنَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَأَبُوْ بَكْرٍ وَعُمْرَ وَعُثْمَانَ وَأَحْسِبُهُ وَرَابِعٌ حَتَّى فَارَقْتُهُمْ

Hadits ini diriwayatkan dari Al Hasan oleh dua orang rawi :

Pertama : 'Amru bin 'Ubaid. Dikeluarkan oleh Ath-Thohawy dalam Syarah Ma'ani Al Atsar 1/243, Ad-Daraquthny 2/40, Al Baihaqy 2/202, Al Khatib dalam Al Qunut dan dari jalannya Ibnul Jauzy meriwayatkannya dalam At-Tahqiq no.693 dan Adz-Dzahaby dalam Tadzkiroh Al Huffazh 2/494. Dan 'Amru bin 'Ubaid ini adalah gembong kelompok sesat Mu'tazilah dan dalam periwayatan hadis ia dianggap sebagai rawi yang matrukul hadits (ditinggalkan hadisnya).

Kedua : Isma'il bin Muslim Al Makky, dikeluarkan oleh Ad-Da raquthny dan Al Baihaqy. Dan Isma'il ini dianggap matrukul hadis oleh banyak orang imam. Baca : Tahdzibut Tahdzib.

Catatan :

Berkata Al Hasan bin Sufyan dalam Musnadnya : Menceritakan kepada kami Ja'far bin Mihr on, (ia berkata) menceritakan kepada kami 'Abdul Warits bin Sa'id, (ia berkata) menceritakan kepada kami Auf dari Al Hasan dari Anas beliau berkata :

صَلَّيْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْغَدَاةِ حَتَّى فَارَقْتُهُ

"Saya solat bersama Rasulullah s.a.w maka beliau terus-menerus qunut pada solat Subuh sampai saya berpisah dengan beliau".

Riwayat ini merupakan kekeliruan dari Ja'far bin Mihron sebagaimana yang dikatakan oleh imam Adz-Dzahaby dalam Mizanul I'tidal 1/418. Kerana 'Abdul Warits tidak meriwayatkan dari Auf tapi dari 'Amru bin 'Ubeid sebagaiman dalam riwayat Abu 'Umar Al Haudhy dan Abu Ma'mar – dan beliau ini adalah orang yang paling kuat riwayatnya dari 'Abdul Warits-.

Jalan kedua : Dari jalan Khalid bin Da'laj dari Qotadah dari Anas bin M alik :

صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَخَلْفَ عُمَرَ فَقَنَتَ وَخَلْفَ عُثْمَانَ فَقَنَتَ

"Saya solat di belakang Rasulullah shollallahu 'alaihi wa alihi wa sallam lalu beliau qunut, dan dibelakang 'umar lalu beliau qunut dan di belakang 'Utsman lalu beliau qunut".

Dikeluarkan oleh Al Baihaqy 2/202 dan Ibnu Syahin dalam Nasikhul Hadis wa Mansukhih no.219. Hadis di atas disebutkan oleh Al Baihaqy sebagai pendukung untuk hadis Abu Ja'far Ar-Rozy tapi Ibnu Turkumany dalam Al Jauhar An Naqy menyalahkan hal tersebut, beliau berkata : "Perlu dilihat keadaan Khalid apakah dipakai sebagai syahid (pendukung) atau tidak, karena Ibnu Hambal, Ibnu Ma'in dan Ad-Daruquthny melemahkannya dan Ibnu Ma' in berkata di (kesempatan lain) : laisa bi syay`in (tidak dianggap) dan An-Nasa`i berkata : laisa bi tsiqoh (bukan tsiqoh). Dan tidak seorangpun dari pengarang Kutubus Sittah yang mengeluarkan hadisnya. Dan dalam Al-Mizan, Ad Daraquthny mengkategorikannya dalam rawi-rawi yang matruk.

Kemudian yang aneh, di dalam hadis Anas yang lalu, perkataannya "Terus-menerus beliau qunut pada solat Subuh hingga beliau meninggalkan dunia", itu tidak terdapat dalam hadis Khalid. Yang ada hanyalah "beliau (nabi) 'alaihis Salam qunut", dan ini adalah perkara yang ma'ruf (dikenal). Dan yang aneh hanyalah terus-menerus melakukannya sampai meninggal dunia. Maka di atas anggapan dia sesuai sebagai pendukung, bagaimana layak hadisnya dijadikan sebagai syahid (pendukung)".

Jalan ketiga : Dari jalan Ahmad bin Muhammad dari Dinar bin 'Abdillah dari Anas bin Malik :

مَا زَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِيْ صَلاَةِ الْصُبْحِ حَتَّى مَاتَ

"Terus-menerus Rasulullah S.a.w qunut pada sholat Subuh sampai beliau meninggal".

Dikeluarkan oleh Al Khatib dalam Al Qunut dan dari jalannya, Ibnul Jauzy dalam At-Tahq iq no. 695.

Ahmad bin Muhammad yang diberi gelar dengan nama Ghulam Khalil adalah salah seorang pemalsu hadis yang terkenal. Dan Dinar bin 'Abdillah, kata Ibnu 'Ady : "Mungkarul hadis (Mungkar haditsnya)". Dan berkata Ibnu Hibba n : "Ia meriwayatkan dari Anas bin Malik perkara-perkara palsu, tidak halal dia disebut di dalam kitab kecuali untuk mencelanya".

Kesimpulan pendapat pertama
:

Jelaslah dari huraian diatas bahawa seluruh dalil-dalil yang dipakai oleh pendapat pertama adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dikuatkan.

Jika sekalipun dianggapkan dalil mereka itu sahih boleh dipakai berhujjah, juga tidak mampu dijadikan dalil akan disunnahkannya qunut subuh secara terus-menerus, sebab qunut itu secara bahasa mempunyai banyak pengertian. Ada lebih dari 10 makna sebagaimana yang dinukil oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar dari Al-Iraqi dan Ibnul Arabi.

1) Doa

2) Khusyu'

3) Ibadah

4) Taat

5) Menjalankan ketaatan.

6) Penetapan ibadah kepada Allah

7) Diam

8) Shalat

9) Berdiri

10) Lamanya berdiri

11) Terus menerus dalam ketaatan

Dan ada makna-makna yang lain yang dapat dilihat dalam Tafsir Al-Qurthubi 2/1022, Mufradat Al-Qur'an karya Al-Ashbahany hal. 428 dan lain-lain.

Maka jelaslah lemahnya dalil orang yang menganggap qunut subuh terus-menerus itu sunnah.

Dalil Pendapat Kedua

Mereka berdalilkan dengan hadis Abu Hurairah riwayat Bukhary-Muslim :

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ حِيْنَ يَفْرَغُ مِنْ صَلاَةِ الفَجْرِ مِنَ الْقِرَاءَةِ وَيُكَبِّرُ وَيَرْفَعُ رَأْسَهُ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يَقُوْلُ وَهُوَ قَائِمٌ اَللَّهُمَّ أَنْجِ اَلْوَلِيْدَ بْنَ الْوَلِيْدِ وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ وَعَيَّاشَ بْنَ أَبِيْ رَبِيْعَةَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ مِنَ الْمُُؤْمِنِيْنَ اَللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ وَاجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ كَسِنِيْ يُوْسُفَ اَللَّهُمَّ الْعَنْ لِحْيَانَ وَرِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَتِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ ثُمَّ بَلَغَنَا أَنَهُ تَرَكَ ذَلِكَ لَمَّا أَنْزَلَ : (( لَيْسَ لَكَ مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوْبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُوْنَ ))

"Adalah Rasulullah s.a.w ketika selesai membaca ( dari rakaat kedua) di solat Fajr dan kemudian bertakbir dan mengangkat kepalanya (I'tidal) berkata : "Sami'allahu liman hamidah rabbana walakal hamdu, lalu beliau berdoa dalaam keadaan berdiri. "Ya Allah selamatkanlah Al-Walid bin Al-Walid, Salamah bin Hisyam, 'Ayyasy bin Abi Rabi'ah dan orang-orang yang lemah dari kaum mu`minin. Ya Allah keraskanlah (azab-Mu) atas kabilah Mudhar dan jadianlah atas mereka tahun-tahun (kelaparan) seperti tahun-tahun (kelaparan yang pernah terjadi pada masa) Nabi Yusuf a.s. Wahai Allah, laknatlah kabilah Lihyan, Ri'lu, Dzakw an dan 'Ashiyah yang bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kemudian sampai kepada kami bahwa beliau meningalkannya tatkala telah turun ayat : "Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka, karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim". (HSR.Bukhary-Muslim)

Berdalilkan dengan hadis ini menganggap mansukh-nya qunut adalah pendalilan yang lemah kerana dua hal :

Pertama : ayat tersebut tidaklah menunjukkan mansukh-nya qunut sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Al-Qurthuby dalam tafsirnya, sebab ayat tersebut hanyalah menunjukkan peringatan dari Allah bahwa segala perkara itu kembali kepada-Nya. Dialah yang menentukannya dan hanya Dialah yang mengetahui perkara yang ghoib.

Kedua : Diriwayatkan oleh Bukhary – Muslim dari Abu Hurairah, beliau berkata :

وَاللهِ لَأَقْرَبَنَّ بِكُمْ صَلاَةَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ أَبُوْ هُرَيْرَةَ يَقْنُتُ فِي الظُّهْرِ وَالْعِشَاءِ الْآخِرَةِ وَصَلاَةِ الْصُبْحِ وَيَدْعُوْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَيَلْعَنُ الْكُفَّارَ.

Dari Abi Hurairah radliyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sungguh saya akan mendekatkan untuk kalian cara shalat Rasulullah shallallahu `alaihi wa alihi wa sallam. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada shalat Dhuhur, Isya' dan Shubuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat untuk orang-orang kafir".

Ini menunjukkan bahwa qunut nazilah belum mansu kh. Andaikata qunut nazilah telah mansukh tentunya Abu Hurairah tidak akan mencontohkan cara sholat Nabi shallallahu `alaihi wa alihi wa sallam dengan qunut nazilah .

Dalil Pendapat Ketiga

Satu : Hadis Sa'ad bin Thoriq bin Asyam Al-Asyja'i

قُلْتُ لأَبِيْ : "يَا أَبَتِ إِنَّكَ صَلَّيْتَ خَلْفَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وآله وسلم وَأَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيَ رَضِيَ الله عَنْهُمْ هَهُنَا وَبِالْكُوْفَةِ خَمْسَ سِنِيْنَ فَكَانُوْا بَقْنُتُوْنَ فيِ الفَجْرِ" فَقَالَ : "أَيْ بَنِيْ مُحْدَثٌ".

"Saya bertanya kepada ayahku : "Wahai ayahku, engkau sholat di belakang Rasulullah s.a.w dan di belakang Abu Bakar, 'Umar, 'Utsman dan 'Ali r.ahum di sini dan di Kufah selama 5 tahun, apakah mereka melakukan qunut pada sholat subuh ?". Maka dia menjawab : "Wahai anakku hal tersebut (qunut subuh) adalah perkara baru (bid'ah)". Dikeluarkan oleh Tirmidzy no. 402, An-Nasa`i no.1080 dan dalam Al-Kubro no.667, Ibnu Majah no.1242, Ahmad 3/472 dan 6/394, Ath-Thoy alisy no.1328, Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushonnaf 2/101 no.6961, Ath-Thohawy 1/249, Ath-Thobarany 8/no.8177-8179, Ibnu Hibban sebagaimana dalam Al-Ihs an no.1989, Baihaqy 2/213, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtarah 8/97-98, Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no.677-678 dan Al-Mizzy dalam Tahdzibul Kam al dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Irwa`ul Gholil no.435 dan syeikh Muqbil dalam Ash-Shohih Al-Musnad mimma laisa fi Ash-Shoh ihain.

Dua : Hadis Ibnu 'Umarr.a

عَنْ أَبِيْ مِجْلَزِ قَالَ : "صَلَّيْتُ مَعَ اِبْنِ عُمَرَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمْ يَقْنُتْ". فَقُلْتُ : "آلكِبَرُ يَمْنَعُكَ", قَالَ : "مَا أَحْفَظُهُ عَنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِيْ".

" Dari Abu Mijlaz beliau berkata : saya solat bersama Ibnu 'Umar solat shubuh lalu beliau tidak qunut. Maka saya berkata : apakah lanjut usia yang menahanmu (tidak melakukannya). Beliau berkata : saya tidak menghafal hal tersebut dari para sahahabatku". Dikeluarkan oleh Ath-Thohawy 1246, Al-Baihaqy 2213 dan Ath-Thabarany sebagaimana dalam Majma' Az-Zawa'id 2137 dan Al-Haitsamy berkata :"rawi-rawinya tsiqoh".

Ketiga : tidak ada dalil yang shohih menunjukkan disyari'atkannya mengkhususkan qunut pada solat shubuh secara terus-menerus.

Keempat : qunut shubuh secara terus-menerus tidak dikenal dikalangan para sahahabat r.a sebagaimana dikatakan oleh Ibnu 'Umar diatas, bahkan sheikh islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu' Al-Fatawa berkata : "dan demikian pula selain Ibnu 'Umar dari para sahahabat, mereka menghitung hal tersebut dari perkara-perkara baru yang bid'ah".

Kelima : nukilan-nukilan orang-orang yang berpendapat disyari'atkannya qunut shubuh dari beberapa orang sahabat bahawa mereka melakukan qunut, nukilan-nukilan tersebut terbagi dua :

1) Ada yang sahih tapi tidak ada pendalilan dari nukilan-nukilan tersebut.

2) Sangat jelas menunjukkan mereka melakukan qunut shubuh tapi nukilan tersebut adalah lemah tidak boleh dipakai berhujjah.

Keenam: setelah mengetahui apa yang disebutkan diatas maka sangatlah mustahil mengatakan bahwa disyari'atkannya qunut subuh secara terus-menerus dengan membaca do'a qunut "Allahummahdinaa fi man hadait…….sampai akhir do'a kemudian diaminkan oleh para ma'mum, andaikan hal tersebut dilakukan secara terus menerus tentunya akan dinukil oleh para shahabat dengan nukilan yang pasti dan sangat banyak sebagaimana halnya masalah solat karena ini adalah ibadah yang kalau dilakukan secara terus menerus maka akan dinukil oleh banyak para shahabat. Tapi kenyataannya hanya dinukil dalam hadis yang lemah(Thaif).

Demikian keterangan Imam Ibnul qoyyim Al-Jauziyah dalam Z adul Ma'ad.

Kesimpulan

Jelaslah dari huraian di atas lemahnya dua pendapat pertama dan kuatnya dalil pendapat ketiga sehinga memberikan kesimpulan pasti bahwa qunut subuh secara terus-menerus selain qunut nazilah adalah bid'ah tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Wallahu a'lam.

Silahkan lihat permasalahan ini dalam Tafsir Al Qurthuby 4/200-201, Al Mughny 2/575-576, Al-Inshof 2/173, Syarh Ma'any Al-Atsar 1/241-254, Al-Ifshoh 1/323, Al-Majmu' 3/483-485, Hasyiyah Ar-Raud Al Murbi' : 2/197-198, Nailul Author 2/155-158 (Cet. Darul Kalim Ath Thoyyib), Majm u' Al Fatawa 22/104-111 dan Zadul Ma'ad 1/271-285.
read more “Hukum Qunut Subuh Dari Pandangan Sahih”

Monday, 28 December 2009

Jawap Kepada Pecahan Tauhid Oleh Anggota Majlis Fatwa Dunia



jawapan ini juga dituju khas bagi Pihak Penganut Agama Zamihan dan Mahfuz yang hanya mempunyai ijazah pengajian Rendah untuk dibandingkan Sarjana Ilmuan Dunia .
read more “Jawap Kepada Pecahan Tauhid Oleh Anggota Majlis Fatwa Dunia”

Friday, 20 November 2009

Jawapan Buat Mahfuz (Sifat 20)




Jawapan Buat Mahfuz Berkaitan Sifat 20
read more “Jawapan Buat Mahfuz (Sifat 20)”

Tuesday, 3 November 2009

Dalang Tersembunyi Disebalik Penahanan DR asri


disebabkan ketandusan hujjah dan kecetekkan Ilmu agama maka inilah sahaja jalan bagi menghalang usaha Dakwah yang mengikuti Kitabullah dan Sunnah Nabi s.a.w . Sungguh memalukan tindakan Jais yang dianggapkan lekeh dan dayus .Jika alasan diberi sekadar Tiadak bertauliah , berapa ramai para ustaz seperti penganut Aqidah seleweng yang tegar berdakwah namun tida tindakan diambil kerana mereka bukan wahabi atau mereka bukan pencinta Hadis .

saya ucapkan tahniah kepada Jutaan masyarakat islam malaysia yang menyokong tampil sebagai tembok kepada Assunnah

sokongan rasmi oleh:

Perdana Menteri memberi sokongan,

Mursyidul Am PAS

Menteri Agama,

Menteri Besar Selangor,

Ketua Pemuda UMNO,

Dibincang di dalam Parlimen Malaysia

Ketua Pemuda PAS,

Bekas YDP YADIM,

begitu juga terima kasih kepada Akhbar Perdana yang membuat liputan ikhlas.Moga Dr asri akan lebih diiktiraf Dunia .
read more “Dalang Tersembunyi Disebalik Penahanan DR asri”

Friday, 29 May 2009

Benarkah Bid'ah Terbahagi kepada Dua

Terpanggil untuk melontarkan Hujjah yang sahih berdasarkan Pemahaman salaf dan Hujjah berpandukan Kitabullah dan Sunnah Nabi s.a.w:-

Beberapa golongan ulama ahli Sunnah wal Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh telah membahagikan bid'ah kepada dua bahagian iaitu bid'ah yang diistilahkan sebagai bid'ah hasanah (بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ) "bid'ah yang baik" dan bid'ah dhalalah (بِدْعَةٌ ضَلاَلَةٌ) "bid'ah yang sesat".

Perselisihan dalam soal pembahagian bid'ah timbul lantaran kekeliruan umat Islam selepas zaman as-Salaf dalam memahami istilah bid'ah dan kesilapan pada memahami maksud dari penggunaan bahasa bid'ah itu sendiri oleh masyarakat 'Ajam (bukan Arab). Antara punca-punca yang lain ialah:

(1). Timbulnya beberapa kecelaruan untuk menentukan asas dan cara mengistimbat hukum ahkam serta pemahamannya. (Lihat: علم اصول البدع Hlm. 43. Ali Hasan) Untuk mengatasi masalah ini sebahagian ulama yang terpengaruh dengan kaedah mantik (logik) Yunani (Greek) menggunakan kaedah ini untuk memahami istilah agama dan cara mengistimbat hukum halal dan haram di dalam syara. Kejadian ini telah berleluasa dan ketara terutamanya selepas berlalunya zaman Salaf as-Soleh disebabkan menularnya kejahilan, kehilangan (kematian) ulama sunnah, bertambahnya ulama bid'ah, ulama nifak dan ulama pengampu yang suka bekerjasama dengan pemerintah zalim yang sentiasa berusaha untuk menghapuskan ulama sunnah dan para pengikut mereka.

Dari Ziad berkata: Pernah berkata kepada aku 'Umar radhiallahu 'anhu:


هَلْ تَدْرِىْ مَا يُهْدِمُ دِيْن اْلاِسْـلاَمِ ؟ قُلْتُ : لاَ . قَالَ يُهْدِمُ زِلَّةُ الْعَالِمِ وَجِدَالُ مُنَافِقِ بِاْلآيَاتِ وَحُكْمُ اْلاَئِمَّةِ الْمُضِلِّيْنَ

"Tahukah engkau siapa yang menghancurkan agama Islam? Aku berkata: Tidak! Beliau berkata: Yang menghancurkannya ialah orang alim yang jahat (yang sukakan bid'ah), perbincangan (perdebatan) orang munafik tentang ayat-ayat (Allah) dan perlaksanaan hukum dari para pemimpin pemerintah yang zalim". (Dikeluarkan oleh: (1). Ad-Darami dalam "As-Sunan". Jld. 1. 71. (2). Ibn Abdulbar dalam جامع البيان العلم. Jld. 2. Hlm 110. (3). Abu Syamah dalam الباعث على انكار البدع والحوادث. Hlm. 13)

(2). Mematuhi (ittiba') kehendak hawa nafsu dalam menentukan hukum ahkam agama adalah antara punca berlakunya bid'ah. (Dikeluarkan oleh: (1). Ad-Darami dalam "As-Sunan". Jld. 1. 71. (2). Ibn Abdulbar dalam جامع البيان العلم. Jld. 2. Hlm 110. (3). Abu Syamah dalam الباعث على انكار البدع والحوادث. Hlm. 45) Sepatutnya setiap individu muslim berittiba' kepada al-Quran dan as-Sunnah dan tidak bertaklid buta serta berittiba' kepada hawa nafsu yang menjadi punca utama berlakunya penyelewengan dari jalan Allah yang lurus.

Syara’ mewajibkan setiap mukmin hanya mengikut jalan Allah yang dipandu oleh sunnah Rasul-Nya. Meninggalkan sunnah samalah seperti meninggalkan petunjuk yang mengakibatkan berlakunya bid'ah dan kesesatan sebagaimana keterangan nas di bawah ini:

وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلُّكَ عَنْ سَـبِيْلِ اللهِ اِنَّ الَّذِيْنَ يُضِـلُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيْدٌ بِمَا نَسُوْا يَوْمَ الْحِسَابِ

"Janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan". (Shaad, 38: 26)


وَمَنْ اَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًاى مِنَ اللهِ

"Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun". (al-Qasas, 28: 50)

Berkata Ubay bin Ka'ab radhiyallahu 'anhu:

عَلَيْكُمْ بِالسَّـبِيْلِ وَالسُّنَّةِ ، فَاِنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَبْدٍ عَلَى سِبِيْلٍ وَسُـنَّةٍ ذَكرَ الرَّحْمَنَ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ فَتَمَسَّهُ النَّار اَبَدًا . وَاِنَّ اِقْتِصَـادًا فِىْ سَبِـيْلِ سُـنَّةٍ خَيْرٌ مِنْ اِجْتِهَادٍ فِىْ خِلاَفِ سَبِيْلٍ وَسُنَّةٍ

"Hendaklah kamu mengikut jalan (Allah) dan sunnah (Rasul-Nya). Maka sesungguhnya tidak akan diperolehi oleh seseorang hamba yang tidak mengikut jalan (Allah) dan sunnah (Rasul-Nya walaupun) berzikir kepada Rahman (Allah) sehingga mengalir air matanya kerana takutkan Allah, namun dia akan tetap disentuh (dimasukkan) ke dalam neraka (lantaran tidak mengikut sunnah). Sesungguhnya berpada-pada (dalam melakukan ibadah tetapi) mengikut jalan (Allah) dan sunnah (contoh Rasul-Nya) lebih baik dari bersungguh-sungguh tetapi menyalahi (terkeluar) dari jalan (Allah) dan sunnah (Rasul-Nya)". ((1). Dikeluarkan oleh Ibn Battah dalam "Al-Ibanah" (1/27/1) Makhtut. (2). Al-Lalikaii. Lihat: شرح اصول اعتقاد اهل السنة. Jld. 1 Hlm. 54. (3). Abu Na'em. Lihat: حلية الاولياء. Jld. Hlm. 252-253. (4). Ibn Jauzi. Lihat: تلبيس ابليس. Hlm. 9. (5). Imam as-Syatibi. Lihat: الاعتصام. Jld. 1. Hlm. 81 dan 94. (6). Al-Baghawi. Lihat: شرح السنة. Jld. 1. Hlm. 208)


Al-Juneid rahimahumullah juga pernah berkata:

اَلطَّرِيْقُةُ كُلُّهَا مَسْدُوْدَةٌ اِلاَّ عَلَى الْمُتَّفِقِيْنَ آثَارِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمُتَّبِعِيْنَ سُنَّتِهِ وَطَرِيْقَتِهِ ، فَاِنَّ طُرُقَ الْخَيْرَاتِ كُلُّهَامَفْتُوْحَةٌ عَلَيْهِ كَمَا قَالَ تَعَالَى (لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ)

"Semua jalan (ke syurga) tertutup kecuali bagi mereka-mereka yang mengikut (berpegang kepada) atsar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, mengikut sunnah serta jalannya. Maka sesungguhnya jalan-jalan semuanya dibuka di atas landasan sunnah sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya telah ada bagi kamu pada diri Rasulullah contoh yang baik". (Lihat: تلبيس ابليس. Hlm. 10-11. Dan Lihat: الاعتصام. Jld. Hlm. 10-11)

Maksud sebenar dari istilah bid'ah yang dikehendaki oleh golongan Ulama Salaf as-Soleh bolehlah diringkaskan melalui penjelasan berikut ini:

1.
Bid'ah dhalalah : (بِدْعَةٌ ضَلاَلَةٌ) "Bid'ah (ciptaan yang diada-adakan) yang menyesatkan" ialah setiap bid'ah yang bersangkut-paut dengan akidah dan amal-ibadah atau urusan agama (syara). Larangan melakukan bid'ah dalam hal ini amat tegas kerana agama Islam tidak boleh dibid'ahkan lagi, ia sudah cukup sempurna dan lengkap sebagaimana yang sudah dijelaskan dengan dalil-dalil dan hujjah-hujjah di atas. Bid'ah dhalalah menyebabkan pembuatnya ke neraka dan akan kekal di dalamnya jika yang dilakukan bid'ah akidah.

2.
Bid'ah hasanah(بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ) : "Bid'ah yang baik". Bid'ah yang kedua ini hanya dimaksudkan pada bid'ah (ciptaan) dalam hal urusan (perkara-perkara) yang berbentuk keduniaan (kebendaan) semata. Sebagaimana yang telah kita fahami bahawa antara pengertian bid'ah ialah ciptaan. Usaha mereka-cipta (sesuatu ciptaan) yang berupa kebendaan atau kemajuan berbentuk keduniaan yang diperlukan oleh manusia amat digalakkan oleh agama selagi ciptaan (yang diistilahkan bid'ah keduniaan) tersebut tidak membahayakan atau memudaratkan manusia dan alam sejagat.

Terdapat beberapa nas yang menggalakkan orang-orang beriman supaya mencipta berbagai-bagai peralatan dan rekaan yang canggih untuk menjadi kegunaan, menambah kemakmuran dan memenuhi keperluan generasi manusia di dunia kerana dalam hal urusan dunia manusia diberi kebebasan dan lebih tahu menguruskannya sendiri menurut kemampuan dan kepakaran masing-masing sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ : (اَنْتُمْ اَعْلَمُ بِشُـؤُنِ دُنْيَاكُمْ)

“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Kamu lebih tahu hal ehwal (urusan) dunia kamu”. (H/R Muslim)

وَقَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ : ( اَنْـتُمْ اَعْلَمُ بِاَمْرِ دُنْيَاكُمْ )

"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Kamu lebih tahu (pandai) tentang urusan dunia kamu". (H/R Muslim)

Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menggesa orang-orang beriman supaya mengecapi segala nikmat pemberian Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan jalan berusaha dan melakukan sesuatu. Antara cara yang digalakkan ialah dengan sentiasa membuat pembaharuan, mereka-cipta peralatan yang diperlukan oleh masyarakat dunia yang diistilahkan sebagai bid'ah (ciptaan) duniawi yang hasanah (baik).

Mencipta peralatan moden (teknologi canggih) adalah untuk kegunaan dan kemudahan manusia supaya dapat menjalani keselesaan dan kebahagian hidup agar dapat menunaikan ibadah di dunia dengan sempurna dan juga sebagai tanda kesyukuran mereka terhadap nikmat pemberian Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah telah berfirman:

وَابْتَغِ فِيْمَاآتَاكَ اللهُ الدَّارَ اْلآخِرَةَ وَلاَ تَنْسَ نَصِيْبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَاَحْسِنْ كَمَا اَحْسَنَ اللهُ وَلاَ تَبْغِ الْفَسَادَ فِى اْلاَرْضِ اِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ الْمُفْسِدِيْنَ

"Dan carilah apa yang telah Allah berikan kepada kamu demi untuk akhirat dan jangan lupa pula bahagianmu (kenikmatan) di dunia dan berbuat baiklah (kepada yang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan". (al-Qasas, 28: 77)


Orang yang beriman diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai khalifah-Nya di bumi ini. Mereka diseru supaya memakmurkan dunia antaranya melalui kemajuan dari hasil ciptaan (bid'ah) yang berbentuk kebendaan. Maka bid'ah (ciptaan baru) dalam berbagai-bagai bidang yang berbentuk keduniaan adalah fardu kifayah, sebaliknya pula bid'ah (ciptaan atau mengada-adakan sesuatu) di segi agama atau keagamaan adalah bid'ah dhalalah (menyesatkan) yang diharamkan oleh syara dari melakukannya buat selama-lamanya.

Memang ada segolongan ulama yang membahagikan bid'ah dalam urusan agama kepada bid'ah hasanah (baik) dan bid'ah qabihah (buruk). Ini adalah pembahagian yang batil. Agama atau syariat adalah hak Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta alam. Manusia tidak mempunyai hak untuk menentukan sesuatu perkara atau masuk campur dalam setiap urusan agama kerana semua yang berkaitan dengan agama Islam hanya urusan Allah semata.

Jika manusia dibenarkan masuk campur seperti menambah sesuatu (melakukan bid'ah) di dalam agama Allah ini, tentulah mereka dibenarkan juga mengurangkan sesuatu darinya. Namun, tidak pernah ada keizinan seperti itu dari al-Quran, as-Sunnah, athar yang sahih atau dari kalangan ulama Salaf as-Soleh. Dalam perkara ini seorang ulama telah memberi peringatan yang tegas melalui puisinya: 

بدين المسلمين ، ان جاز زيد # فجازالنقص ايضاان يكونا
كفىذاالقول قبيحا ياخليلى # ولا يرضاه الا الجاهلون

"Dengan agama ini setiap Muslimin, jika dibenarkan menambah, maka akan dibenarkan juga mengurangkan, jika ini berlaku, cukuplah dikatakan perkara itu amat buruk wahai kekasihku. Dan tidak akan meredhainya yang demikian kecuali orang-orang yang jahil". (Lihat : تطهير الجنان عن درن الشرك والكفران Ahmad bin Hajar Ali Butami Ali as-Syafie as-Salafi. Hlm. 42-23)

SETIAP BID'AH DALAM AGAMA PASTI MENYESATKAN

(كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ)

"Setiap yang bid'ah itu sesat".


Perlu diperingatkan bahawa bid'ah di dalam perbincangan ini hanya merangkumi akidah, muamalah atau ibadah yang tidak melibatkan persoalan duniawi (kebendaan). Jika seseorang itu mahu memahami kesemua hadis-hadis yang telah dipaparkan kemudian mampu serta ada keinginan untuk membaca kitab-kitab yang menjelaskan sikap para sahabat terhadap setiap bid'ah, insya-Allah akan terbukti bahawa tidak terdapat walaupun seorang dari kalangan para sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang berani membahagikan bid'ah di dalam akidah, muamalah atau ibadah kepada dua bahagian, dua bentuk, dua cara, dua jenis atau lebih dari itu.

Kalimah kullu (كُلُّ) menurut ahli bahasa adalah salah satu bentuk kata umum. berkata Imam Syatibi rahimahullah:

مَحْمُولٌ عِنْدَ الْعُلَمَاءِ عَلَى عُمُوْمِهِ ، لاَ يُسْتَثْنَى مِنْهُ شَيْءٌ البَتَّة ، وَلَيْسَ فِيْهَا مَهُوَ حَسَنٌ اَصْلاً

"Menurut ulama: Hadis ini hanya diterapkan pada keumumannya, tanpa ada pengecualian apa pun darinya dan pada kalimah bid'ah tidak ada yang disebut bid'ah hasanah". (Lihat: الفتوى hlm. 181. as-Syatibi)

Adapun kalimah bid'ah dalam hadis ini ialah nakirah (indefinitif) yang jelas menunjukkan umum kerana tidak diawali dengan (ال). Begitu juga tidak seorangpun dari kalangan jumhur ulama hadis yang pernah mensyarahkan hadis-hadis yang berkaitan dengan bid'ah kepada dua jenis bid'ah atau lebih. Jika dibuat pengkajian secara ilmiyah, memang tidak kedapatan dari kalangan jumhur Ulama Salaf as-Soleh yang membahagikan bid'ah menurut syara kepada bid'ah hasanah dan bid'ah dhalalah.

Kalangan ulama khalaflah (ulama selepas zaman salaf) menjadi perintis dan yang mula-mula sekali membahagikan bid'ah kepada beberapa pecahan dan bahagian. Keadaan ini pesat berlaku terutamanya selepas 400 hijrah. Ini (antaranya) berpunca apabila lahirnya beberapa orang ulama selepas zaman Salaf (selepas kurun terbaik) khususnya yang terpengaruh dengan unsur-unsur metodologi pemahaman istilah Bahasa Arab yang diambil atau ditiru dari kaedah falsafah Bahasa Yunani, ditambah pula gerakan pemikiran falsafah Yunani yang tersebar luas dan lebih menekankan logika akal (mantik) dari kaedah naqal (pengambilan langsung dari al-Quran, as-Sunnah dan athar sahabat), maka kaedah Yunan (Greek) ini diguna pakai oleh sebahagian ulama Khalaf dalam menyelesaikan persoalan hukum ahkam dalam agama.

Cara yang betul dan selamat untuk memahami Bahasa Arab dan istilahnya mestilah melalui kaedah, cara, nahu atau tatabahasa melalui Bahasa Arab itu sendiri. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam berbahasa dan berbangsa Arab. Al-Quran dan penafsirannya begitu juga as-Sunnah berserta syarahnya hanya menggunakan Bahasa Arab yang asli dan fasih (مُبِيْنٌ).

Kaedah yang selamat dan betul untuk memahami maksud dalam bahasa al-Quran serta as-Sunnah mestilah hanya dengan cara dan kaedah pemahaman melalui bahasa yang digunakan oleh kedua kitab tersebut berserta penafsirannya yang juga mestilah melalui bahasa itu sendiri. Adalah tidak tepat jika menggunakan bahasa asing atau elemen bahasa asing untuk memahami Bahasa Arab walau semaju mana sekalipun bahasa asing yang digunakan.

FUNGSI KALIMAH KULLU

Kalimah "Kullu" menurut ahli bahasa adalah salah satu bentuk kata umum. Imam Syatibi menjelaskan kaedah hadis ini yang menekankan kalimah kullu, iaitu:

مَحْمُوْلٌ عِنْدَ الْعَلَمَاء عَلَى عَمُوْمِهِ ، لاَيُسْتِثْنَى مِنْهُ شَيْءٌ اَلْبَتَّة وَلَيْسَ فِيْهَا مَا هُوَا حَسَنٌ اَصْلاً

"Menurut ulama, hadis ini diterapkan pada keumumannya tanpa ada pengecualian apa pun darinya. Pada bid'ah (di hadis ini pula) sama sekali tidak ada yang disebut (bid'ah) yang baik". (الفتوى Hlm. 180-18 Syatibi. Lihat: علم اصول البدع hlm. 91 Ali Hasan)

Antara fungsi kalimah (كُلُّ) yang digunakan oleh hadis di atas, dapat difahami dan diertikan dengan betul dan sempurna hanya melalui tatacara dan kaedah Bahasa Arab sahaja yang mana kalimah tersebut hanya boleh diertikan kepada makna: "Semua atau Kesemuanya".

Kalimah atau perkataan (كُلُّ) di dalam hadis ini adalah kalimah yang digunakan dalam Bahasa Arab untuk menjelaskan kepadatan atau kepastian yang semata-mata hanya memberi makna "Semuanya". Kalimah ini juga diistilahkan sebagai kalimah (جَامِعَةٌ) yang digunakan dalam Bahasa Arab hanya untuk menerangkan atau menunjukkan "kesemuanya atau keseluruhannya" tanpa adanya pengecualian sama sekali.

Dengan penjelasan ini perlu diberi penekanan dan perhatian yang serius bahawa kalimah (كُلُّ) dalam Bahasa Arab hanya memberi makna, erti dan maksud: "Semuanya atau Keseluruhannya". Ia sama sekali tidak boleh diterjemahkan kepada makna, erti atau maksud: "Separuh, Sebahagian atau Setengah". Maka hadis ini tidak membizakan dalam hukum antara satu bid'ah dengan bid'ah yang lain, iaitu tidak ada bid'ah hasanah dalam urusan agama.

Tambahan pula jika difahami kalimah kullu di hadis yang dibincangkan ini secara lahiriyah dan tabiinya menurut kaedah yang dimaksudkan oleh hadis tersebut, ia hanya memberi satu makna, satu maksud, satu erti dan satu tujuan iaitu "Setiap bid'ah itu pasti sesat" dan tidak boleh diertikan atau diterjemahkan kepada "Separuh, sebahagian atau setengah bid'ah itu baik (tidak sesat)". Menolak hakikat (istilah) kalimah ini samalah seolah-olah menganggap Nabi tidak tahu menggunakan istilah Bahasa Arab dengan betul maka anggapan serupa ini adalah kepercayaan yang dianggap bid'ah dan membawa kepada kekufuran yang nyata.

Dengan demikian tidak dapat diterima pendapat yang meyakini bahawa bid'ah dalam urusan agama terbahagi kepada dua, tiga atau lima bahagian kerana pembahagian seperti itu bertentangan dengan ketegasan dan maksud hadis-hadis yang menjelaskan bahawa hakikat bid'ah jika dilibatkan dalam persoalan syara adalah sesat keseluruhannya. Jika perbuatan menukar maksud dan makna kalimah kullu di hadis ini disengajakan sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian pengikut yang berpegang kepada kaedah mantik yang dipengaruhi oleh kaedah Yunani, ia adalah perbuatan yang fasik dan batil.

Secara ilmiyah, apabila dikembalikan kepada penilaian bahasa al-Quran kalimah atau perkataan (كُلُّ) yang terdapat di dalam al-Quran atau al-Hadis hanya memberi makna "kesemuanya" atau "keseluruhannya".

Untuk memahami satu-satu ayat atau kalimah yang terdapat di dalam al-Quran mestilah melalui panduan dan penafsiran yang telah disyaratkan oleh al-Quran itu sendiri, kemudian barulah melalui panduan as-Sunnah. Begitu juga, cara untuk memahami al-Hadis dan satu-satu kalimah dari hadis-hadis yang sahih dengan betul dan sempurna mestilah melalui al-Quran terlebih dahulu.

Dengan itu untuk memahami kalimah (كُلُّ) di hadis yang sahih ini tentulah melalui landasan kalimah yang seumpamanya yang banyak terdapat di dalam al-Quran. Kalimah kullu ini dapat difahami melalui firman Allah sepertimana di bawah ini yang menggunakan kalimah yang sama dan mempunyai fungsi yang serupa:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ

"Setiap yang hidup akan merasai mati". (Ali Imran, 3: 185)

Kedudukan kalimah (كُلُّ) pada ayat ini menunjukkan bahawa kalimah kullu tersebut hanya memberi maksud dan makna "semua, setiap atau keseluruhan" tanpa adanya pengecualian. Iaitu: "semua, setiap atau keseluruhan yang hidup akan mati" kerana inilah kenyataan yang wajib diyakini oleh setiap orang Islam yang beriman dengan keseluruhan ayat-ayat al-Quran bahawa setiap atau keseluruhan (كُلُّ) yang hidup akan menghadapi kematian kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana juga firman-Nya:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُوْالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ

"Kesemua yang terdapat di bumi akan binasa dan hanya yang tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan". (ar-Rahman, 55: 26-27)

Kedudukan kalimah kullu (كُلُّ) di ayat pertama mempunyai konsep dan fungsi yang sama dengan kedudukan kalimah kullu yang terdapat pada ayat yang kedua. Begitu juga kalimah (كُلُّ) pada kedua-dua ayat di atas ini mempunyai fungsi yang sama pula dengan kalimah kullu di hadis sahih yang telah kita bincang dan jelaskan.

Menafsirkan kalimah (كُلُّ) pada kedua-dua ayat di atas kepada pengertian separuh, setengah atau sebahagian adalah merupakan penafsiran atau pengolahan yang fasik lagi batil kerana bertentangan dengan kaedah penafsiran yang betul.

Telah terbukti bahawa kalimah kullu yang terdapat pada hadis tentang bid'ah yang sering menjadi isu ini tidak boleh dimaksudkan, diertikan, disyarahkan atau diterjemahkan kepada pengertian sebahagian, setengah atau separuh sebagaimana perbuatan segolongan ulama mantik kacukan Yunani kerana ia bertentangan dengan maksud hadis dan makna dari pengertian kalimah (كُلُّ) di dalam al-Quran dan juga hadis tersebut.

Menurut kaedah atau ketetapan ilmu usul jika sesuatu kalimah diulang berkali-kali di beberapa tempat sebagaimana diulang-ulangnya kalimah kullu (كُلُّ) dalam menetapkan bahawa "setiap (كل) bid'ah itu sesat", maka apabila ia terdapat dalam dalil-dalil (al-Quran, al-Hadis dan athar yang sahih) maka ia menjadi dalil syarii kulli (دليل شرعي كلي) iaitu: "Pasti setiap (كل) bid'ah itu sesat."

Penolakan adanya bid'ah hasanah dikuatkan dengan kenyataan bahawa tidak pernah terkeluar atau terucap dari mulut Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam yang mulia walaupun sebuah sabda yang menerangkan adanya bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) di dalam amal-ibadah atau akidah. Sebaliknya, pendapat dan ucapan yang mengatakan adanya bid'ah hasanah hanyalah berpunca dari kekeliruan pemahaman istilah bahasa atau hasil dari kata-kata serta pendapat yang direka oleh ulama suk dan bukanlah berdasarkan al-Quran, as-Sunnah atau athar yang sahih.

Pada hakikatnya tidak mungkin ada bid'ah hasanah dalam agama kerana secara jumlah bid'ah semuanya maksiat sebagaimana penjelasan as-syatibi:

وَلاَ شَكَّ اَنَّ الْبِدَعَ مِنَ الْجُمْلَةِ الْمَعْصِيَةِ

"Tidak dapat diragukan bahawa bid'ah secara keseluruhannya adalah maksiat." (Lihat: الاعتصام. Jld. 2. Hlm. 60)

وَانَّ السَّلَفَ لَمْ يُطْلقُوْا لَفْظَ الْبِدْعَةِ اِلاَّ عَلَى مَا هُوَ فِى نَظرِهِمْ مَذْمُوْم

"Sesungguhnya (para ulama) salaf tidak pernah menggunakan lafaz bid'ah kecuali terhadap apa yang mereka dapat tercela (maksiat)." (Lihat: البدع hlm. 182. 'Izzat 'Atiah)

Terdapat segolongan mubtadi' (pembuat bid'ah) beralasan bahawa kalimah "Kullu" dalam hadis yang sedang dibincangkan tidak menunjukkan erti umum dengan dalil bahawa Allah berfirman:

تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِاَمْرِ رَبِّهَا

"Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya". (al-Ahkaf, 56: 25)

Pembuat bid'ah seterusnya beralasan: Dalam ayat yang mulia di atas ini angin tidak menghancurkan segala sesuatu, maka hal ini menunjukkan bahawa kalimah "Kullu" tidak sentiasa menunjukkan erti yang bersifat umum.

Sebagai jawapan terhadap kesilapan mereka, bahawa kalimah "Kullu" dalam ayat di atas menunjukkan erti umum, sebab angin itu menghancurkan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah untuk dihancurkan dan tidak segala sesuatu yang terdapat di dunia. Penjelasan ini berdasarkan tafsiran Ibn Jarir:

اِنَّمَا عَنَى بِقَوْلِهِ : { تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِاَمْرِ رَبِّهَا } مِمَّا اُرْسِلَتْ بِهَلاَكِهِ لاَنَّهَا لَمْ تُدَمِّْ هُوْدًا وَمَنْ كَانَ آمَنَ بِهِ

Sesungguhnya yang dimaksudkan Allah dengan firmanNya: Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya. Adalah bahawa angin menghancurkan segala sesuatu yang dikehendaki oleh Allah untuk dihancurkan. Sebab angin tidak menghancurkan Nabi Hud alaihis salam dan orang-orang yang beriman kepadanya". (Lihat: تفسير الطبرى (13/ 26-27))

Imam al-Qurtubi rahimahullah pula menafsirkan ayat di atas sebagai berikut:

اَيُّ كَلُّ شَيْءٍ مَرَّتْ عَلَيْهِ مِنْ رَجَالِ عَادٍ وَاَمْوَالِهَا

"Maksudnya, yang dihancurkan hanyalah segala sesuatu yang dilewati angin dari kaum 'Ad dan harta mereka". (الجامع لاحكام القرآن (16/206). Al-Qurtubi)

Begitu jugalah dengan pendapat para ulama tafsir yang lain tentang kalimah "Kullu" di ayat di atas. Oleh itu, menggunakan dalil bahawa kalimah "Kullu" dalam hadis tidak mengundang erti umum tidak dapat dijadikan hujjah sama sekali.

Syeikh Mulla Ahmad Rumi al-Hanafi amat tegas dalam perkara ini sehingga beliau berkata:

فَمَنْ اَحْدَثَ شَيْئًا يَتَقَرَّبُ بِهِ اِلَىاللهِ تَعَالَى مِنْ قَوْلٍ اَوْ فِعْلٍ ، فَقَدْ شَرَعَ مِنَ الدِّيْنِ مَا لَمْ يَاْذَنْ بِهِ اللهُ فَعُلِمَ اَنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ مَنَ الْعِبَادَةِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ تُكُوْنُ اِلاَّ سَيِّئَةً

"Sesiapa yang membuat perkara yang baru untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, baik dalam bentuk ucapan atau perbuatan, sesungguhnya dia telah membuat syariat dalam agama dengan bentuk ibadah keagamaan, ia adalah bid'ah yang keji". (Lihat: علم اصول البدع hlm. 101 Ali Hasan)
read more “Benarkah Bid'ah Terbahagi kepada Dua”

Jawapan kepada Allah berada Dalam badan/lebih dekat dari urat leher

Pertanya : Apakah Allah didalam badan kita atau hampir dengan kita iaitu"dimana-mana"  :

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [QS. Qaaf : 16].

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ

“Dan Kami lebih dekat dengannya daripada kamu” [QS. Al-Waqi’ah : 85].

Apakah ini menunjukkan bahwa Allah memang dekat dan “menyatu” dengan diri kita ?

Jawab : Makna kedekatan dalam dua ayat di atas tidaklah bermakna bahwa Allah menyatu dengan hambanya (Al-Hulul/Wahdatul-Wujud). Ini adalah aqidah bathil. Makna kedekatan dalam dua ayat tersebut adalah kedekatan malaikat terhadap manusia. Perinciannya adalah sebagai berikut :

  • Pada ayat pertama (QS. Qaaf : 16), sifat “dekat” dibatasi pengertiannya dengan penunjukkan ayat tersebut. Selengkapnya, ayat di atas lengkapnya berbunyi :

    وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ* إِذْ يَتَلَقّى الْمُتَلَقّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشّمَالِ قَعِيدٌ * مّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ


    “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkan (seseorang) melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” [QS. Qaaf : 16-18].

    Firman Allah [إِذْ يَتَلَقّى الْمُتَلَقّيَانِ] : “(yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya” ; adalah dalil yang menunjukkan bahwa yang dimaksud oleh ayat di atas adalah dekatnya dua malaikat yang mencatat amal.

  • Pada ayat kedua (QS. Al-Waqi’ah : 85), kata “dekat” di situ berkaitan dengan keadaan seseorang yang hampi dengan sakaratul maut. Padahal yang hadir dalam sakaratul-maut adalah para malaikat berdasarkan firman Allah ta’ala :

    حَتّىَ إِذَا جَآءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ تَوَفّتْهُ رُسُلُنَا وَهُمْ لاَ يُفَرّطُونَ

    “Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, malaikat-malaikat Kami akan mewafatkannya, dan malaikat-malaikat Kami itu tidakakan melalikan kewajibannya” [QS. Al-An’am : 61.

    Sehingga, …. kedekatan yang dimaksud adalah kedekatan malaikat maut yang diutus Allah untuk mencabut nyawa seorang hamba.

Adapun Allah adalah berada di atas langit dan bersemayam (istiwa’) di atas ‘Arsy, sebagaimana firman-Nya :

أَمْ أَمِنتُمْ مّن فِي السّمَآءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِباً فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ

“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit kalau Dia hendak menjungkir-balikkan bumi beserta kamu sekalian, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu berguncang” [QS. Al-Mulk : 16].

الرّحْمَـَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىَ

“Ar-Rahman (Allah) beristiwaa’ di atas ‘Arsy” [QS. Thaha : 5].

Dalam Shahih Bukhari di Bab Firman Allah : Wa kaana ‘Arsyuhu ‘alal-Maa’ Anas bin Malik menceritakan :

فكانت زينب تفخر على أزواج النبي صلى الله عليه وسلم تقول زوجكن أهاليكن وزوجني الله تعالى من فوق سبع سماوات

Adalah Zainab membanggakan dirinya atas istri-istri Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam, ia berkata : “Yang menikahkan kamu (dengan Nabi) adalah keluarga-keluargamu, sedangkan yang menikahkan aku adalah Allah ta’ala yang berada di atas tujuh langit”.

Dalam riwayat lain : Zainab binti Jahsy berkata :

إن الله أنكحني في السماء

“Sesungguhnya Allah telah menikahkan aku (dengan Nabi) dari atas langit” [HR. Bukhari 8/176].

Ibnu Mas’ud radliyallaahu ‘anhu berkata :

والعرش على الماء والله على العرش يعلم ما أنتم عليه

‘Arsy itu di atas air dan Allah di atas ‘Arsy. Ia mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan” [Dikeluarkan oleh Imam Thabrani dari Al-Mu’jamul-Kabiir nomor 8987, dengan sanad shahih]. Wallahu a’lam.

read more “Jawapan kepada Allah berada Dalam badan/lebih dekat dari urat leher”

Tuesday, 26 May 2009

Siri-1 Dimanakah ALLAH s.w.t/Hujjah Fitrah


Fitrah Manusia Mengakui Allah Di Atas Langit
Seluruh makhluk setiap kali berdo’a secara tabi’at dan jika hatinya adalah hati yang jernih (selamat) pasti akan mengangkat tangan ketika berdo’a lalu telapak tangannya diarahkan ke arah atas. Hal ini dilakukan dalam rangka merendahkan dirinya pada Allah. Inilah fitroh manusia, selalu menengadahkan tangannya ke arah atas ketika berdo’a. Lihatlah kisah berikut yang menceritakan bahwa fitroh manusia tidaklah mungkin mengingkari Allah berada di atas.

Diceritakan oleh Ibnu Abil ‘Izz bahwa Muhammad bin Thohir Al Maqdisi menceritakan bahwa gurunya Abu Ja’far Al Hamadzaniy hadir di majelis Al Ustadz Abul Ma’aliy Al Juwainiy –yang terkenal dengan Al Haromain-.

Al Juwainiy berbicara mengenai peniadaan sifat ‘uluw (ketinggian dzat bagi Allah). Beliau mengatakan, “Allah itu ada namun bukan di ‘Arsy. Allah sekarang ada sesuai dengan tempat-Nya.”

Lantas Abu Ja’far mengatakan,
“Sampaikanlah pada kami wahai guru, kenapa muncul keraguan dalam hati kami ini?” Seorang yang arif ketika berdo’a kepada Allah dengan menyaut : “Ya Allah”, pasti hatinya meyakini bahwa Allah berada di atas sana, hatinya tidak mungkin menoleh ke kanan dan ke kiri. Bagaimana kami menghilangkan keraguan yang terbetik dalam hati kami ini?

Setelah itu Abul Ma’aliy malah memukul (menampar) kepalanya, kemudian dia turun. Kemudian dia menangis. Lantas Abul Ma’aliy mengatakan, “Wahai Al Hamadzaniy, aku sebenarnya dalam keadaan bingung! Aku sebenarnya dalam keadaan bingung!”

Al Hamadzaniy memaksudkan bahwa ini adalah fitroh yang telah ditetapkan oleh Allah pada hamba-Nya yang mereka tidak dapati hal ini pada guru-gurunya. Mereka mendapati dalam hatinya ketika berdo’a pasti hatinya akan menghadap Allah yang berada di atas seluruh makhluk-Nya. (Syarh Al Aqidah Ath Thohawiyah, 2/445-446)
“Adapun secara fithroh: Allah Ta’ala telah menetapkan pada seluruh makhluk baik yang Arab maupun non Arab, sampai pun hewan ternak, mereka semua mengimani ketinggian Allah (di atas seluruh makhluk-Nya). Tidaklah setiap hamba mengarahkan do’anya atau menujukan ibadah kepada Rabbnya melainkan kita akan melihat dengan pasti bahwa mereka akan meminta pada Dzat yang berada di ketinggian dan orang-orang ini akan mengarahkan hati mereka ke langit. Dalam keadaan ibadah seperti ini tidaklah mungkin mereka menoleh ke kanan dan ke kiri. Tidaklah mungkin mereka berpaling dari konsekuensi fitroh ini kecuali orang yang telah disesatkan oleh setan dan hawa nafsu.” (Fathu Robbil Bariyyah, hal. 29)

Jadi, hanya orang yang keluar dari fitrohnya sajalah yang tidak meyakini Allah berada di atas langit, namun malah meyakini bahwa Allah berada di mana-mana.
Lihatlah sikap Abu Hanifah terhadap orang yang tidak meyakini bahwa Allah berada di atas langit.

Dari Abu Muthi’ Al Hakam bin Abdillah Al Balkhiy -pemilik kitab Al Fiqhul Akbar-, beliau bertanya pada Abu Hanifah mengenai orang mengatakan, “Saya tidak tahu Rabbku di atas langit ataukah di bumi.”

Imam Abu Hanifah lantas mengatakan, “Orang tersebut telah kafir karena Allah Ta’ala sendiri berfirman (yang artinya), ‘Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy’ dan ‘Arsy-Nya berada di atas langit.”

Orang tersebut mengatakan lagi, “Aku berkata bahwa Allah memang menetap di atas ‘Arsy.” Akan tetapi orang ini tidak mengetahui di manakah ‘Arsy, di langit ataukah di bumi.

Abu Hanifah lantas mengatakan, “Jika orang tersebut mengingkari Allah di atas langit (Arsy Allah di langit), maka dia kafir.” (Diriwayatkan oleh Al Faruq dengan sanad dari Abu Bakr bin Nashir bin Yahya dari Al Hakam. Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 135-136)

Itulah keyakinan yang benar bahwa Allah berada di atas langit dan bukan di mana-mana. Sebagaiman hal ini juga dikatakan oleh Imam Malik.

Dari Abdullah bin Ahmad bin Hambal ketika membantah paham Jahmiyah. Abdullah bin Nafi’ berkata bahwa Malik bin Anas mengatakan, “Allah berada di atas langit. Sedangkan ilmu-Nya berada di mana-mana, segala sesuatu tidaklah lepas dari ilmu-Nya.” (Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 138. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa riwayat ini shohih)
read more “Siri-1 Dimanakah ALLAH s.w.t/Hujjah Fitrah”

Siri-2 Dimana Allah s.w.t/Penerangan Aqidah Firaun Vs Aqidah MUsa a.s


Antara Aqidah Firaun dan Musa : Di mana Allah??Penolakan Ilmiah Kepada Hujjah zamihan .

Jika kita menanyakan kepada sebagian saudara kita mengenai di manakah Allah, maka muncul berbagai versi jawaban mengenai hal ini. Ada yang mengatakan bahwa Allah bersemayam di atas ‘Arsy. Ada pula yang mengatakan bahwa Allah ada di mana-mana. Ada pula yang mengatakan bahwa Allah ada di hati setiap insan.

Padahal senyatanya, jika kita menulusuri Al Qur’an, kita akan mendapati bahwa Allah sendiri telah menceritakan tentang keberadaannya bahwa Dia berada di atas ‘Arsy, di atas langit, di atas seluruh makhluk-Nya.

Ahmad bin ‘Abdul Halim Al Haroni rahimahullah mengatakan bahwa sebagian ulama besar Syafi’iyah mengatakan,

في القرآن ألف دليل أو أزيد تدل على أن الله عال على الخلق وأنه فوق عباده وقال غيره فيه ثلاثمائة دليل تدل على ذلك

“Di dalam Al Qur’an ada 1000 dalil atau lebih yang menunjukkan Allah berada di atas seluruh makhluk-Nya dan di atas seluruh hamba-Nya.” Selain mereka (ulama Syafi’iyah) mengatakan bahwa ada 3000 dalil yang menunjukkan hal ini. (Bayanu Talbisil Jahmiyah, 1/555)

Adapun di antara dalil Al Qur’an yang membicarakan hal ini adalah dalil tegas yang menyatakan Allah fis samaa’.

Menurut Ahlus Sunnah, maksud fis samaa’ di sini ada dua:

• Fi di sini bermakna ‘ala, artinya di atas. Sehingga makna fis sama’ adalah di atas langit
• Sama’ di sini bermakna ketinggian (al ‘uluw). Sehingga makna fis sama’ adalah di ketinggian

Dua makna di atas tidaklah bertentangan. Makna fis sama’ tidak boleh dipalingkan ke makna selain itu.

Contoh dalil tersebut adalah firman Allah Ta’ala,

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ

“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di (atas) langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersamamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?” (QS. Al Mulk 67:16)

Juga terdapat dalam hadits,

الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِى السَّمَاءِ

“Orang-orang yang penyayang akan disayang oleh Ar Rahman. Sayangilah penduduk bumi, niscaya (Rabb) yang berada di atas langit akan menyayangi kalian.” (HR. Abu Daud no. 4941 dan At Tirmidzi no. 1924. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Dalil lainnya adalah dalil yang menyatakan bahwa Allah menceritakan mengenai Fir’aun yang ingin menggunakan tangga ke arah langit agar dapat melihat Tuhannya Musa. Lalu Fir’aun mengingkari keyakinan Musa mengenai keberadaan Allah di atas langit. Allah Ta’ala berfirman,

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبَابَ (36) أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا

“Dan berkatalah Fir’aun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta“.” (QS. Al Mu’min 23:36-37)

Ibnu Abil ‘Izz mengatakan, “Barangsiapa yang mendustakan ketinggian Dzat Allah di atas langit yaitu dari golongan Jahmiyah, maka mereka termasuk pengikut Fir’aun. Sedangkan yang menetapkan ketinggian Dzat Allah di atas langit, merekalah pengikut Musa dan pengikut Muhammad.” (Syarh Al ‘Aqidah Ath Thohawiyah, 2/441)

Keyakinan ini juga merupakan keyakinan Imam Malik bin Anas, Imam Darul Hijroh. Dari Abdullah bin Ahmad bin Hambal ketika membantah paham Jahmiyah. Abdullah bin Nafi’ berkata bahwa Malik bin Anas mengatakan, “Allah berada di atas langit. Sedangkan ilmu-Nya berada di mana-mana, segala sesuatu tidaklah lepas dari ilmu-Nya.” (Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 138. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa riwayat ini shohih)

Sedangkan Imam Abu Hanifah bersikap keras terhadap orang yang mengingkari keberadaan Allah di atas langit.

Dari Abu Muthi’ Al Hakam bin Abdillah Al Balkhiy -pemilik kitab Al Fiqhul Akbar-, beliau bertanya pada Abu Hanifah mengenai orang mengatakan, “Saya tidak tahu Rabbku di atas langit ataukah di bumi.”

Imam Abu Hanifah lantas mengatakan, “Orang tersebut telah kafir karena Allah Ta’ala sendiri berfirman (yang artinya), ‘Allah menetap tinggi di atas ‘Arsy’ dan ‘Arsy-Nya berada di atas langit.”

Orang tersebut mengatakan lagi, “Aku berkata bahwa Allah memang menetap di atas ‘Arsy.” Akan tetapi orang ini tidak mengetahui di manakah ‘Arsy, di langit ataukah di bumi.

Abu Hanifah lantas mengatakan, “Jika orang tersebut mengingkari Allah di atas langit (Arsy Allah di langit), maka dia kafir.” (Diriwayatkan oleh Al Faruq dengan sanad dari Abu Bakr bin Nashir bin Yahya dari Al Hakam. Lihat Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 135-136)
Semoga Allah memberi taufik kepada kita sekalian agar memiliki aqidah yang benar. Amin Yaa Mujibas Saa’ilin.
read more “Siri-2 Dimana Allah s.w.t/Penerangan Aqidah Firaun Vs Aqidah MUsa a.s”

Siri-3 Dimanakah Allah/Penjelasan Hadis Muawiyah r.a

Takhrij Hadits Muawiyah bin Hakam as-Sulami : Jawapan Kepada Syubhat Orang Yang Mendhaifkan Hadits ini atau Mengit'tirabkan Hadis ini.

Mereka mengatakan bahawa takhrij hadits Muawiyah bin Hakam as-Sulami dinilai dhaif kerana sanadnya mengandungi kegoncangan. Jadi di sini saya bawakan hujah untuk menolak syubhat ini  -

عَنْ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِي: وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ قِبَلَ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ، فَاِذَا بَالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا، وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ، اَسَفُ كَمَا يَاْسَفُوْنَ. لَكِنَّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً، فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ. قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا؟ قَالَ : اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ؟ قَالَتْ: فِى السَّمَاءِ. قَالَ: مَنْ اَنَا؟ قَالَتْ: اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قَالَ: اَعْتِقُهَا فِاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

Daripada Muawiyah bin Hakam As-Sulami (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata: “Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya (peliharaannya). Dan aku adalah termasuk salah seorang anak Adam (keturunan adam) dari manusia kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka (memiliki rasa marah/tidak berpuas hati). Atas sebab itu (apabila kambingnya dimakan serigala) wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku pergi berjumpa Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya?” Jawab Rasulullah: “Bawalah wanita itu ke sini”. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah?” Dijawabnya: “Di langit”. Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Dijawabnya: “Engkau Rasulullah”. Maka baginda bersabda: “Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah”.”

Hadis ini melalui dua jalan (jalur periwayatan) sebagaimana berikut:

1 – Jalur Imam Malik: Dari Hilal bin Ali Abu Maimunah, dari Atha’ bin Yasar, dari Mu’awiyah bin Hakam as-Sulami.

Boleh disemak di dalam:

- al-Muwaththa’, 2/722, no. 8. oleh Imam Malik.
- ar-Risalah, no. 242. oleh Imam asy-Syafi’i, tahqiq Syaikh Ahmad Syakir.
- Sunan al-Kubra, oleh an-Nasa’i, sebagaimana di dalam Tuhfatul Asyraf, 8/427. oleh al-Mizzi.
- ar-Radd ‘Alal Jahmiyyah, no. 62. oleh Imam ad-Darimi.
- Kitabut Tauhid, m/s. 132. oleh Ibnu Khuzaimah, tahqiq Syaikh Khalil Haras.
- Sunan al-Kubra, 10/98, no. 19984. oleh al-Baihaqi.
- at-Tamhid, 9/69-70. oleh Ibnu Abdil Barr.

2 – Jalur Yahya bin Abi Katsir: dari Hilal bin Ali bin Abi Maimunah, dari Atha’ bin Yasar, dari Mu’awiyah bin Hakam as-Sulami.

Boleh disemak di dalam:

- al-Musnad, 5/448. oleh Imam Ahmad.
- Juz al-Qira’ah, m/s. 70. oleh al-Bukhari.
- Sunan Abu Daud, no. 931, 3282. oleh Abu Daud.
- Sunan al-Kubra, oleh an-Nasa’i, sebagaimana di dalam Tuhfatul Asyraf, 8/427. oleh al-Mizzi.
- Kitabut Tauhid, m/s. 132. oleh Ibnu Khuzaimah, tahqiq Syaikh Khalil Haras.
- Syarhus Sunnah, 3/237-239, no. 726. oleh al-Baghawi.
- al-Mu’jam al-Kabir, 19/398, no. 938. oleh ath-Thabrani.
- Shahih Muslim, no. 537.
- dan banyak lagi...

Hadis ini telah disepakati kesahihannya oleh seluruh ulama kaum muslimin. Ini adalah sebagaimana sebahagian ulasan yang dibawakan di bawah:

1 – Imam al-Baihaqi berkata: “Hadis ini sahih, dikeluarkan oleh Muslim.” (al-Asma’ wa Shifat, m/s. 532-533, cet. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)

2 – Imam al-Baghawi berkata: “Hadis ini sahih, dikeluarkan Muslim dari Abu Bakar bin Abi Syaibah dari Ismail bin Ibrahim dari Hajjaj.” (Syarhus Sunnah, 3/239, 9/247)

3 – Imam Ibnu Qudamah berkata: “Hadis ini sahih.” (Itsbat as-Shifat al-‘Uluw, m/s. 47)

4 – Imam adz-Dzahabi berkata: “Hadis ini sahih, dikeluarkan Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, dan imam-imam yang lainnya di dalam kitab-kitab mereka dengan memperlakukannya sebagaimana datangnya tanpa ta’wil dan tahrif. (al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, 1/249, tahqiq Abdullah bin Soleh al-Barrok)

5 – al-Hafiz Ibnu Hajar al’Asqalani berkata: “Hadis ini sahih, diriwayatkan oleh Muslim. ()Fathul Bari, 13-359

6 – Syaikh al-Albani berkata: “Hadis ini sahih dengan tanpa ada keraguan. Tidak ada yang meraguinya melainkan orang-orang yang jahil dan pendukung hawa nafsu.” (Mukhtashar al-‘Uluw, m/s. 82)

7 – Begitu juga Imam asy-Syafi’i yang telah jelas menggunakan hadis ini untuk berhujjah dan pegangan sebagaimana katanya:

“Dengan itu, Rasulullah memutuskan keimanan budak wanita (jariyah/hamba wanita) tersebut ketika ia mengakui bahawa Rabbnya di langit dan dia tahu tentang Rabbnya melalui sifat ‘uluw dan fauqiyah (di atas).” (al-Umm, asy-Syafi’i, 5/280. al-Manaqib, al-Baihaqi, 1/398)

Bahkan, ini hanyalah sedikit nukilan, hakikatnya begitu banyak lagi. Begitulah akan keabsahan hadis ini di sisi ahlus Sunnah wal jama’ah dari dahulu hingga kini.

Syubhat Ahlul Bid’ah Terhadap Hadis Ini:

Terdapat segolongan pihak yang menyatakan, “Hadis ini menimbulkan kesan yang membawa kepada penunjukkan Allah itu menetap di suatu tempat yang mana perkara ini adalah mustahil bagi-Nya dan mustahil pula diucapkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Jawabannya:

Apabila yang dimaksudkan “tempat” (makan) adalah yang tersirat di dalam benar fikiran mereka, iaitu setiap yang meliputi dan membatasi seperti langit, bumi, kursi, ‘Arsy, dan sebagaimnya, maka adalah benar perkara itu mustahil bagi Allah berdasarkan kesepakatan seluruh ulama Islam, kerana Allah tidak mungkin dibatasi dan diliputi oleh makhluk, bahkan Dia lebih besar dan Agung, bahkan kursi-Nya sahaja meliputi langit dan bumi. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang selayaknya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari Kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari sebarang apa yang mereka persekutukan.” (QS. az-Zumar 39: 67)

Begitu juga di dalam Shahih al-Bukhari, no. 6519 dan Muslim, no. 7050, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Allah menggenggam bumi dan melipat langit dengan tangan kanan-Nya, kemudian berfirman: Aku adalah raja, manakan raja-raja bumi?”

Ada pun apabila yang dimaksudkan adalah “tempat” sebagai sesuatu yang tidak meliputi yakni di luar alam semesta, maka Allah di luar alam semesta sebagaimana keberadaan-Nya sebelum menciptakan makhluk. Jadi, Allah di tempat yang bermakna kedua ini bukanlah makna pertama. (Rujuk: Muqaddimah Mukhtashar al-‘Uluw, m/s. 70-71. oleh al-Albani)

Yang menjadikan persoalan ini sehingga memeningkan (rumit) sebenarnya adalah kerana mereka menggunakan ilmu Kalam (falsafah/pemikiran) iaitu yang telah diserapkan ke dalam persoalan ini, sehingga mereka mengatakan kepada penganutnya: “Tidak dibolehkan mengatakan: “Allah di atas langit.” Kenapa? Kerana Allah tidak memerlukan tempat dan Allah tidak bertempat.” Kita katakan: Benar, Allah tidak memerlukan kepada tempat, tetapi perlu diketahui bahawa seseorang Muslim ketika meyakini bahawa Allah di atas langit bukanlah bermakna seperti seseorang di dalam bilik (kamarnya)! Kenapa? Kerana ini adalah tasybih (penyerupaan Allah dengan makhluk), sekali-kali tidak! (Rujuk: Minhaj Ahli Sunnah wal Jama’ah fil ‘Aqidah wal Amal, m/s. 134. oleh Abu Abdillah an-Nu’mani, m/s. 134)
read more “Siri-3 Dimanakah Allah/Penjelasan Hadis Muawiyah r.a”

Wednesday, 13 May 2009

Sukarnya Memilih Sebutir Permata Dicelahan Kaca

Memilih Calon Isteri Yang Dianjurkan Al-Quran Dan Sunnah ...dimanakah ia..setiap insan berharap iainya menjadi sebuah realiti sebagai perhiasan hidup...

Jika melihatkan kepada beberapa ayat Qur’an dan hadis-hadis yang sahih, di sana terdapat perintah atau saranan bahawa tempat wanita itu adalah di rumah. Di rumah wali-wali (ibu/bapa) mereka atau suami-suami mereka. Manakala dalam banyak hadis juga menjelaskan bahawa bolehnya wanita untuk keluar rumah itu adalah dengan ditemani mahramnya yang lelaki seperti abang, ayah, atau suami. Sekaligus menunjukkan bahawa tugas besar wanita itu adalah sebagai menguruskan hal-ehwal di rumah. Kepimpinan wanita difokuskan kepada pelbagai urusan dalam membantu suami menguruskan anak-anak, hak-hak suami, dan menjaga keharmonian dalam rumahtangga. Dari sini juga kita melihatkan betapa agama Islam ini benar-benar menjaga kebajikan dan kehormatan seorang muslimah.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (al-Ahzaab 33: 32)

“Wanita adalah penanggungjawab di dalam rumah suaminya dan kelak akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang ia pimpin.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Namun, keadaan yang sewajarnya menurut syari’at itu kelihatannya semakin lama semakin ditinggalkan oleh kebanyakan wanita zaman ini. Lantas, tidak hairanlah jika mereka dilanda dengan pelbagai fitnah dan cabaran. Walaubagaimanapun, dalam keadaan seperti yang terjadi pada hari ini, kesolehan para wanita tertentu masih dapat dilihat dalam banyak hal.

Berikut adalah merupakan sedikit perkongsian yang telah saya selidiki dan perolehi daripada beberapa buah buku yang mana dengan harapan boleh dijadikan rujukan sama ada buat si pemuda atau perempuan umumnya.

Kepada si lelaki, mungkin tulisan ini mampu menjadi rujukan dalam usaha membuat penilaian terhadap karektor seorang wanita yang baik yang harus dipilihnya.

Manakala, bagi seorang perempuan, mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri agar anda sentiasa tergolong dalam rangkaian dan barisan wanita yang solehah dan bakal dipilih oleh juga pemuda yang soleh. insyaALLAH...

Dalam persoalan ini,

Apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena karektor selainnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:


“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya.

Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.


“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)

Sahabat-sahabat yang saya sayangi, di sini ingin saya nyatakan bahawa faktor atau aspek kecantikan itu bukanlah tidak diperlukan. Tetapi yang ingin saya maksudkan adalah janganlah sehingga kita membataskan semata-mata keinginan kita kepada kecantikan, kerana ia bukanlah prinsip yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam persoalan pemilihan pasangan Isteri.

Dalam hal ini, Sheikh al-‘Azim Abad di dalam kitab
‘Annul Ma’buud Syarh Sunan Abi Daud, ada menyatakan bahawa yang sewajarnya dipilih adalah wanita yang baik agamanya dan memiliki adab yang baik agar kelak berupaya menjadi pertimbangan kepadanya dalam pelbagai urusan kehidupan, terutamanya dalam urusan rumahtangga. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. memerintahkan supaya mencari wanita beragama yang merupakan puncak kepada pencarian (keutamaan pilihan).

Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
“Maka Wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)

Sufyan ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38) dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat/
قَانِتَاتٌ” membawa maksud wanita yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”

Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:


“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))

Bertepatan dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran kesan pegangan agamanya.

Dari kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata:
“(Wanita yang septutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)

Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,


“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”

Abdullah bin Amru r.a. berkata:
“Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:

(iaitu) Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan. Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya. Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih)

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda:
“Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Begitulah sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri perihal keutamaan sikap penyayang pada seorang wanita. Dengan sifat inilah, anak-anak nantinya mampu dididik dengan baik dan penuh perhatian serta kasih sayang seorang ibu. Di sana, peranan ibu adalah suatu keutamaan yang besar sebagai pendidik awal setiap anak-anak yang dilahirkan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dari sinilah bermulanya jati diri anak-anak dibentuk untuk menjadi manusia yang baik di masa hadapan. Dengan gabungan faktor kesolehan seorang wanita yang di-adun dengan sikap amanah, berilmu dan kasih sayang seorang wanita, sudah pasti sesebuah rumahtangga mampu menjadi suatu medan atau institusi yang berkesan dalam melahirkan masyarakat yang islamic dan berdaya maju dari konteks tauhid, ubbudiyyah, mu’amalah, dan material.

Dari sifat yang penyayang juga, ia berupaya melahirkan sikap yang menyenangkan. Dan kriteria ini jugalah yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadisnya tadi, iaitu


“...yang menyenangkan apabila dipandang...”

Peribadi wanita yang bersifat menyenangkan ini apabila dipandang dan bergaul dengannya mampu menjadi penenang dan penunduk hati suami dan keluarga dalam pelbagai urusan rumahtangga. Sifatnya yang elok dipandang mampu mengawal hati suami dan kelak kepada anak-anak untuk sentiasa berperasaan suka dan mendamaikan suasana. Lantas melahirkan satu persekitaran yang harmoni di dalam sesebuah kekeluargaan.

Di samping sifat penyayang dan peribadi yang menyenangkan, faktor untuk mencari wanita yang mampu melahirkan anak yang baik atau faktor kesuburan juga adalah merupakan salah satu kriteria yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.


“Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur...”

Dari sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta, dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk:
Menjaga Kehormatan Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)

Dari sini juga, kita dapat melihat betapa besarnya peranan wanita kepada ummah dan masyarakat sejagat dalam membina ketamadunan dunia. Wanita sebenarnya adalah merupakan akar umbi dan tonggak kepada pelbagai kejayaan generasi manusia.

Jika dilihat kepada sirah di zaman nabi dan para sahabat. Ibu-ibu yang tempatnya di rumah yang mana kefahaman agamanya baik-baik, merupakan faktor yang yang menjadi tonggak kejayaan masyarakat pada zaman itu. Dari didikan seorang wanita yang solehah, lahirnya ramai sekali panglima-panglima perang yang gagah perkasa dan bijaksana dalam mengatur pelbagai strategi ketenteraan. Malah, mampu membina generasi yang handal di medan tempur dan melahirkan para syuhada yang ikhlas dan tulus perjuangannya kepada agama Allah. Dengan didikan para ibulah, lahirnya ramai golongan ulama atau ilmuan tersohor yang sentiasa disebut-sebut namanya sehingga kini.


“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Dari sini juga kita dapat melihat bagaimana terjalinnya hubungan antara kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan, keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.


“Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Anjuran Rasulullah s.a.w. yang seterusnya adalah difokuskan kepada gadis-gadis yang perawan/dara iaitu yang masih belum pernah berkahwin;

Ini adalah berdasarkan hadis Jabir bin Abdillah,
ia berkata: “Aku baru saja menikah.

Lalu Rasulullah bertanya: “Dengan siapa engkau menikah?”

“Dengan seorang janda.” Jawabku.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mengapa tidak dengan seorang gadis yang boleh engkau dapat bermain-main dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu.”

Atau dalam riwayat yang lain beliau mengatakan: “Yang ia boleh membuatmu tertawa gembira dan engkau boleh membuatnya tertawa gembira.”
(Hadis Riwayat Bukhari (111/240) & Muslim (11/1078))

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, di dalam Syarah Sahih Muslim (10/294): “Hadits ini menjelaskan tentang kelebihan menikahi gadis perawan/dara, dan menunjukkan bahawasanya menurut keutamaan menikahi mereka adalah lebih baik.”


Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Nikahlah dengan gadis perawan, kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya, dan lebih redha dengan yang sedikit.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, (no. 1861) di dalam kitab an-Nikah)

Dalam persoalan ini, dapat dibezakan di antara wanita yang janda dengan yang gadis kerana mungkin sahaja wanita yang janda ini sudah memiliki anak yang perlu dijagai dan memerlukan lebih perhatian kepada anaknya. Selain itu, mungkin juga dia sudah beberapa kali hamil dan akan memiliki kebarangkalian keletihan untuk hamil lagi dan memiliki hasrat untuk tidak mahu memiliki anak lagi. Mungkin juga ia mampu mengganggu hubungan seksual suami dan isteri kerana kebiasaannya wanita yang berstatus janda tidak cukup dengan hubungan/layanan yang sedikit. Berbeza dengan gadis yang masih belum pernah berkahwin, ia lebih mudah terangsang dan redha dengan layanan yang sedikit. (Rujuk:
Indahnya Menikah ‘Ala Sunnah Nabi, Amru Abdul Mun’im Salim, Daar an-Naba’, m/s. 52)

Akhir sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini tadi,

“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya).” (an-Nisa’ 4: 34)

Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:


“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (an-Nuur 24: 3)

Dalam suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq). Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali Ibnu Majah)

Ini antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan)
,“wanita yang apabila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”

Manakala menurut Hasan al-Basri rahimahullah;
“Tidaklah halal dinikahi wanita penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)

Adapun begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.
: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)

Dan daripada firman Allah s.w.t.:


"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)

Shilah bin Asyyam rahimahullah berkata
: “Tidak mengapa menikah keduanya samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga adalah dengan wanita yang buruk pula.(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)

Sebagai kesimpulan, membuat pilihan calun isteri bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun. Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang berhubungan dengan harmoni.

Antara ciri-ciri yang lain bagi calun isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.


“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:


“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

sumber-http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
read more “Sukarnya Memilih Sebutir Permata Dicelahan Kaca”

Empat cara Berdasarkan Hadis Sahih Nabis.aw Memberi Salam Lepas Solat


Diwajibkan menutup (mengakhiri) setiap solat dengan salam. Kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:


تَحْلِيْلُهَا التَسْلِيْمُ

“Dihalalkan setelah mengakhirinya (solat) dengan mengucapkan salam”. (Hadis Riwayat al-Hakim dan Az-Zahabi, dan disahihkan oleh keduanya)

Apabila melakukan atau mengucapkan salam, hendaklah mencontohi cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Berdasarkan hadis-hadis yang dibawakan ini menunjukkan ada empat (4) cara/kaedah dalam melaksanakan amalan salam yang dicontohkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bagi mengakhiri solat baginda iaitu
:

1 - Pertama: Mengucapkan السلام عليكم ورحمة الله semasa menoleh ke kanan dan mengucapkan dengan ucapan yang sama semasa menoleh ke kiri.


كَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِيْنِهِ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، حَتَّى يُرَى بَيَاضُ خَدِّهِ اْلاَيْمَنِ ، وَعَنْ يَسَارِهِ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحَمَةُ اللهِ ، حَتَّى يُرَى بَيَاضِ خَدِّهِ اْلاَيْسَرِ

“Baginda mengucapkan salam dengan berpaling ke arah kanan seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, sehingga terlihat pipi kanannya yang putih. Kemudian berpaling ke arah kiri seraya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, sehingga kelihatan pipi kirinya yang putih”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasaii dan Tirmizi)

2 - Kedua: Menambah وبركاته “Wabarakatuhu” semasa menoleh ke kanan. Dan hanya السلام عليكم ورحمة الله semasa menoleh ke kiri tanpa menambah “warahmatullahi wabarakatuh”.

“Ada kalanya pada bacaan salam yang pertama baginda menambah ucapan: Wabarakatuh”. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, at-Thabrani, Darquthni dan Abdur Razzaq)

3 - Ketiga: Mengucapkan السلام عليكم ورحمة الله semasa menoleh ke kanan dan hanya mengucapkan السلام عليكم semasa menoleh ke kiri.


كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا قَالَ عَنْ يَمِيْنِهِ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ ، اِقْتَصَرَ ، اَحْيَانًا عَلَى قَوْلِهِ عَنْ يَسَارِهِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

“Ketika baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpaling ke kanan, baginda terkadang mengucapkan: As-salamu ‘alaikum wa-rahmatullah, dan ketika berpaling ke kiri hanya mengucapkan: As-salamu ‘alaikum”. (Hadis Riwayat Nasai’i, Ahmad dan Siraj dengan sanad yang sahih)

4 - Keempat: Hanya menoleh sedikit ke kanan lantas mengucapkanالسلام عليكم dan sama sekali tidak menoleh ke sebelah kiri dan pula tidak mengucapkan salam.


اَحْيَانًا كَانَ يُسَلِّمُ تَسْلِمَةً وَاحِدَةً : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ . تِلْقَاءَ وَجْهِهِ يَمِيْلُ اِلَى الشِّقِّ اْلاَيْمَنِ شَيْئًا اَوْقَلِيْلاً

“Terkadang baginda mengucapkan salam sekali sahaja dengan ucapan: As-salamu ‘alaikum, dengan sedikit memalingkan wajahnya ke kanan”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu ‘Awanah, Siraj, Ibnu Khuzaimah dan at-Thabrani)
read more “Empat cara Berdasarkan Hadis Sahih Nabis.aw Memberi Salam Lepas Solat”

Tuesday, 12 May 2009

Cara Sahih Nabi s.a.w Meletakkan Tangan ketika Solat

Perintah Bersedekap Dan Meletakkan Tangan Di Dada

1 - Dari Sahl bin Sa’ad, dia berkata:

“Orang-orang diperintahkan untuk meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas lengan kirinya dalam solat.” (Hadis Riwayat oleh Malik di dalam Kitab al-Muwaththa’, 1/174. Darinya diriwayatkan juga oleh al-Bukhari, 2/178. Juga diriwayatkan oleh Imam Muhammad dalam al-Muwaththa’, 156. Ahmad, 5/336. Dan al-Baihaqi, 2/28)

“Suatu ketika, Nabi pernah melewati seseorang yang sedang solat, tetapi orang ini meletakkan tangan kirinya pada tangan kanannya (tangan kiri menggenggam tangan kanan, ed.), lalu beliau s.a.w. meleraikannya, kemudian orang itu meletakkan tangan kanannya pada tangan kirinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, dan Abu Daud dengan sanad yang sahih. Lihat dalam kitab Sifat Solat Nabi, oleh Sheikh al-Albani)

2 – Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu (r.a.), dia mengatakan bahawa aku pernah mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.) bersabda:

“Sesungguhnya kami, golongan para Nabi, telah diperintahkan untuk menyegerakan berbuka, mengakhirkan sahur, dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri dalam solat.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dalam kitab Shahiihnya, 885 – Mawaarid. Ath-Thabrani di dalam kitab Mu’jam al-Kabir, 10851, dan al-Ausath, 1/10-11. Dan dari keduanya diriwayatkan oleh adh-Dhiya’ al-Maqdisi di dalam kitab al-Mukhtaarah, 63/10/2)

Menurut Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, hadis ini sahih bertepatan dengan syarat Muslim dan dinilai sahih oleh as-Suyuti di dalam kitab Tanwiir al-Hawaalik, 1/174.

3 – Dari Thawus, dia berkata:

“Rasulullah s.a.w. biasa meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya lalu menekankan keduanya pada dadanya ketika beliau sedang solat.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, 1/121, dengan sanad yang jayyid. Menurut Sheikh al-albani, walaupun hadis ini mursal, namun ia adalah hujjah bagi semua orang. Malah jumhur ulama berhujjah dengan hadis mursal. Adapun yang tidak berhujjah dengannya kecuali jika diriwayatkan secara maushul atau yang memiliki atau memiliki beberapa syahid (penguat), itulah yang benar. Dan hadis ini sendiri memiliki syahid)

Dari Wa’il bin Hujr:

“Bahawasanya dia melihat Nabi s.a.w. meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya dan kemudian meletakkan keduanya pada dadanya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah di dalam Kitab Shahiihnya, sebagaimana disebutkan di dalam kitab Nashbur Raayah, 1/314. Diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi di dalam kitab Sunannya, 2/30 melalui dua jalan yang masing-masing saling memperkuat yang lainnya)

Dari Qabishah bin Hulb, dari ayahnya, dia bercerita:

“Aku pernah menyaksikan Nabi s.a.w. berpaling ke kanan dan ke kiri. Aku juga menyaksikan beliau meletakkan yang ini di atas dadanya. Yahya (Ibnu Sa’ad) menjelaskan peletakkan tangan kanan pada tangan kiri di atas pergelangan tangan.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, 5/226, dengan sanad yang para perawinya tsiqah, termasuk perawi Muslim selain Qabishah ini. Al-Ijli dan Ibnu Hibban telah menilainya tsiqah, tetapi tidak ada yang meriwayatkan darinya selain Simak bin Harb. Ibnu al-Madini dan an-Nasa’i berkata, “Majhul (tidak dikenali)”, sedangkan di dalam kitab at-Taqriib disebutkan bahawa dia berstatus maqbul)

Menurut Sheikh al-Albani, “Hadis seperti ini termasuk hadis hasan jika disertai syawahid. Oleh kerana itu, setelah men-takhrij untuknya dari hadis tentang pemegangan tangan kiri dngan tangan kanan ini, at-Tirmidzi berkata, “Hadis ini hasan”. Adapun peletakan tangan di bawah pusat, menurut kefahamanku, hal tersebut adalah dhaif, sebagaimana yang diungkapkan oleh an-Nawawi, az-Zaila’i, dan yang lainnya.” (Rujuk: Ahkamul Janaiz wa Bid’a’uha, m/s. 269)

Kesimpulan:

1 – Cara bersedekap adalah dengan cara tangan kanan menggenggam tanga kiri pada tempat pergelangan atau pun lengan.

2 – Jari-jari tangan kanan pada keadaan menggenggam tangan kiri pada tempat pergelangan tangan atau lengan kiri.

3 – Kedudukan sedekap (tangan kanan yang menggenggam tangan kiri) adalah diletakkan pada bahagian dada.

Menurut Sheikh Ibnu al-Utsaimin, “Itulah dua cara yang tersebut, iaitu yang pertama penggenggaman (tangan kanan menggenggam tangan kiri) dan yang kedua adalah perletakan (di dada).” (Lihat: Kitab asy-Syarhul Mumti’ ‘alaa Zaadil Mustaqni’, 3/193, oleh Sheikh Muhammad Sholeh al-‘Utsaimin)
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
read more “Cara Sahih Nabi s.a.w Meletakkan Tangan ketika Solat”

Monday, 11 May 2009

Apa Kata Bible Dan Quran Tentang Isa

Apa itu kepercayaan Trinity?

Secara ringkasnya, kepercayaan Trinity ialah suatu bentuk kepercayaan (iqtiqad) yang mempercayai bahawa Tuhan itu tiga (ada tiga tuhan). Iaitu terdiri daripada Tuhan Ayah (Father - Allah), Tuhan Anak (Jesus Christ), dan Ruhul Qudus (Ruh yang suci).

Di samping itu, Jesus Christ yang dimaksudkan oleh kepercayan ini adalah nabi Isa. Mereka (penganut Kristian) menganggap nabi Isa sebagai tuhan anak (anak tuhan) iaitu salah satu daripada tiga tuhan yang dimaksudkan...

Kepercayaan ini terdapat di dalam majority mazhab kristian. Baiklah, kita cuba teliti apa kata al-Qur’an dan bible sendiri berkenaan kepercayaan ini...

Al-Qur’an dan Bibile Menolak Kepercayaan Trinity:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Maidah: 73)

And one of the scribes came, and heard them questioning together, and knowing that he had answered them well, asked him, What commandment is the first of all? Jesus answered, The first is, Hear, O Israel; The Lord our God, the Lord is one. (Mark – 12: 28-29, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Nabi Isa Sebenarnya Adalah Salah Seorang Rasul Allah:

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". (as-Saff: 06)

And when he was come into Jerusalem, all the city was stirred, saying, Who is this? And the multitudes said, This is the prophet, Jesus, from Nazareth of Galilee. (Matthew – 21: 10-11, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Nabi Isa (Jesus) Menyatakan Hanya Allah Yang Wajib Disembah Di Dalam Bible:

Then saith Jesus unto him, Get thee hence, Satan: for it is written, Thou shalt worship the Lord thy God, and him only shalt thou serve. (Mark – 4: 10, Bible Software, American Standard Version (ASV), Keluaran BibleOcean.com)

Seruan al-Qur’an Kepada Ahli Kitab (Yahudi Dan Kristian):

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. (al-Maidah: 15)

Wahai ahli Kitab! mengapa kamu campur adukkan Yang benar Dengan Yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (Ali Imran: 71)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam". (Ali Imran: 64)

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
read more “Apa Kata Bible Dan Quran Tentang Isa”

Sunday, 10 May 2009

Menyinari Cara Korban Nabi s.aw Yang Sahih


Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadat kita diterima atau ditolak oleh Allah S.W.T... Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah. Kaedah yang dimaksudkan adalah setiap amal ibadat yang tersebut (yang hendak dilaksanakan) hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Sekiranya kedua-dua syarat yang telah digariskan di atas atau salah satu darinya tidak dipenuhi, maka amal ibadat tersebut dianggap terbatal. Firman Allah S.W.T:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, 2)

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.h:

"Maksud 'amalan yang lebih baik' ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” (Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258)

Tambahan pula Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang terbaik kepada seluruh umat Islam. Hal ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab, 21)

Begitu juga menurut suatu hadis riwayat Muslim, maksudnya:

“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan menurut cara kami (yang tsabit) maka ia adalah tertolak.” (Sahih Muslim, 1718)

Oleh itu sewajarnya dalam melaksanakan ibadat korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya untuk mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

Pertamanya, dalam persoalan hukum ibadah korban ini, para ulama telah berselisih pendapat dalam hal kewajiban penyembelihan binatang korban. Tetapi menurut pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah hukumnya wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Lihat: احكام العيدين hlm. 26. Ali Hasan Ali Abdul hamid) Ini bermakna setiap muslim yang berkemampuan wajib menunaikan kewajipan korban di setiap kali menjelangnya Aidil Adha (Hari Raya Korban).

Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai solat Hari Raya ‘Idil Adha atau di hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Janganlah sekali-kali salah seorang antara kamu menyembelih korban, sehinggalah selepas selesai solat (Aidil Adha)”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Allah Azza wa-Jalla telah memerintahkan agar orang-orang beriman berkorban setelah menjelangnya ‘Idil Adha (Hari Raya Korban). Kewajipan berkorban telah disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Umat Islam diperintahkan agar mengikut millah (agama) Nabi Ibrahim sebagaimana seruan Allah Azza wa-Jalla di dalam firman-Nya:

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu hendaklah mengikut millah (syariat) Ibrahim yang berdiri teguh atas jalan yang benar, dan bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah”. (An-Nahl, 123)

Perintah Allah Tabaraka wa-Ta’ala menunjukkan tentang wajibnya berkorban, sehingga Nabi Ibrahim ‘alaihis salam sanggup menyembelih anak kesayangannya kerana mentaati dan menunaikan perintah Allah Azza wa-Jalla kepadanya. Allah berfirman:

“Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai pada umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab: Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang benar!”. (As-Saffat, 37:102)

Jika Nabi Ibrahim ‘alaihis salam sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang, Nabi Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tak ternilai kerana taat menunaikan perintah Allah dan cintanya kepadaNya, maka dimana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman terhadap Rabbnya, mengapa tidak mengorbankan sedikit dari hartanya, iaitu dengan menyembelih seekor binatang korban di ‘Idil Adha.

DALIL-DALIL MENUNJUKKAN TUNTUTAN BERKORBAN

Antara dalil-dalil syara’, fatwa dan pendapat para ulama Salaf as-Soleh (generasi awal) yang menyatakan bahawa berkorban hukumnya jatuh kepada wajib apabila ada kemampuan ialah:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”. (Al-Kausar, 2)

Menurut Rabi’ah, Al-Auza’i, Abu Hanifah, al-Laith dan sebahagian para pengikut Malikiyah bahawa berkorban hukumnya adalah wajib bagi setiap ahli keluarga yang mampu. (Lihat: (1). Bidayah al-Mujtahid. 1/314. Ibn Asyd. (2). Al-Fikhul Islami wa-Adillatuhu. Juz 3/595-597. Dr. Wahbad az-Zuhaili) Antara dalil-dalil mereka yang menunjukkan wajibnya berkorban kepada sesiapa yang berkemampuan ialah:

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”.

“Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menetap (mukim) di Madinah selama sepuluh tahun, baginda tetap menunaikan korban”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

“Di masa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setiap seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya”. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis ini disahihkan juga oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau))

“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)

Telah dijelaskan dalam kitab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:

“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”. (Lihat: Subulus Salam, 4/169)

“Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah berkorban untuk orang yang belum berkorban dari umatnya dengan seekor kambing kibasy”. (Hadis Riwayat al-Barra’ bin Azib)

“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di salah satu perjalanan (safar), kemudian tiba Hari Raya Korban, maka kami berkongsi tujuh orang pada seekor lembu dan sepuluh orang pada seekor unta”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi, 1213. Dan disahihkan oleh al-Albani)

“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Hudaibiyah, iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Imam Malik rahimahullah berkata:

“Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum berkorban adalah sunnah, bukan wajib. Inilah antara pendapat Imam Syafie rahimahullah. Namun setiap kata-kata dan pendapat boleh diterima dan ditolak, kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.

WAKTU MULA MENYEMBELIH KORBAN

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat Hari Raya. Tidak dihukum sebagai ibadah korban bagi sesiapa yang menyembelih sebelum selesainya solat Aidil Adha. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Baginda bertanya apakah (disembelih) sebelum solat? Ia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Itu adalah daging kambing (sedekah) yang bukan kambing korban”.

“Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Hari Raya Korban) ialah kita solat, kemudian menyembelih (binatang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendpatkan sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun”. (Hadis Riwayat Muslim, 1961)

“Barangsiapa yang menyembelih sebelum kami bersolat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya”.

“Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (solat Hari Raya), maka hendaklah dia mengulanginya”. (Hadis Riwayat Bukhari, kitab Al-Adahi, 5561. Muslim, 1962)

“Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang menyembelih sesudah solat dan dua khutbah, maka sesungguhnya sempurnalah ibadahnya dan tepatlah menurut sunnah orang-orang Islam”. (Hadis Riwayat Bukhari)

HARI UNTUK MELAKSANAKAN BERKORBAN

Hari yang diizinkan menyembelih korban ialah hanya pada hari hari Tasyriq, iaitu sampai terbenamnya matahari diakhir hari Tasyriq. Demikianlah dari Ali bin Abi Talib, pendapat mazhab Hanafiah dan mazhab Syafi’eyah. (Lihat: Subulus Salam) Malah Imam Ahmad berpendapat seperti itu kerana beliau berkata:

“Ini adalah pendapat lebih dari satu sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Al-Atsram menyebutkan antara mereka ialah: Ibnu Umar dan Ibnu Abbas radiallahu anhuma”. (Lihat: Zaadul Ma’ad. 2/319)

Pendapat mereka ini ialah berpandukan kepada hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Pada semua hari-hari Tasyriq adalah hari sembelihan (korban)”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/8. Ibnu Hibban dan al-Baihaqi. Disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth. Lihat: Zaadul Maadm, 11/318, Ibnul Qaiyim. Dan dihasankan oleh Sheikh Ali Hasan Abdul Hamid. Lihat: Ahkamul Iedain)

“Dari Ibnu Umar berkata: Berkorban dua hari setelah hari Adha Masuk Hari Raya)”. (Hadis Riwayat imam Malik)

Sesiapa yang menyembelih dengan niat untuk berkorban selepas hari-hari yang dinyatakan di atas, iaitu setelah berlalunya hari Tasyrik, maka tidak lagi terhitung sebagai ibadah korban, kerana hari Tasyriq telah luput, maka sembelihannya hanya dikira sebagai sedekah, tidak dihukum sebagai ibadah korban.

ADAKAH BATAS UMUR BAGI HAIWAN QORBAN?

Harus mencapai usia Musinnah dan Jadza’ah

“Janganlah kalian menyembelih kecuali setelah mencapai usia musinnah (usia yang cukup bagi unta, lembu, dan kambing). Namun apabila mengalami kesukaran, maka sembelihlah binatang yang telah mencapai usia jadza’ah (usia yang cukup) dari domba (kibas).” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh kerana tidak ada ketentuan syar’i berkenaan batasan usia, maka terjadilah perbezaan pendapat di kalangan ulama. Akan tetapi pendapat yang paling banyak dipilih dari kalangan mereka adalah sebagaimana berikut; Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kambing 1 tahun, dan kibas (domba) 6 bulan. Pendapat ini dipilih oleh Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah di dalam asy-Syarhul Mumti’, 7/460.

HAIWAN YANG TIDAK CACAT

Haiwan yang ingin dijadikan korban tidak boleh cacat atau ada kekurangan, seperti kurus, pincang (tempang), berpenyakit, buta walau sebelah mata, hilang telinga, tanduk atau kakinya. Syarat-syarat ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Empat (jenis binatang) yang tidak dibolehkan dalam berkorban: Buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang (pincang) yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim)

HADIS-HADIS LEMAH DALAM HAL INI 

Hadis-hadis di bawah ini adalah hadis-hadis lemah. Walaupun sebahagian besar masyarakat Islam masih mengamalkan dan menerimanya sebagai hujjah dalam menunaikan ibadah korban, namun yang sebenarnya ia sama sekali tidak boleh dijadikan dalil/hujjah dan tidak boleh diamalkan untuk beribadah korban. Antara hadis-hadis berikut ialah:

“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang dari musfarah, al-musta’salah, al-bakhqaa’, al-musyaya’ah dan al-kasirah. Al-musfarah ialah yang dihilangkan telinganya dari pangkalnya. Al-musta’salah ialah yang hilang tanduknya dari pangkalnya, al-bukhqaa’ ialah yang hilang penglihatannya dan al-musyaya’ah ialah yang tidak dapat mengikuti kelompok kambing kerana kurus dan lemahnya, dan al-kasirah ialah yang tidak berlemak”. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam Dhaif Abu Daud, no 599. Hlm 2/4)

“Saya membeli seekor kambing untuk berkorban, lalu serigala menerkamnya dan membaham punggungnya, kemudian aku tanyakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, baginda bersabda: berkorbanlah dengannya”. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Lihat: Daif Ibnu Majah no. 679)

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menegah seseorang berkorban dengan binatang yang terpotong tanduk dan telinganya”. (Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, hadis in adalah mungkar. Lihat: Irwa’ul Galil 4/1149)

Oleh kerana hadis-hadis di atas adalah lemah, maka binatang yang sengaja dipotong tanduknya, ekornya atau diberitanda (ditindik) di telinganya kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka ia dibolehkan untuk dijadikan binatang korban.

Adapun binatang yang cacat sejak dilahirkan, dicacatkan tanpa ada sebab atau dicacatkan oleh gigitan binatang buas, maka ia tidak boleh dijadikan ibadah korban.

PERKARA-PERKARA YANG SUNNAH

Ada beberapa perkara yang disunnahkan bagi mereka yang melakukan korban, antaranya:

1 - Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)

“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi rahimahullah:

“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)

Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah:

“Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau terlupa”. (Lihat: Al-Mughni 11/96)

2 - Makan daging sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih:

“Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (Al-Haj, 22:28)

“Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Makanlah (dagingnya), simpanlah (jika ada yang lebih) dan bersedekahlah”. Hadis Riwayat Bukhari 5569. Muslim 197)

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan aku untuk menyemblih binatang korbannya dan membahagi-bahagikan dagingnya, kulitnya dan alat-alat yang melindungi tubuhnya. Dan tidak memberi (sebagai upah) tukang sembelih sedikitpun dari korban tersebut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut pendapat jumhur ulama, setiap yang bermanfaat yang datangnya dari tubuh binatang korban tidak boleh diperjualbelikan. Tukang sembelih yang diupah untuk menyembelih tidak mendapat daging korban dan tidak boleh diupah dengan daging korban, tetapi yang dia dapat hanyalah upah dari yang berkorban sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis di atas.

3 - Disunnahkan bagi yang berkorban menyembelih sendiri binatang sembelihannya, atau mewakilkan kepada orang lain (Lihat: أحكام العيدين hlm. 77. Sheikh Ali Hasan al-Halaby) jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.

Untuk memperlihatkan syi’ar Islam, maka disunnahkan agar menyembelih di musalla (di tanah lapang yang digunakan untuk solat). Ini berdalilkan hadis dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhu dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di Musalla”. (Hadis Riwayat Bukhari)

MENYEMBELIH SECARA SUNNAH

Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam, tidak boleh menggunakan pisau yang diperbuat daripada tulang. Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar (بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ). Baringkanlah binatang korban pada sebelah sisi kirinya agar mudah memEgang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri, sebagaimana hadis Rasulullah:

“Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyembelih dua ekor kibasy yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih, maka disyariatkan agar mencontohi cara atau sifat penyembelihan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, iaitu membaca “Bismillahi Allahu Akbar”, kerana menurut riwayat yang sahih baginda membacanya ketika menyembelih binatang korban. Antara hadis-hadis yang menjelaskan demikian ialah:

“Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya. Dan barangsiapa yang belum memyembelih hingga kami selesai solat, maka hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah (بسم الله)”. (Hadis Riwayat Bukhari no 5562. Muslim no 1960)

“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Aku bersolat ‘Idil Adha bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setelah selesai solat, didatangkan kepadanya seekor kibas, maka baginda menyembelihnya dan membaca: Bismillahi Wallaahu Akbar”. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

TIDAK MEMBERIKAN DAGING KURBAN SEBAGAI UPAH

Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: “Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” (Hadis Riwayat Muslim, 1317)

SATU SEMBELIHAN UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA 

Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya, untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis:

“Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan dimasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi makan dari korban tersebut”. (Hadis Rriwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan al-Baihaqi. Dengan sanadnya yang hasan)

Namun, tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing setiap seorang. Wallahu ‘alam, walhamdulillahi, was-shalatu was-salamu ‘ala Rasulullah.
read more “Menyinari Cara Korban Nabi s.aw Yang Sahih”

Kafarat Dan Fidyah Berbuka Puasa Dari As-sahih


Kafarat

Berikut adalah hadis yang menjadi dalil berkenaan kafarat dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu,

“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))

1. Kafarat Bagi Laki-Laki yang Menjima' Isterinya

Telah disampaikan berkenaan hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkenaan laki-laki yang menjima’ (menyetubuhi) isterinya di siang hari dalam bulan Ramadhan bahawa dia harus mengqadha puasanya dan sekaligus membayar kafarat iaitu dengan membebaskan (memerdekakan) seorang budak, jika tidak mampu maka dia wajib berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu maka dia wajib memberi makan enam puluh orang miskin.

Ada yang mengatakan bahawa kalimat kafarat jima’ itu boleh dipilih secara tidak tertib (iaitu tanpa mengikut turutan seperti yang dijelaskan dalam hadis Abu Hurairah). Akan tetapi, mereka yang berpendapat agar ianya mengikut tertib (sesuai urutannya) lebih ramai. Ini adalah kerana riwayat yang dipegang dan digunakan lebih rajih, kerana perawinya lebih banyak jumlahnya dan padanya terdapat kelebihan ilmu, mereka sepakat menyatakan tentang batalnya puasa kerana jima’. Tidak pernah terjadi hal seperti ini dalam riwayat-riwayat lain, dan orang yang berilmu menjadi hujjah atas yang tidak berilmu. Dan hujah yang menyatakan perlunya mengikut tertib itu adalah lebih selamat. Yang menganggap lebih rajih berkenaan perlunya mengikut tertib disebabkan dengan tertib sudah cukup sebagaimana di dalam hadis, sama ada bagi yang menyatakan boleh memilih atau tidak, berbeza dengan sebaliknya.

2. Gugurnya Kafarat

Barangsiapa yang telah wajib membayar kafarat, namun tidak mampu membebaskan seorang budak atau pun berpuasa (dua bulan berturut-turut) dan juga tidak mampu memberi makan (enam puluh orang miskin), maka gugurlah kewajibannya membayar kafarat tersebut, kerana tidak ada beban syari'at kecuali jika ada kemampuan. Allah berfirman:

“Allah tidak membebani jiwa kecuali mengikut kemampuannya.” (al-Baqarah, 2: 286)

Dan dengan dalil Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menggugurkan kafarat dari orang tersebut, ketika mengkhabarkan kesulitannya dan memberinya satu wadah kurma untuk diberikan kepada keluarganya.

3. Kafarat Hanya Bagi Laki-Laki

Seorang wanita tidak ditsabitkan dengan kewajiban membayar kafarat, karena ketika dikhabarkan kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkenaan perbuatan yang terjadi di antara seorang laki-laki dengan isterinya tersebut, beliau Shalallahu ‘alaihi wa Sallam hanya mewajibkan satu kafarat saja, Wallahu a'lam.

Fidyah

1. Bagi Siapa Fidyah Itu?

Bagi ibu yang hamil dan yang menyusui anak, jika khuwatir (bimbang) terhadap keadaan dirinya mahu pun anaknya, maka dia dibolehkan untuk berbuka dan memberi makan setiap harinya seorang miskin, dalilnya adalah firman Allah:

“Dan orang-orang yang tidak mampu berpuasa hendaknya membayar fidyah, dengan memberi makan seorang miskin (bagi setiap hari yang ditinggalkannya).” (al-Baqarah, 2: 184)

Berdasarkan penggunaan dalil tersebut, bahwasanya ayat ini adalah khusus bagi orang yang sudah tua/uzur (sama ada laki-laki atau pun perempuan), orang sakit yang tidak ada harapan kesembuhannya, ibu yang hamil dan menyusui anak, jika dia bimbang terhadap keadaan diri dan anaknya. Ia adalah sebagaimana penjelasan Ibnu Abbas dan Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhum.

2. Penjelasan Ibnu Abbas Rhadiyallahu anhuma

Ada riwayat dari Ibnu Abbas yang menegaskan bahwa ayat ini tidak dimansukhkan dan ini berlaku (sah) bagi laki-laki atau pun wanita yang sudah tua dan bagi orang yang tidak mampu berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan setiap hari seorang miskin (mengikut jumlah hari puasa yang ditinggalkannya). (Hadis Riwayat al-Bukhari (8/135))

Oleh kerana itulah Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma dianggap menyelisihi jumhur para sahabat atau pendapatnya saling bertentangan, lebih khusus lagi jika kita mengetahui bahawasanya beliau menegaskan adanya mansukh. Dalam riwayat lain (disebutkan):

“Diberi rukhsah bagi laki-laki dan perempuan yang sudah tua yang tidak mampu berpuasa, hendaklah bebuka sekiranya mahu, atau memberi makan seorang miskin dan tidak ada qadha’.”

Kemudian dimansukh oleh ayat:

“Kerana itu barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.” (al-Baqarah, 2: 185)

Telah sahih bagi datuk dan nenek yang sudah tua jika tidak mampu berpuasa, ibu yang hamil dan menyusui anak yang bimbang kepada keadaan keduanya (anak dan dirinya) untuk berbuka, kemudian memberi makan setiap harinya (jumlah hari yang ditinggalkan) seorang miskin.” (Hadis Riwayat Ibnu Jarud (381), al-Baihaqi (4/230), Abu Dawud (2318). Sanadnya sahih)

Sebahagian orang ada yang melihat zahir riwayat yang lalu, iaitu riwayat al-Bukhari pada kitab Tafsir dalam kitab Shahih-nya yang menegaskan tidak adanya naskh, sehingga mereka menyangka Hibarul Ummat (Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma) menyelisihi jumhur, tetapi tatkala diberikan riwayat yang menegaskan adanya naskh mereka menyangka adanya saling percanggahan.

3. Yang Benar Ayat Tersebut (al-Baqarah, 2: 185) Nasakh (dihapuskan)

Yang benar dan tidak diragukan lagi ayat tersebut adalah dinasakh (dihapuskan/mansuh), tetapi adalah mengikut pengertian nasakh para salafus soleh, kerana salafus soleh radhiyallahu ‘anhum menggunakan kata nasakh untuk menghilangkan (menghapuskan) penggunaan dalil-dalil umum, mutlak dan zahir atau selainnya, sama ada dengan maksud mengkhususkan, membataskan, menghubungkan, atau menunjukkan yang mutlak kepada muqayyad (terikat), untuk menjelaskan penafsiran dan penjelasannya sehingga mereka menamakannya sebagai istitsna’ (pengecualian), syarat dan sifat sebagai nasakh kerana lafaz-lafaz tersebut mengandungi makna penghapusan makna zahir dan penjelasan makna yang dimaksudkan. Nasakh dalam bahasa arab menjelaskan maksud tanpa mengguna pakai lafaz tersebut (dengan mengguna pakai lafaz yang lain), malahan (boleh juga) dengan sebab dari luar perkara tersebut. (Lihat I’lam alMuwaqi’in (1/35) karya Ibnul Qayyim dan al-Muwaqafat (3/118) karya Imam asy-Syatibi)

Sebagaimana diketahui dan difahami bahawa mereka yang memperhatikan (menyelidiki) perkataan mereka (orang arab), maka mereka akan melihat banyak sekali contoh ungkapan-ungkapan seperti itu sehingga pada masa yang sama akan hilanglah pelbagai kemusykilan dan kesulitan yang mewajibkan menafsirkan ungkapan mereka itu dengan istilah baru yang datang kemudian, yang pada dasarnya dihapuskan hukum syari’at terdahulu dengan dalil syari’at berikutnya bagi para mukallaf (orang yang terkena hukum wajib).

4. Ayat Tersebut Bersifat Umum

Pengertian ini memperkuatkan bahawa ayat tersebut adalah bersifat umum yang mencakupi setiap mukallaf iaitu meliputi setiap mereka yang mampu berpuasa atau tidak. Yang menjadi dalil dalam persoalan ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dari Salamah bin al-Akwa’ radhiyallahu ‘anhau, “Kami pernah berada dalam bulan Ramadhan bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Pada bulan itu, barangsiapa yang mahu berpuasa maka dia boleh berpuasa, dan barangsiapa yang mahu berbuka maka dia boleh berbuka, tetapi dia wajib mengeluarkan fidyah (memberi makan) kepada seorang miskin, sehingga turunlah ayat ini:

“Kerana itu barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa...” (al-Baqarah, 2: 185)

Mungkin mula timbulnya masalah itu adalah kerana hadis Ibnu Abbas tersebut yang menjelaskan bahawa nasakh tersebut mengelirukan, yang mana ruskhsah (keringanan) itu diberikan untuk laki-laki dan wanita yang sudah lanjut usia dan tidak mampu berpuasa. Akan tetapi masalah ini dapat diatasi dan dapat dihilangkan jika jelas bagi kita bahawa hadis tersebut hanya sebagai dalil dan bukan membatasi setakat orang tua. Dalil bagi memahami persoalan ini terdapat pada hadis itu sendiri. Jika rukhshah tersebut hanya untuk laki-laki dan wanita yang sudah lanjut usia semata-mata kemudian dihapus (dinaskh), sehingga tetap berlaku bagi laki-laki dan wanita yang sudah lanjut usia, maka apa makna rukhshah yang ditetapkan dan yang dinafikan itu jika penyebutan mereka bukan sebagai dalil ataupun pembatasan?

Setelah kita merasa jelas dan yakin, serta berpendapat bahawa makna ayat mansukh (dihapuskan) bagi orang yang mampu berpuasa, dan tidak mansukh bagi yang tidak mampu berpuasa, hukum yang pertama mansukh dengan dalil al-Qur’an, manakala hukum yang kedua ditetapkan dengan dalil dari sunnah (hadis) yang tidak akan terhapus sehingga hari kiamat.

Situasi tersebutdiperkuatkan dengan pernyataan Ibnu Abbas dalam riwayat yang menjelaskan adanya nasakh, “Telah tetap bagi laki-laki dan wanita yang sudah lanjut usia dan tidak mampu berpuasa, serta wanita yang hamil dan menyusui anak jika bimbang kepada keadaan diri dan anaknya, maka mereka boleh berbuka (tidak perlu berpuasa) namun perlu memberi makan orang miskin setiap harinya.”

Permasalahan ini menjadi lebih jelas dengan berpandukan hadis dari Muadz bin Jabal radhiyallahu'anhu, “Adapun berkenaan puasa, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang ke Madinah lalu berpuasa selama tiga hari setiap bulannya, juga puasa “Asyura”. Kemudian Allah mewajibkan kepada beliau puasa. Maka turunlah ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa...” (al-Baqarah, 2: 183)

Kemudian Allah menurunkan ayat yang lain,

“Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan padanya al-Qur-an...” (Al Baqarah : 185)

Allah menetapkan puasa bagi orang mukmin yang sihat, dan memberi rukhshah (keringanan) bagi orang yang sakit dan musafir serta menetapkan fidyah bagi orang tua yang tidak mampu berpuasa, inilah keadaan keduanya...” (Hadis Riwayat Abu Dawud dalam Sunannya (507), al-Baihaqi dalam Sunannya (4/200), Ahmad dalam al-Musnad (5/246-247) dan sanadnya sahih)

Melalui dua hadis ini, ia menjelaskan bahawa ayat tersebut mansukh bagi orang yang mampu berpuasa, dan tidak mansukh bagi orang yang tidak mampu berpuasa, yakni ayat ini dikhususkan.

Dengan sebab itu, Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu tidak menyelisihi para sahabat yang lainnya. Hadit beliau menepati dua hadis yang lainnya iaitu hadis Ibnu Umar dan Salamah bin al-Akwa’ radhiyallahu ‘anhum, dan malah juga tidak saling bertentangan. Perkataannya yang menyatakan “tidak mansukh” ditafsirkan oleh perkataannya: “itu mansukh, yakni ayat ini dikhususkan”. Melalui penjelasan ini, maka jelaslah bahawa nasakh dalam pemahaman sahabat berlawanan dengan pengkhususan dan pembatasan di kalangan ahli ushul mutaakhirin, demikianlah yang diisyaratkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya. (al-Jami’ li Ahkamil Qur-an (2/288))

5. Hadis Ibnu Abbas dan Muadz Hanya Ijtihad?

Mungkin ada yang akan berpendapat bahawa hadis dari Ibnu Abbas dan Muadz hanya yang tersebut hanya semata-mata ijtihad sehingga faedah tidak boleh ditasabitkan kepada darjat hadis yang marfu’ yang dapat mengkhususkan peng-umuman dalam al-Qur-an dan membatasi yang mutlaknya, menafsirkan yang global. Ia dapat dijawab sebagaimana berikut:

a. Menurut kesepakatan ulama hadis, dua hadis ini memiliki hukum marfu’ kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan seseorang yang beriman mencintai Allah dan Rasul-Nya tidak boleh menyelisihi dua hadis ini jika ia menganggapnya sahih. Hadis ini juga terdapat di dalam kitab-kitab tafsir ketika menjelaskan asbabun nuzul. Dengan kata lain, kedua sahabat ini menyaksikan ketika turunnya wahyu (ayat tersebut) dan dengan ini mereka mengetahui lagi memahami berkenaan ayat tersebut. Tanpa diragukan, maka hadis tersebut menjadi sandaran yang kuat.

b. Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu menetapkan bahawa hukum ini bagi wanita yang menyusui anak atau yang sedang hamil. Dari mana beliau mengambil hukum (ketetapan) ini? Tidak diragunakan lagi bahawa beliau mengambilnya dari sunnah. Ditambah lagi beliau tidak bersendirian dalam persoalan ini tetapi turut dipersetujui oleh Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma yang meriwayatkan bahawa hadis ini mansukh.

Dari Malik, dari Nafi' bahawasanya Ibnu ‘Umar ditanya tentang seorang wanita yang sedang hamil jika ia bimbangkan keadaan anaknya. Beliau berkata, “Berbuka dan gantinya dengan memberi makan satu mud gandum setiap harinya kepada seorang miskin.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam kitab Sunannya (4/230) melalui jalan Imam asy-Syafi’i, dan sanadnya adalah sahih)

Daripada ad-Daruquthni pula, beliau meriwayatkan (1/270) dari Ibnu ‘Umar dan beliau mensahihkannya, bahawa Ibnu ‘Umar berkata, “Seorang wanita yag sedang hamil atau menyusukan anak boleh berbuka dan tidak perlu mengqadha’.” Dari jalan lain beliau meriwayatkan bahawa seorang wanita hamil bertanya kepada Ibnu Umar, beliau menjawab, “Berbukalah, dan berilah makan orang miskin setiap harinya dan tidak perlu mengqadha’.” Sanadnya jayyid. Dan dari jalan yang ketiga, juga dari Ibnu ‘Umar, yang mana anak perempuannya dinikahi oleh seseorang dari kaum Quraisy. Suatu masa di ketika dia sedang hamil, dia merasa dahaga di siang hari dalam bulan ramadhan, maka Ibnu ‘Umar menyuruhnya untuk tidak berpuasa dan mewajibkannya untuk memberi makan satu orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.

c. Tidak ada sahabat yang mempertikaikan Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu. (Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Qudamah di dalam kitabnya, al-Mughni (3/21))

6. Wanita Hamil atau Yang Menyusukan Anak Gugur Kewajiban Puasanya

Keterangan ini menjelaskan makna, “Allah menggugurkan kewajiban puasa dari wanita hamil dan yang menyusukan” yang terdapat dalam hadis Anas yang lalu, yakni dibatasi “sekiranya bimbang terhadap diri dan anaknya”, maka dia mengeluarkan fidyah dan tidak perlu mengqadha’.

7. Para Musafir Gugur Kewajiban Puasanya dan Wajib Mengqadha’

“Barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.” (al-Baqarah, 2: 184)

Dan Allah menjelaskan makna gugurnya kewajiban puasa bagi yang tidak mampu menjalankannya atau menggantikannya melalui firman-Nya:

“Dan wajib bagi orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah (iaitu) memberi makan seorang miskin.” (al- Baqarah, 2: 184)
sumber-http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
read more “Kafarat Dan Fidyah Berbuka Puasa Dari As-sahih”